Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini hari ke-2 kita menempuh Tahun Baru 2021. Ketika dentuman mercun kedengaran di luar rumah menandakan detik 12 malam sambutan tahun baru 2021, saya sibuk melayan filem Turki bertajuk Fire and Water berdurasi 1 jam 48 minit 50 saat. Filem ini ditayangkan pada tahun 2013.

Sepanjang hidup saya, tak pernah tengok filem dari negara Turki tetapi entah kenapa malam itu tiba-tiba rasa ingin mengikuti filem ini di YouTube. Overall komen kata "the most romantic film ever", memang tangkap syahdu. Frankly speaking, saya ni susah sikit mengalirkan airmata bila menonton filem. (Hati kau keras Roy!.. hahahaha) Kecuali filem itu betul-betul menusuk kalbu. Harus diingat hanya beberapa filem sahaja berjaya buat saya mengalirkan airmata termasuk filem ini. Tanpa segan silu saya mengaku hokeyyyy.. hehehe

Jom saya kongsi di sini jalan cerita ini. Siapa pernah tengok drama ini tentu tahu jalan cerita filem romatic ini.. I tell you, I love this movie so much!
Water and Fire (Su ve Ates) di YouTube

Intro filem ini menunjukkan seorang wanita, Jasmine (Irem Candar) sempat membaca sebuah novel hasil tulisan bakal suaminya sementara menunggu majlis pertunangannya. Novel tersebut bertajuk Su ve Ates (Water and Fire). Perjalanan cerita bermula ketika dia sedang membaca novel tersebut..

Novel Fire and Water (Su ve Ates)
Kisah perkenalan tanpa sengaja antara Yagmur (Yasemin Allen) bertemu dengan anak dari keluarga gangster bernama Kemal (Ozcan Deniz) dalam penerbangannya ke London. 

Yagmur dalam penerbangan ke London

Ketika itu Yagmur ketakutan apabila tempat duduknya bersebelahan tingkap (dia ada masalah takut ketika dalam kapal terbang).

Yagmur duduk bersebelahan Kemal

Sementara pramugari mencari seat lain yang sesuai, Yagmur duduk sementara di sebelah Kemal. 

Alpago (kiri) dan Turhan (kanan) - bodyguards Kemal

Kemal ditemani 2 orang bodyguard bernama Turhan (Yusuf Akgun) dan Alpago (Burcin Birben). Turhan merupakan adik Kemal. 

Mencengkam tangan Kemal 
Tiba-tiba kapal terbang mengalami clear-air turbulence. Yagmur panik dan tak sedar tangannya mencengkam tangan Kemal. Apabila Yagmur tersedar, dia melihat tangan Kemal luka. Tanpa berlengah dia mengambil plaster dan menampal luka tangan Kemal. 

Plaster luka Hello Kitty
Plaster Yagmur gambar Hello Kitty (comel) menyebabkan Kemal tersenyum melihat gelagat comel Yagmur. Bayangkan tangan seorang gangster ditampal plaster Hello Kitty.. 

Tiba di London, masing-masing membawa haluan sendiri. Yagmur ke rumah teman baiknya, Irem manakala Kemal ke rumah penginapannya bersama Turhan dan Alpago. Di London, Yagmur bekerja di sebuah salon.

Tiba-tiba dada Kemal terasa sakit. Luka kesan tembakan di dada Kemal mengalami jangkitan. Mereka segera ke hospital.

Kemal di hospital
Dalam masa yang sama Isem mengalami keracunan makanan apabila termakan coklat yang dibawa oleh Yagmur. Isem alergi dengan kekacang. Isem dan Yagmur ke hospital untuk mendapatkan ubat. 

Yagmur dan Isem
Ketika di hospital mereka terserempak dengan Kemal. Yagmur dapat mengecam Kemal melalui plaster Hello Kitty di tangan Kemal.

Plaster Hello Kitty di tangan Kemal
Mereka bertegur sapa dan disusuli dengan pertemuan pertama, makan malam. 

Makan malam, pertemuan pertama
Maka timbullah bibit-bibit percintaan pandang pertama. Percintaan mereka umpama fairy-tale..
Bibit-bibit cinta
Kemal tanpa suit
Loving couple ditemani Alpago 
Namun, percintaan mereka tidak disenangi oleh Lady Fadile (Sefika Tolun). Lady Fadile merupakan ibu tiri Kemal. Lady Fadile mengupah Hamza (Kaan Cakir) (adik ipar Kemal) untuk memerhati gerak-geri Kemal di London. Hamza mendapat segala info tentang Kemal melalui Turhan.

Setahun telah berlalu, Kemal dikehendaki pulang ke Istanbul untuk menyelesaikan konflik antara keluarga. Kemal terpaksa meninggalkan Yagmur.

Ketika di rumah, Yagmur mendapati dirinya mengandung. Hal ini diberitahu kepada Isem melalui telefon, tanpa dia sedar perbualannya didengar oleh Turhan. Turhan memaklumkan perkara ini kepada Hamza. Hamza segera memaklumkan perkara tersebut kepada Lady Fadile.

