Aktiviti Cuti Hujung Minggu Makan Steamboat

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Minggu terakhir sebelum tahun baru, saya ambil cuti tahun 4 hari yang masih berbaki. Kira cuti paling panjang dalam tahun 2020. Alhamdulillah, syukur dapat guna cuti sebaik mungkin pada tahun lalu.

Bila cuti panjang, saya lebih suka spend masa di rumah. Banyak aktiviti dalam fikiran telah saya rancang antaranya membaca at least 1 hari 1 buah buku, keep my planner update, print module untuk semester January 2021, baca dan focus on my assignments, investment planning for my clients dan macam-macam lagi selain rutin harian di rumah. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang saya rancang.

Dalam banyak aktiviti saya selit juga aktiviti makan-makan. Saya sekeluarga sejenis suka makan steamboat. Kalau bukan kerana pandemic, sudah pasti saya akan ke Seoul Garden Steamboat at least sebulan sekali mainly for dinner.

Oleh sebab pandemic, hasrat menikmati steamboat terpaksa tolak tepi kerana keadaan sekarang tak mengizinkan untuk kita keluar bersantai di shopping mall tanpa hala tuju. Untuk melepaskan gian teringin makan steamboat, so saya pun order electric hotpot di Shopee.

Electric hotpot for steamboat

Electric Hotpot
Oil leakage port

Electric hotpot ni multi-function dan 2 in 1, ada ruang shabu-shabu dan bbq. The best part ada ruang untuk discharge minyak, memang kena dengan kehendak saya tambahan pula ianya mudah dibersihkan. Dapat sahaja electric hotpot ni terus get ready, prepare segala barang, lauk-pauk seperti daging, seafood dan sayur.

Lauk dan sayur untuk steamboat

Ada daging perap sos black paper, udang, sotong, cendawan, bok choy, fishballs dan lain-lain sejenis dengannya.. Maaf, menu steamboat ni makanan tak ikut sunnah sebenarnya, campur semua makanan laut dan darat tak baik untuk kesihatan, wallahualam. Boleh laa sekadar layan sekali sekala okay.

Daging perap
Lamp chop dan seafood

Paling best bila makan camni ialah tak sabar tunggu lauk masak. Bila dapat makan so heaven, makanan fresh masak depan mata terus makan. Boleh pula tambah sesuka hati.

Tom yam soup

 Soup pula saya prefer clear soup dan tom yam soup.

Grill seafood

Puas makan, kalau di Seoul Garden terpaksa makan tergesa-gesa sebab kejar masa tapi dengan adanya electric hotpot ni saya boleh makan secara santai. Kenyang dan puas hati.


Grill 

Alhamdulillah kenyang.. Bila ada electric hotpot ni, saya boleh ulang aktiviti makan steamboat ni bila-bila masa terutama pada hari cuti. Tapi cabaran makan steamboat and grill di rumah ialah bau asap.. So terpaksa spray pewangi seluruh pelusuk di dalam rumah.

Dishwasher

Lepas makan tak perlu risau cuci pinggan mangkuk kotor yang banyak sebab semua load dalam dishwasher. 

My dishwasher

Tekan ON dan mesin pun mula mencuci.. Begitulah teknologi membantu meringankan kerja manusia.

Setakat ini sahaja perkongsian saya.. Oh ya, kepada sahabat-handai yang sedang menjalani tempoh PKP, PKPB dan PKPP, jangan lupa sentiasa patuhi arahan yang diberi. Beri kerjasama jika ingin keadaan terkawal dan kembali seperti sediakala. Take care and stay safe everyone.


Sekian, wassalam. 
Byeeee..



Regards,

Loading...

13 Comments:

Kitorang pun suka stim boat tapi itulah takde plat macam LZ.
Oh ada pembasuh pinggan. Senang tidak payah sental.

waa bestnya klu activiti family makan mcm ni kan.... then yg penting takyah basuh pinggan satu satu hahaha

memang puas hati & puas makan bila buat sendiri. makan pun leh rilexs, santai2 je

Ya Allah nikmatnya kalau sesekali boleh makan dan berkumpul.

sedap tu ...pernah juga layan setamboat kt umh

Wah, bila nampak steamboat akak nie, terasa lapar la plak.. Dan teringat pada bekas steamboat saya yang blum penah pakai sejak beli.. hihihi

Wowww sedappnyaaa senang boleh buat steamboat di rumah je kan

aritu mkn steamboat ramai2 sblm pkp. tp mau mkn skrg, mcm xda selera

Lama betul x makan steamboat.. tpi sy lebih tertarik dengan dishwasher tuu.. Muahahahaa... Nice...

Steambot ni best bila dengan family / kawan2. Kalau sorang feel dia tak sampai huhuhu :)

daging perap tu sebiji nampak mcm seoul garden., hehehe

Senang bila ada perkakasan macam nie.. Lebih selesa bersteamboat di rumah kan sis..

Bestnya ada electric hotpot ni. Boleh fefeling steamboat kat kedai. Tapi itulah kan, bab asap tu yang rasa macam malas nak bersteamboat dalam rumah. Seronoknya ada dishwasher. senang kerja :)

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More