Siapakah Joker ini?

SIAPAKAH JOKER INI? | Al-kisah pada 12.02.2020 lalu saya ada up status di WhatsApp buat julung kalinya.. Masa tu saya diserang migraine yang teruk jadi tak boleh fikir maka tak bolehlah buat kerja.. Dalam keadaan begitu saya pun up laa status letak gambar ni.. Indirectly pada masa itu untuk memberitahu my colleagues bahawa sebarang pertanyaan tentang kerja tak boleh tanya verbal sebab saya tak boleh fikir dan tak boleh memberi maklumbalas dengan cepat..

Brain out of order, please try later

Gambar menunjukkan otak tak boleh berfikir pada masa itu due to migraine.. Bila dah up status ramai juga approached tanya tentang keadaan saya dan ada juga yang hairan kerana itu kali pertama saya up status memandangkan saya bukan sejenis suka up status di WhatsApp

After office hour iaitu pada hari yang sama saya terus hide status tersebut sebab malas menjawab pertanyaan begitu disebabkan keadaan yang kurang sihat otak saya ingin berehat..

So kelmarin saya terima WhatsApp tanpa sebarang mukadimah dari nombor yang tidak dikenali memberi saya sepotong ayat penawar migraine.. Untuk tahu siapakah gerangan si Sender jadi saya add contact number dan menamakannya sebagai 'Mystery'..

Maka muncullah profile pic ini :

Doa penawar pening kepala atau migraine


Siapalah agaknya gerangan Joker ini?

Mystery

Saya biar sahaja mesej tersebut tanpa sebarang balasan.. Apa pun saya ucapkan terima kasih kerana concern tentang saya walapun saya tak tahu siapa anda..

Selagi si Sender tidak memperkenalkan dirinya, saya biarkan mesej ini 'tenggelam' begitu sahaja..

Okay, setakat ini sahaja post merapu saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di lain entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

8 Comments:

Wah macam mana dia tahu nombor LZ ni. Apapun harap-harap amalkan doa diberi.

Takutnya Joker.. huhuhu... tapi ni Joker baik, bagi doa penawar utk sakit migrain... moga cepat sembuh LZ..
~BTW saya dah klik iklan LZ ari ni 😊

klau org yg jenis penakut mmg dah block bagai no tu.. hihihi bg liez selagi tak hantar message bukan-bukan, masih ok lg..tp still juga LZ kena berhati-hati

kawan kerja atau kenalan akak yang prihatin kot....
dulu masa dana selalu migrain, benda utama dana akan buat tutup lampu dah tidur, kalau kene masa kerja makan actifast dan tidur kat surau... bagitau kawan-kawan dulu takut ada yang mencari... tidur dalam keadaan yang gelap untuk beberapa jam boleh buat lega migrain tu

walau dengan gambar imej yang menyeramkan..tanpa pengenalan diri..perkongsiannya baik.Alhamdulillah.

Akak tgh mikir ni..
Kalau beliau boleh baca status wassap Kita.. bermakna beliau mmg dah ada dlm list contact Kita kan?. Ke boleh setting jadi public?. Eh terbuta IT plak akak tetiba.

Alhamdulillah.. mungkin sekadar ingin berkongsi dengan LZ kot.. Tapi misteri sungguh bila bubuh gambar joker tu..

Mrs. A selalu amalkan doa tu LZ bila dah rasa-rasa nak terkena migrain.
InSyaAllah elok dengan izinNYA.
Kita terimalah apa yang diberi selagi ianya baik tak kisahlah Joker pun Jokerlah huhuhu...

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More