Hamza menghubungi Lady Fadile
Lady Fadile tidak peduli apa yang diberitahu Hamza. Dia mengarahkan Hamza supaya meneruskan  plan asal mereka tanpa sebarang alasan.

Lady Fadile bercakap dengan Hamza
Sebelum bertolak ke Istanbul,  Kemal berjumpa Yagmur. Kemal berpesan kepada Yagmur supaya jaga diri dan tunggu dia pulang semula ke London. Yagmur merahsiakan dirinya mengandung dan menganggap berita itu sebagai surprise apabila Kemal pulang semula ke London nanti.

SIAPAKAH KEMAL?

Dalam tempoh Kemal berada di Istanbul, Hamza menyuruh Turhan membawa Yagmur berjumpanya. Hamza memberitahu Yagmur bahawa nama sebenar Kemal ialah Hasmet. Dia adalah seorang gangster yang sedang diburu kerana telah membunuh ketua gangster dari kumpulan lain. Ahli keluraga gangster diketuai oleh anak lelakinya Sitki (Cem Ukan) sedang memburu dan ingin membunuh Hasmet. Hasmet pulang ke Istanbul untuk menyelesaikan pertelingkahan 2 keluarga yang masih belum selesai. Hasmet adalah punca segala pertelingkahan tersebut.

Doktor paksa
Yagmur memberitahu Hamza bahawa dirinya sedang mengandung anak Kemal / Hasmet. Atas arahan Lady Fadile, Hamza mengupah doktor untuk menggugurkan kandungan Yagmur. Turhan dipertanggungjawab untuk memastikan plan Hamza berjalan seperti yang dirancang.

Selesai sahaja doktor beri suntikan sedatif, Yagmur berjaya melarikan diri. Turhan segera mengejar Yagmur.

Yagmur pengsan ketika melarikan diri
Ketika melarikan diri, Yagmur tiba-tiba pengsan.. Turhan membawa Yagmur ke satu tempat dan memanggil doktor untuk merawat Yagmur. Doktor memberitahu Turhan bahawa kandungan Yagmur selamat dan keadaan Yagmur stabil.

Yagmur sedar dari pengsan
Apabila Yagmur sedar dari pengsan, Turhan merayu kepada Yagmur supaya tinggalkan Hasmet. Jika Yagmur terus bersama Hasmet ia akan mengancam nyawa Hasmet. Hasmet kemungkinan akan dibunuh. Untuk menyelesaikan pertelingkahan keluarga Hasmet hanya ada 1 cara. 

Turhan menceritakan keadaan sebenar
Hasmet dipaksa berkahwin dengan Nupelda (Pelin Akil). Nupelda merupakan adik Sitki, anak ketua gangster yang telah dibunuh Hasmet. Nupelda mencintai Hasmet sejak kecil lagi. Hasmet perlu akur dengan keputusan keluarganya. Oleh sebab itu dia berada di Istanbul untuk berbincang mengenai perkahiwnannya dengan Nupelda.

Turhan menghubungi Hamza
Selepas itu, Turhan menghubungi Hamza dan memaklumkan bahawa Yagmur telah melarikan diri. Turhan berbohong kepada Hamza bahawa kandungan Yagmur telah berjaya digugurkan.

Dalam pada itu, Hasmet tiba di London. Hasmet mencari Yagmur di apartmentnya tetapi Yagmur tiada. Hanya Turhan ada di sana.

Hasmet confront Turhan
Turhan memberitahu Hasmet bahawa Yagmur telah melarikan diri. Dia tak tahu di mana Yagmur berada.

Ketika itu, Yagmur menemui Isem. Yagmur menceritakan segala-galanya kepada Isem. Sedang mereka bercerita tiba-tiba pintu rumah Isem diketuk oleh Hasmet. 

Yagmur berjumpa Isem
Hasmet berjumpa Isem kerana Yagmur percaya Isem tentu tahu di mana Yagmur berada. Sebelum itu, Isem mengarahkan teman lelakinya membawa Yagmur ke bilik atas dan menguncinya. 

Hasmet mencari Yagmur
Isem tidak membenarkan Yagmur berjumpa Hasmet kerana marah tindakan Hasmet melayan Yagmur.
Yagmur melihat Hasmet dari tingkap
Yagmur hanya dapat melihat Hasmet dari tingkap. Hatinya sangat merindui Hasmet tapi dia tak dapat berbuat apa-apa.

Hasmet melihat Yagmur dari luar
Hasmet terpandang Yagmur dan dia terus menerpa masuk ke rumah Isem tetapi dihalang oleh teman lelaki Isem. Berlaku pergelutan hingga menyebabkan pistol Hasmet tercampak.

Hasmet ditahan polis
Hal ini disaksikan oleh polis peronda yang kebetulan lalu di kawasan itu. Hasmet ditangkap kerana membuat kekacauan. Atas pengaruh Lady Fadile, Hasmet dihantar pulang ke Istanbul. Yagmur dan Hasmet berpisah lagi.

