Jalan-Jalan Ke Genting Highlands

Finally dapat spent masa weekend getaway, begitulah cara saya apabila bosan dengan rutin harian hujung minggu. Minggu ini bukan rutin gardening seperti biasa tetapi saya dan keluarga ke Genting Highlands. Kali ini memang all out, spent one night in a hotel, naik cable car and explore shopping complex sekali. Perkara yang julung kali berlaku sejak PKP dan PKPP, hehehe..


Masa untuk ke Genting Highlands

Last pergi Genting Highlands balik hari pada 18.02.2018 iaitu 2 tahun yang lalu. Ketika itu semata-mata ke Genting Strawberry Leisure Farm dan ronda-ronda Genting Highlands tanpa tujuan. Hotel sudah siap booked pada Jumaat lalu melalui agoda.com. Waktu check in hotel seperti biasa pukul 3.00 petang. Jadi saya dan keluarga ada masa untuk breakfast di rumah dan buat persiapan lain yang perlu sebelum bertolak ke Genting Highlands.

Related post :Genting Strawberry Leisure Farm


Perjalanan ke Genting Highlands

Perjalanan setelah melepasi tol Gombak memang mula slow ditambah pula ada berlaku kemalangan selepas tol.

Jalan jem disebabkan kemalangan

Selepas kemalangan ini, kenderaan mulai bergerak lancar hingga ke puncak Genting Highlands. Fuhhhh memang lega sebab jem tak lama, siapa suka tersekat dalam jem kannn.. Kami terus ke SkyAvenue dan pusing-pusing dalam complex. 

SkyAvenue Complex

Ronda-ronda dulu dalam SkyAvenue Complex, masih lagi window shopping sementara tunggu masa check-in hotel pukul 3.00 petang nanti.. Hal shopping lepas check-out dari hotel esok..


SkyAvenue Complex

SkyAvenue Complex

SkyAvenue Complex

Teruja dengan semua outlets dalam SkyAvenue.. Macam-macam ada.. otak mencongak masa dan benda yang akan dibeli bila repeat lagi ke sini esok. Snap dulu directory so esok shopping akan lebih mudah dengan adanya directory ini, yippie!.. 

Directory SkyAvenue Complex

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang, perut tak rasa lapar jadi kami hanya melitasi restaurants yang ada.. 

Jom Makan street food

Jom Makan street food ni dah naik taraf dengan pelbagai pilihan makanan halal.. So as a Muslim ada banyak pilihan makanan bila ke Genting Highlands. Dalam perjalanan jumpa Madam Kwan, alahhh Madam Kwan tokey restaurant famous tu..

Madam Kwan's restaurant

"Hai Madam Kwan, kenal saya tak? Ohh Madam Kwan senyum kat I laa hehehehe.." #joking! Selepas melalui SkyAvenue restaurants kami pun ke roof top untuk merasai kesejukan Genting Highlands.. 

Roof top Genting Highlands

Tapi takde la sejuk sangat, tak menggigil pun, cuma sejuk-sejuk manja.. Kabus memang tebal tapi masih boleh bertahan tak perlu pakai sweater.

High line roof top market

Masa untuk ke Awana Skyway.. Sebelum masuk gondola, kenalah beli ticket dahulu. Mujur banyak kaunter layan diri disediakan so takde lah lama menunggu dalam barisan.. Harga ticket boleh check di sini :

Awana Skyway Ticket Pricing


Hati teruja naik cable car buat pertama kali. Sebelum ni memang tak hingin langsung sebab tak minat kot. Kali ini mungkin sebab anak melayan so mama is excited. 


Skyway Genting Highlands

Skyway Genting Highlands

Pengalaman naik cable car Genting Highlands memang kecut perut jugak pada hal masa naik cable car di Langkawi takde la rasa segayat ini. Mungkin faktor usia kot.. Kecut perut tak boleh bawa bincang.

Genting Highlands cable car

Maka, tibalah di Genting Highlands Premium Outlet dengan cable car. Sebelum ni memanjat GHPO dengan kereta. 

Genting Highlands Premium Outlets

Genting Highlands Premium Outlets

So alang-alang dah sampai GHPO takde apa nak beli, we had our lunch here di Dome. Makan sambil relax, sekadar buy time bagi hilang pekak telinga... Estimate time lepak di GPO dalam 1 jam sahaja memandangkan datang ke GHPO semata-mata melayan transit dengan cable car dari SkyAvenue.

Masa untuk check-in, so ambil cable car semula naik ke SkyAvenue. 

Melangkah ke Skyway

Teruskan melangkah.. 

