BERKEBUN KETIKA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN COVID-19 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Masih boleh bertahan sepanjang perintah kawalan pergerakan yang kini sudah masuk hari ke-6 (kalau tak silap). Sama ada boleh bertahan atau sebaliknya, kita mesti patuh arahan kerajaan supaya wabak ini segera dibendung. Doa saya semoga wabak ini cepat pergi dan kita dapat kembali melakukan segala aktiviti sepertimana sebelum ini serta kekal sihat di bawah rahmat Illahi, aaminn.
Okay, dalam post kali ini saya ingin berkongsi aktiviti berkebun semalam. Sepanjang perintah kawalan pergerakan ini, sekitar pukul 7.00 pagi saya akan keluar membelek-belek tanaman di halaman rumah selepas membuat exercise pernafasan. Saya pernah updated post di Instagram pada 16.03.2020 lalu dengan caption :
"Lama tak meninjau pokok, rumput berlumba-lumba sama naik dengan pokok bunga."
|
Pokok rose orange |
Al-maklum, sejak awal Mac 2020 lalu tanaman saya di halaman rumah terbiar disebabkan oleh rutin harian yang sibuk. Kini cuti yang ada saya gunakan untuk 'menebus' kesibukan saya dengan memberi perhatian kepada tanaman-tanaman tersebut. Inilah masa untuk cabut rumput yang menghalang tanaman ku..
|
Aktiviti mencabut rumput |
Bila semua tanaman dalam pasu kembali bersih tanpa sebarang rumput-rumpai hati pun berlagu riang, la..la..la..la..
|
Pokok rose dark red |
Kini bila keluar ke halaman rumah disambut dengan tanaman yang segar tambahan pula sejak kebelakangan ni hujan turun pada waktu petang.
|
Pokok peach roses |
Harapan saya agar semua tanaman itu dapat hidup dengan sihat. Kalau pembaca nak tahu, berikut adalah progress tanaman saya dibandingkan sebelum ini :
|
Rose buds |
Alhamdulillah setakat semalam banyak rose buds tumbuh dan saya tak sabar tunggu ianya berkembang.
|
Pokok bunga putih |
Saya tak tahu apa nama pokok bunga putih ni, mungkin pokok bunga santalia kot.. Andai ada pembaca arif tentang nama pokok bunga ini boleh beritahu saya okay.
|
Pokok mangga hybrid |
Ini pula pokok mangga hybrid. Saya dapat buah mangga hybrid pemberian officemate so saya pun cuba tanam biji mangga tersebut dan berjaya hidup tapi belum berbuah. Pokok ini baru sahaja diserang sekumpulan belalang. Bila saya potong habis daun yang dimakan belalang maka tumbuhlah pucuk dan daun baru seperti yang anda lihat.
|
Pokok daun pandan |
|
Pokok daun cekur |
Ini pula pokok daun cekur pemberian adik ipar. Kebetulan dia banyak tanam pokok ini maka diberi saya sepasu. Saya tanam jer tapi tak tahu apa masakan yang sesuai dengan pokok cekur ini. Khabarnya pokok ini digunakan sebagai ubat. Siapa tahu boleh share info please.
|
Pokok lemon |
|
Pokok limau purut |
Sebelum ini saya terpaksa bawa masuk pokok lemon dan limau purut ini ke dalam rumah disebabkan serangan ulat sampai langsung tak tumbuh daun. Bila daun mula tumbuh saya keluarkan semula supaya pokok-pokok itu dapat cukup cahaya, itu pun baru sehari dua di luar. Andaikata masih lagi diserang ulat memang takde pilihan lain terpaksa bawa semula masuk rumah.
|
Pokok serai |
Kalau ada antara pembaca yang perasan, saya letak botol berisi air sirap di tepi pagar, kiri dan kanan untuk menghalau kucing. Ntah berkesan atau tidak tapi so far takde lagi kucing datang bertandang sampai tinggalkan najis jika dibandingkan minggu pertama saya pindah masuk ke rumah ini. Kalau tak sebelum ni boleh dikata setiap 2 hari mesti ada najis kucing.
