Banyak perkara dalam hidup ini boleh membuatkan kita gembira.. Bagi saya salah satu darinya apabila melihat pokok bunga yang saya tanam mulai berbunga.. Sejak kebelakangan ini cuaca best, tak panas terik dan sesekali mendung disertai dengan hujan.. Pokok-pokok hiasan di halaman rumah juga tumbuh dengan segar dan sedang berbunga dengan jayanya.. Inilah masa yang sering ditunggu-tunggu oleh pencinta bunga seperti saya lebih-lebih lagi hasil titik-peluh sendiri. Perasaan gembira itu tak dapat digambarkan..


Quote

Ketika inilah rasa berbaloi dengan setiap masa yang pernah diluangkan bersama tanaman dan pokok hiasan. Apa yang membuatkan saya sangat gembira bila pokok bunga raya telah berbunga.. Frankly speaking, lama sebenarnya saya tak tengok bunga raya secara dekat. 

Kebanyakkan pokok bunga raya ditanam di tempat awam seperti di sekolah, kawasan luas di padang awam, landscape dan sebagainya itu pun jenis tak berbunga. Saya susah jumpa pokok bunga raya sekitar kawasan tempat tinggal saya.  


Bunga raya or hibiscus

Jadi saya pun beli pokok bunga raya ini.. Pada awalnya, pokok tersebut saya jadikan pagar di tepi bahagian porch rumah untuk cover sikit dari pandangan jiran. Tak sangka semalam, bunga raya tersebut mengeluarkan bunga. 

Putik bunga raya

Setakat ini baru sekuntum bunga sedang mekar berbunga.. In shaa Allah, ada beberapa putik sedang menunggu untuk berkembang.


Bunga raya warna merah


Cantik sungguh setiap kelopak bunga raya ini.. Warna merah menyala dengan corak daun yang unik.. Alang-alang cerita tentang bunga, saya kongsi di sini antara pokok-pokok bunga di halaman rumah saya yang sedang berkembang..

Pokok orked, bunga ati-ati dan pokok bunga gantung

Pokok philodendron birkin, rosemary, pokok melati putih dan pokok Mona Lavender

Pokok Polyscias Japanese Ming Aralia, cili Jalapeno, jasmine dan Air Plant 

Bunga kertas / bougainvillea 

“My love is like a rose divided into two, the leaves I give to others, but the rose I give to you.”
― Author Unknown

Happiness is seeing my plant in bloom.. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. Cerita tentang bunga-bunga yang sedang berkembang di mini garden saya.. Siapa antara pembaca ada hobi tanam-menanam seperti saya? Jom share cerita dan kongsi pendapat anda di ruang komen di bawah..

Thank you for reading..
Byee..

 
Regards,

Article menarik yang lain :