Ready to take off

Mujur proses beratur di Skyway tak mengambil masa yang panjang.. Tibalah di SkyAvenue.. Jumpalah sang monyet bergayung di pokok yang ada..

Welcome to SkyAvenue again

Begitulah cerita saya, kalau tak disebabkan permintaan anak seorang memang fikir berkali-kali juga naik cable car ni. Malaslah bermain dengan perasaan ni, hehehehe *masalah gayat melanda. Next saya akan buat review tentang hotel pertama saya menginap di Genting Highlands.

Thank you for reading.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain post.
Sekian, wassalam..
Byeeeee...



Regards,

Article menarik yang lain :


31 Comments:

tggu siap outdoor baru nak pegi .. hehe tapi time tu sure ramai org

Mesti ramai orang kann Atie, even masa PKPP sekarang pun orang ramai berduyun-duyun..

dana tak pernah sampai sana lagi kak heheheh walaupun dekat je kiranya dengan rumah ni.... cantik pemandangan berkabus tu... kalau dana pun gayat jugak naik cable car tu, nampak hutan dan putih je...

Lama tidak singgah GH. Kalau kata 10 tahun pun ada juga.

Kalau bawa Aiyan naik GH tentu dia suka, dah dekat dengan rumah tu.. :)

Wow betul lama tu NA, 10 tahun..
Genting banyak perubahan sekarang. Pavillion pun bakal ada kat atas sana.. Kalau naik memang tawakal.

waah.. dah lama tak naik genting.
suka naik sana sejukkkk..

hee.. blog walking..jom baca story saya jugak https://adaabdullah.blogspot.com/2020/09/cuti-cuti-malaysia-sight-seeing-sekitar.html

Tu laa Ada sesekali pergi sis teruja :) ..

Dah lama tak naik genting atas sana..selalu sampai GPO je and book hotel yang kat bawah2 je 😊

Nampaknya kena repeat lagi ni bila outdoor theme park siap nanti.. Mesti lebih meriah & berbaloi check-in hotel.

skrg ni x ramai pelncong dtg min jidi.. leh santai2 je kalo x mmg sesak mak khanns.. :p

Iya Wak, betul tu takde la crowded sampai berlanggar bahu macam sebelum ni.

Cheq tak pernah sampai lagi ke Genting..teringin juga nak ke sini nanti, dengaq cerita kata strawberry sini manis-manis 😄

seronoknya jalan2 ke Genting, saya tak pernah sampai lagi sini hehe

Laat pergi tahun 2017 tak silap.lepas tu xpergi dah sejak renovate

Tak pastilah Cik Suerin sama ada strawberry GH lebih manis dari yang lain tapi best juga sesekali layan ke Genting. Cik Suerin kena pegi nanti untuk pengalaman sendiri ;)

Best juga Syaz bila cuti ke Genting. Sesekali ambil angin. In shaa Allah bebila Syaz boleh plan ke Genting..

Lama tu Nabila tak ke Genting.. Outdoor theme park masih dalam pembinaan tapi SkyAvenue Complex, Skyway dan rumah salji ada so boleh berjimba di sana.. ;)

Cikbunga last pi Genting sebab nak shopping ng kat Genting Outlet 😁😁
Lum pernah naik kereta cable lagi... Next maybe 😎😎

itu lah akak, lepas dah bukak outdoor mesti nak kena tggu at least setahun lagi.. baru boleh enjoy

Tak ramai orang sangat oklah tu LZ naik Cable Car.
Mrs. A pun belum pernah naik cable car GH lagi huhuhuu...

Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 386.

https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

lama betul sy x dtg ke Genting ni... sblm ni smpi Awana je tu pun sbb meeting. nnt laa tunggu Genting Skyworlds siap laa baru dtg hehehe...

Bila balik ke Trganu, memang akan lalu ke highway Genting tapi belum berkesempatan nak singgah ke situ.. Macam best pulak, lebih2 lagi bila ada cable car tue... Anyway, cantik la header akak.. lama betul saya tak singgah sini..

bestnyaaa..tak pernah lagi sampai genting. cuti-cuti malaysia..hehe

Lama betul tak ke Genting. Nak juga ke GPO tu. Best kalau pergi musim sejuk ni tapi itulah ramai umat ke sana. kalau jem tu jenuh nak hadap.

Bestnyaa ke genting highland kak. GV sampai skang tak pergi sana lagi. huhu.

In shaa Allah lepas covid-19 reda bolehlah Cikbunga naik cable car, shopping di Genting..

Next visit Mrs. A boleh request ke Genting pula.
Best juga relax kat Genting..

wah bestnya baca pegi genting...teringin jugak nak pegi lepas2 covid ni...tq sharing

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More