Friday, August 10, 2018

SEOUL GARDEN RESTAURANT TEMPAT MAKAN PILIHAN

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Salam Jumaat juga diucapkan.. Hari ni nak cerita makan di Seoul Garden Palm Mall Seremban pada Jumaat lepas. Hari ni genap seminggu.. Lunch hour hari Jumaat biasanya berbeza dari working days lain, agak meriah sikit sebab masa panjang so boleh stay makan bersenang-lenang.. Maka pada hari itu Seoul Garden Restaurant menjadi pilihan..

Saya suka sangat makan di Seoul Garden sebab ada steamboat & grill HALAL.. Suasana restaurant selesa, bersih dan santai.. Sesuai kepada pengunjung yang makan secara berkumpulan lebih dari 2 orang.. Gambar pertama haruslah sup.. Kami sepakat ordered spicy tom yam soup..

Tom yam soup
Soup
Lepas bayar, cari tempat duduk strategic kemudian masing-masing terus ambil makanan mengikut kegemaran.. Sambil makan, kita masak.. makan sembang dan ulang makan sampai habis lunch hour..

Seoul Garden Malaysia
Mee and nasi goreng
Walau pun bermacam-macam makanan kita boleh pilih tapi saya tetap dengan selera sendiri, mee goreng, nasi dan sedikit sayur serta lauk..



Selain steamboat ada juga makanan yang sudah siap dimasak seperti samosa, sushi, kimchi, nasi goreng, mee goreng, sosej etc. Air minuman pula pelbagai jenis dan juga dessert.. Pendek kata banyak jenis pilihan dari sayur, daging, seafood, mee dan macam-macam lagi tapi bergantung juga kepada cawangan Seoul Garden mana yang you all pergi.. Mengikut pengalaman saya lain cawangan lain menu yang ditawarkan..

Seoul Garden Restaurant
Lamb and beef 
Kakak sorang ni penggemar daging grill so makanlah daging lembu dan kambing sampai puas asalkan rajin grill dan tunggu sampai daging masak.. Masa ni laa masing-masing tunjuk skill dan creativity memasak..
Seoul Garden Restaurant
Seoul Garden Restaurant
Untuk pengetahuan gambar di atas untuk first round, lepas itu ada lagi beberapa round makanan yang agak kurang sopan untuk disiarkan di sini [cover sikit nanti orang tahu kami kuat makan] hehehe.. Kiranya makan sampai puas.. Dalam tak sedar kenyang sampai ke jantung! Ehh ada ker perumpamaan camtu? Hantam sajalah nak bagi tahu kenyang yang sangat kenyang.. Buruk betul perangai kann....

Overall bayaran yang dikenakan RM40.00 seorang.. 

Tak perlu cerita banyak tentang Seoul Garden Restaurant ni sebab sebelum ni saya pernah cerita di blog lama tentang makan-makan di Seoul Garden Dpulze Cyberjaya


Sesiapa antara pembaca ingin makan ke Seoul Garden boleh rujuk di sini untuk keterangan dan lokasi terdekat..




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


28 COMENTΓƒRIOS:

takpernah pi makan lagi kat seoul garden, teringin nak try

lama tk mkn kt seoul garden..suka juga

Seronoknya...masak terus makan..mahu berpeluh..lama pula tak ber"steamboat"

Alahai Mrs.A takde time ni kalau tak mesti join sekaki

ekin pernah makan dekat seoul garden ni,, suka kalau seafood dia banyak pilihan,, dekat sini lah boleh lahap ketam ke udang,, banyak2..hohoho

rabia tak pernah makan lagi dekat seoul garden ni.

Pernah try makan di seoul garden, tapi sekali je sis lz. Hehe kena pergi siang hari ni baru puas.. Kalau malam kejap sangat masa

best ada rebus2, bakar2...

tak pernah lagi makan di seoul garden. Hope one day dapatlah cuba :)

Silakan cuba Sha, nanti share review okay 😊

mama tisya kena repeat makan kat sini 😊..

Itu yang best PC tp keluar restaurant baju bau asap, hehehe 😁

Next time kita pi sama Mrs.A, don't worry πŸ˜‰

Belum pernah makan di Seoul Garden. Kemungkin tak nampak lagi apa yg menarik dan sebenarnya tak Onz sangat dengan Korean Food. BTW, thanks for sharing.

bestnya makan di seoul garden. Sal pun suka. tapi kena gi time betul-betul lapar, baru berbaloi

Betul tu Asyikin, sis pun suka sebab kat sini puas makan seafood di samping makanan lain.. tu sebab kenyang sampai ke jantung, hehehe

Bebila Rabia boleh cuba makan di sini..
In shaa Allah ada rezeki tak ke mana 😊..

Betul HH, pergi siang memang puas makan.. Kalau suka HH kena repeat lagi, sekali pergi belum dapat feel lagi, hehehehe πŸ˜‰

Setuju, memang best hehehe

In shaa Allah ada rezeki Anis dapat makan sini πŸ’•

Hehehehe kalau x suka steamboat & grill mungkin x kena tekak kot Zhi.. By the way, thank you sudi singgah sini 😊..

Serious best Sal.. Bila lapar dapat makan banyak sebab konsep sini makan sampai puas hati hehehe

sedapnyaaaa,,, kalau tengah lapar memamng makan banyak la kan hii

Dah lama gila tak makan seoul garden ! Last masa zaman studyy~ kat Melaka.........
Kat Johor ada je....cuma tak jugak singgah. kedai makan banyak sangat kot kat sini..hahaa

Betul Wani, berbaloi-baloi bila tengah lapar.. Makan sampai lupa rasa kenyang, hehehe..

Betul ejulz, tak mengecewakan bila masuk sini 😊

Seronok sungguh banyak kedai makan kat tempat Nona.. Mungkin juga sebab tu tak ‘pandang’ Seoul Garden ni hehehe 😊

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Back to Top