Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Dalam post sebelum ini saya ada cerita tentang weekend getaway 2 minggu lalu ke Genting Highlands. Memandangkan itu merupakan kali pertama saya dan keluarga bermalam di Genting Highlands, so kali ini saya ingin berkongsi review tentang hotel tempat kami menginap selama 2 hari 1 malam.

Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Pada hari Jumaat (18 September 2020) sebelum bertolak ke Genting Highlands, saya study tentang hotel-hotel menarik yang terdapat di Genting Highlands, baca reviews dari pengunjung hotel. Ciri-ciri hotel pilihan saya haruslah bertaraf 3 hingga 5 bintang untuk menjamin keselesaan optimum, hotel baru (optional), dekat dengan shopping mall atau tempat tumpuan ramai dan paling penting affordable dengan lokasi penginapan. 

Setelah berpuas hati membaca reviews setiap hotel di Genting Highlands melalui laman web agoda.com, saya pilih Swiss Garden Hotel & Residences sebagai tempat penginapan saya.

Welcome to Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands

Mengapa pilih Swiss-Garden & Residences Genting Highlands?

Selain ciri-ciri yang saya nyatakan tadi, hotel bertaraf 5 bintang ini memang terkenal dan memiliki banyak cawangan. Jadi peratusan kemungkinan berlaku perkara yang tidak diingini seperti facilities dan conditions kurang memuaskan kemungkinan besar jarang berlaku. Saya memang tak suka hassle apatah lagi ini pernginapan kali pertama di Genting Highlands pasti tak mahu menghadapi sebarang kesulitan atau perkara yang tak diingini. Selagi kita boleh elak, kita elak dengan membuat persediaan yang sebaiknya, in shaa Allah. Orang cerewet memang macam ni kot, hehehehehe - I reserved my comment!

Check-in at 3.00pm

Check-in seperti kebanyakkan hotel-hotel lain pukul 3.00 petang . Around 3.00pm kami masih berada di SkyAvenue so dari SkyAvenue terus ke hotel dan ketika itu jam menunjukkan pukul 3.30 petang. Kira okaylah, biar lewat setengah jam at least tak beratur panjang tambahan pula during perintah kawalan pergerakan pemulihan ini, pematuhan SOP membuatkan proses serba-serbi lambat. 


Hotel lobby

Alhamdulillah tepat percaturan masa saya, memang ketika check-in pengunjung tak ramai kerana masing-masing sudah selesai check-in pada awal waktu.

Hotel lobby

Selepas check-in saya duduk sebentar mehilangkan penat rushing dari SkyAvenue ke hotel sambil cuci mata dengan pemandangan sekitar lobi hotel. Persekitaran hotel bersih dengan susun atur perabot juga memenuhi kehendak SOP.

Ruang pemasaran OSK Property

Sejurus terima pass terus menuju ke bilik hotel di Tingkat 28, high-floor.  Semua sedia maklum, sebelum masuk bilik hotel jangan lupa beri salam.. Untuk pengetahuan saya booked Deluxe Double Room. The room is spacious, very clean dengan konsep design minimalist.

Deluxe Double Room

Masuk sahaja pintu di sebelah kanan closet atau clothes rack dengan cermin besar.

Clothes Rack

Bertentangan dengan closet di sebelah kiri toilet or restroom.

Restroom

Toiletries

Di hujung closet terdapat ruang untuk membancuh minuman dan in-room safe box as well. Ada free instant coffee and tea, bottled water and mini bar.

Coffee / tea maker

In-room safe box

Bilik luas dan bersih, desk and laptop workspace, seating area and sofa

Deluxe Double Room

Di dalam drawer ada hair-dryer. Malangnya tiada ironing facilities padahal ada dinyatakan semasa booking. Mujur saya bawa pakaian yang tak memerlukan seterika, tak kuasa request iron dari front desk.

Minimalist design

Peringatan supaya mengamalkan konsep Go Green

Pemandangan dari luar jendela hotel

Selain itu ada free wifi in every hotel rooms, satellite/cable channels dan telephone. Jangan terkejut sebab hotel ini juga dilengkapi dengan air-conditioning. Mungkin ada waktu-waktu tertentu cuaca panas kot.

Okay, selesai explore bilik, jom kita ke taman. Taman hotel ini terletak di Tingkat 5 di luar coffee house yang diberi nama The Garden Terrace.


Taman

Most of the time saya lepak di taman ini selepas percubaan ke rooftop untuk ke kolam renang gagal disebabkan pihak hotel menghadkan jumlah pengunjung.

High-rise residence 

Tempat lepak dan termenung 

Ruang bergambar

Saya suka dengan kehijauan taman di sini

Kawasan berehat sambil baring dengan buaian

Kehijauan landscape

Ketika saya berada di taman ini, keadaan mulai sejuk dan sangat tenang. Matahari juga suram jadi tak rasa bahang. Suka dengan pemandangan di sini. 

Kalau digambarkan dari website agoda.com, rooftop pool hotel ini seperti gambar di bawah:

Rooftop pool

Okay tak yah cerita tentang pool yang takde rezeki nak tengok depan mata. So waktu malam kami keluar membeli makanan di restoran yang terletak tak jauh dari hotel, jarak just walking distance sahaja. 

Oleh kerana kami tak ambil breakfast ketika check-in disebabkan saya tak nak hassle ditambah pula dengan orang ramai, ikut SOP lagi, jadi keesokan hari kami check-out awal pada pukul 11.00 pagi untuk shopping di SkyAvenue sebelum bertolak balik ke Seremban. Inilah masa yang ditunggu-tunggu!


Turun dari Genting Highlands

Pukul 4.00 petang kami menuruni Genting Highlands dalam keadaan berkabus. So far inilah weekend getaway tahun ini selepas PKP. Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Begitulah cerita keterujaan saya bercuti di Genting Highlands. Next visit mungkin akan ke SkyAvenue membeli-belah tanpa bermalam (balik hari) disebabkan perjalanan ke Genting Highlands tak mengambil masa yang lama dari Seremban. Lagi pun banyak butik-butik menarik kesukaan saya ada di sana. I like!

Okay setakat ini sahaja review saya tentang Swiss-Garden Hotel & Residences Genting Highlands. Terima kasih kepada pembaca yang sentiasa sudi singgah di blog ini. In shaa Allah saya akan kunjung balas ke blog anda.
Thank for reading. Until then, bye!



 
Regards,

Article menarik yang lain :