|
Pokok daun kesum |
|
Pokok daun kari |
Ada kisah disebalik pokok daun kari ni.. Sebenarnya sebelum ini pokok daun kari dah besar dan banyak mengeluarkan cabang tetapi saya terpaksa buang pokok tersebut dengan pasu-pasunya sekali disebabkan oleh kucing jiran memerut dalam pasu tersebut. Bukan setakat botol berisi air sirap tapi jaring hitam pun terpaksa diletakkan sekeliling pokok untuk elak kucing memerut dalam pasu, haish!
|
Pokok rosemary |
Akhir sekali pokok rosemary yang semakin tinggi.. Saya masih tak faham cara hidup pokok rosemary ni sama ada sejenis pokok yang memerlukan air yang banyak atau hidup di tanah kering.. Takpe la setakat ni pokok rosemary ku hidup dan mengeluarkan pucuk baru setiap masa. Lain kali study lagi tentang pokok rosemary. Pokok lain yang takde dalam gambar ialah pokok lidah buaya, pokok bunga kertas dan beberapa pokok bunga lain.
Begitulah aktiviti berkebun saya yang tak seberapa. Apa pula aktiviti anda sepanjang perintah kawalan pergerakan C-19 ni selain makan & tidur? Andai tak keberatan bolehlah kongsi di ruangan komen di bawah post ini.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...
Regards,
23 Comments:
Suburnya semua pokok2 akak tu.. best nya dana nak tanam pokok bunga rose takut tak hidup lama heheheh
pokok rose oren..jrg jumpa
Salam bertani
Bolehlah tambah tanam pokok cili, tomato, bendi, terung dalam pasu
Whoaaaa...bestnyaaa.hehe..nice la... Saya x pernah berkebun..lorh...ruang kat rumah pun takdak..Saya masih bekerjaaa
Cantiklah pasu putih tu. Beli kat mana ye? Daun celur boleh dibuat ulam juga. Sedap!
bestnya banyak pokok
Macam ni jadi hiburan hati..bangun pagi belek pokok yang ditanam...boleh tersenyum sendiri kan kak.
Cekur bermanfaat untuk buang angin dalam badan.
sukanya tengok pokok bunga kita tanam da kembang mekar..
and tanaman2 lain membuahkan hasil =)
Semoga tanaman berhasil..
Seronoknya tengok pokok banyak n subur macam ni. Paling cantik rose peach tu. Nurul pun ade satu pokok rose red baccara nama dia. Susah betul nak keluar bunga. Tak pasti Nurul salah teknik ke apa.
Alhamdulillah Dana, ikut cuaca juga. Kalau redup elok berbunga, kalau panas terik mogok, hehehe
Beli kat Cameron Highlands pokok rose oren ni Mama Tisya 😊
Terima kasih atas sokongan pakcik.
Malangnya saya gagal tanam pokok jenis menjalar ni, sila beri tunjuk ajar 😊
Takpe Nona, tumpang cuci mata kebun orang lain dulu, hehehe
Oh belum pernah cuba ulam daun cekur, nanti saya cuba.
Pasu putih tu bekas sampah Ikea Puan Hazel. Saya jadikan pasu supaya nampak cantik seragam bila susun di laman rumah 😊.
Best Raz, terapi minda 😊
Memang pun begitu PC, tenang fikiran bila tengok pokok-pokok yang ditanam di halaman rumah walaupun tak seberapa 😊
Oh baru saya tahu, terima kasih sudi kongsi info 😊..
Betul SYM, terapi minda. Bila belek-belek pokok rasa best sangat mungkin sebab minat 😊
Aaminn, terima kasih Ejulz 😊
Memang seronok Nurul bila pokok berhasil dan subur.
Tips tanam rose yang sis buat, cuba Nurul letak tempat teduh tapi ada pencahayaan yang baik, rajin siram air pagi & petang. Setiap 2 minggu gembur tanah bagi pengaliran udara dalam tanah. Jangan lupa cabut rumput di sekeliling pokok. In shaa Allah berhasil 😊
Ayo Cobain Sensasi Bermain Promo Freechip Tanpa Deposit... Join Disini Sekarang Kumpulan Berbagai Macam Permainan Taruhan Online Terbaik, Kunjungi Website Kami Di Klik Disini dan Dapatkan Bonus Terbaru 8X 9X 10X win klik disini untuk mendapatkan akun Sabung Ayam anda dan Bonus Berlimpah.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!