SINGGANG IKAN SELAR KUNING | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Didoakan agar pembaca beroleh kesejahteraan dan dirahmatiNya sentiasa. Post kali ni saya ingin berkongsi satu lagi resepi simple atau resepi 'tutup mata' bagi sesetengah orang. Masak singgang ini juga berasaskan asam yang sesuai membantu penyembuhan pesakit Covid-19 seperti yang pernah dikongsi oleh seorang pesakit yang telah pulih, wallahualam.
Masak singgang ni biasa untuk orang berpantang tapi kalau tak berpantang pun bagus makan singgang ni sebab takde bahan-bahan seperti santan yang boleh menyebabakan kolestrol. Dalam keadaan perintah kawalan pergerakan kita tak perlu pening kepala, kita masak menu ringkas tapi berkhasiat.

Resepi singgang ikan selar kuning |
RESEPI SINGGANG IKAN SELAR KUNING
Cara saya
Bahan A
6 ekor ikan selar kuning
2 keping asam gelugur / 1 sudu besar pes asam jawa
1 cm belacan
Sedikit kiub ikan bilis - optional
Bendi - optional
Garam secukupnya
Air
Bahan B
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup (tumbuk) / 1 sudu kecil serbuk kunyit
1 inci halia
2 biji cili padi potong memanjang
1 batang serai (dititik) - optional
1/2 inci lengkuas (tumbuk) - optional

Cara Masak :
1. Masukkan semua Bahan B (kecuali cili padi) ke dalam periuk. Saya tak tumis bahan tersebut, saya terus rebus.
2. Masukkan air mengikut berapa banyak kuah yang dikehendaki. Biarkan mendidih.
3. Kemudian masukkan garam, kiub ikan bilis, belacan, asam keping / asam jawa dan cili padi.
4. Rasa ikut kesesuaian.
5. Seterusnya masukkan ikan dan kacau seketika.
6. Biarkan mendidih dengan api perlahan dan ikan mesra dengan kuah.
7. Akhir sekali masukkan bendi. Tunggu hingga bendi layu.
8. Tutup api. Sedia dihidang.
Sedap dimakan dengan nasi panas, letak kuah banjir. Saya suka hirup kuah singgang sebab ada rasa pedas, masam manis seperti kuah laksa ditambah pula sayur goreng tumis dan telur dadar. Sesuai dengan tekak saya bila ingin menu simple begini. Masak singgang bukan saja untuk orang berpantang tapi bagus juga untuk orang demam.
Resepi lain : Ikan masak tauchu simple dan sedap.

Semoga menjadi inspirasi kepada pembaca yang sudah ketandusan idea mahu masak apa.
Selamat mencuba.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
Loading...
Makanan sihat.
ReplyDeleteYa NA, makanan simple tapi sihat..
Deletekak ana tak pernah try singgang ikan selar lagi LZ, boleh mencuba :)
ReplyDeleteIn shaa Allah sedap singgang ikan selar Kak Ana, cubalah 😊
DeleteSedapnya, antara menu peberet tambah lak ada bendi
ReplyDeleteFuh memang sedap tambah pula ada bendi Dana, hirup kuah panas..
DeleteMables! 😊
w/salam!
ReplyDeleteBetul masakan yang ringkas, sihat dan sedap juga!
Menu LZ semua simple dan ikut selera tekak jer Sweetie.
DeleteIn shaa Allah menu ringkas dan berkhasiat tak lupa sedap juga, hehehe
Memang sedap kalau makan dengan nasi panas-panas
ReplyDeleteFuh merecik peluh, hehehe
DeleteKuah banjir....itu yang PC selalu buat bila makan nasi dengan ikan masak pindang..kadang bila masak pindang ni...PC masak bubur nasi juga...
ReplyDeleteYa samalah kita PC, kadang-kadang makan dengan bubur nasi kasi banjir 😊
DeleteSedapnyaaa
ReplyDeleteBila-bila Rabia boleh cuba resepi ni pula 😊
Deleteamboi3... masakan tranung nampok tu.. hehehe
ReplyDeleteKawan orang tranung mestilah ikut menu tranung 😁
DeleteBaru lepas makan nasi ikan tenggiri singgang. Sedap! Wat masam-masam sikit
ReplyDeleteTerasa masam pedas kuah dia CikTie 😁
DeleteSuka singgang ngan sambal belacan. Follow sini #379
ReplyDeleteSedap juga makan dengan sambal belacan dan ikan masin.
DeleteNikmat makanan kampung sebenar, hehehe
Terima kasih sudi follow, saya pula akan menyusul ke blog sis.
Sedapnya.... Makan kuah banjir lepas tu buh kicap manis. Pergh! Hakak mmg suka lauk singgang mcm ni tapi anak kurang suka tu yg malas nak masak.
ReplyDeleteIni menu kita Kak Hjh.
DeleteAnak akak orang bandar tak reti menghayati makan ikan singgang ni kot 😊