Majlis perkahwinan Nupelda
Di Istanbul, Nupelda bersiap-sedia dengan gaun perkahwinannya. Hari itu merupakan majlis perkahwinannya dengan Hasmet.

Sitki dan Nupelda
Selaku abang, Sitki gembira melihat adiknya berkahwin dengan lelaki yang dicintainya walaupun dia masih berdendam dengan Hasmet kerana telah membunuh ayah mereka. Sitki sanggup membuat apa sahaja demi kebahagian Nupelda.

Majlis perkahwinan Hasmet dan Nupelda
Perkahwinan antara Hasmet dan Nupelda berlangsung seperti dirancang. Maka perbalahan keluarga antara dua keluarga berjaya diatasi hasil perkahwinan tersebut dengan harapan Nupelda mengandung dan mempunyai anak bersama Hasmet. Cucu mereka dianggap pengikat kekeluargaan mereka itu nanti.

Ketika majlis perkahwinan Hasmet berlangsung, Yagmur membawa diri pulang ke kampung halamannya. Lama dia tidak berjumpa dengan ayahnya. Ibu Yagmur telah lama meninggal dunia. 

Yagmur dan ayahnya
Hatinya berdebar untuk memberitahu ayahnya bahwa dia sedang mengandung. Dia banyak termenung memikirkan masa depannya.

Yagmur merenung masa depan
Tanpa berfikir panjang, akhirnya Yagmur berdepan dengan ayahnya dan memberitahu perkara sebenar. Ayahnya begitu kecewa hingga menganggap Yagmur bukan lagi anaknya. Ayahnya tidak tahu bagaimana ingin berdepan dengan masyarakat nanti.

Yagmur melahirkan Kemal
Walaupun begitu, Yagmur tetap berusaha mengambil hati ayahnya. Ketika bertikam lidah di pusara ibunya, Yagmur terasa sakit ingin bersalin. Hanya dia dan ayahnya sahaja di tanah perkuburan itu. Masa sudah tiba, akhirnya ayah Yagmur menyambut kelahiran bayi Yagmur yang diberi nama Kemal.

Hasmet berjumpa Yagmur
Yagmur kembali ke London bekerja di salon. Suatu hari, rakannya memberitahu bahawa ada seorang jejaka ingin bertemu Yagmur. Jejaka tersebut ialah Hasmet. Yagmur berbohong kepada Hasmet bahawa dia sudah berkahwin dan memiliki anak dengan harapan supaya Hasmet terus melupakannya. Hasmet berlalu pergi dengan hati yang kecewa. Hasmet menghormati pendirian Yagmur.

Yagmur sedih kerana terpaksa menipu Hasmet
Selepas Hasmet pergi, Yagmur tidak dapat menahan sedih kerana terpaksa berbohong. Sebenarnya hati Yagmur sangat merindui Hasmet tetapi dia sedar Hasmet kini suami orang. Dia akur dengan kata-kata Turhan..

Sepanjang berada di kampung, Yagmur rapat dengan Sinan iaitu doktor yang merawat kandungannya. Mereka menjadi sahabat hingga Kemal berumur lebih kurang 3 tahun. Suatu hari, Sinan mengajak Kemal dan Yagmur ke Istanbul. Sinan perlu menghadiri conference di Istanbul dan dalam masa yang sama membawa Kemal dan Yagmur bercuti dengan mendapat keizinan ayah Yagmur.

Hasmet dan Nupelda pula menghadiri urusan perniagaan di hotel yang sama. Ketika pintu hotel terbuka, Hasmet terlihat seseorang yang menyerupai Yagmur bersama seorang lelaki dan budak kecil. Dalam lif tersebut wanita kepada kanak-kanak itu memanggil nama anaknya Kemal.

Terjumpa di lif hotel
Hasmet terpaku, ingin saja dia mengikuti wanita itu keluar dari lif tetapi dia sedar Nupelda sedang melihat gerak-gerinya. 

Sewaktu makan malam di hotel, Hasmet terlihat wanita tersebut di meja hadapan. 

Yagmur, Kemal dan Doctor Sinan
Hasmet memerhati mereka dari jauh.. 

Hasmet memandang mereka
Tiba-tiba Yagmur terpandang susuk tubuh Hasmet sedang memerhatinya..

Mata bertentang mata
Apabila dia menoleh kembali, Hasmet telah tiada.. Yagmur menganggap ianya illusi kerana fikiran dan perasaannya masih mencintai Hasmet. Yagmur bingkas bangun menuju ke wash room..

Hasmet mendesak Yagmur
Semasa ke wash room, Yagmur dihalang Hasmet. Hasmet mendesak supaya Yagmur berterus-terang mengenai statusnya. Hasmet telah menyemak butir-butir Yagmur di kaunter hotel dan mendapati bahawa Sinan bukan suami Yagmur malah mereka berada di bilik berasingan. Hasmet memaksa Yagmur tunggunya di bilik hotel dan dia akan menyusul ke sana. Yagmur menuruti permintaan Hasmet.

Sedih
Mereka berjumpa di luar bilik hotel. Masing-masing tidak dapat menahan rindu. Setelah didesak Hasmet, Yagmur memberitahu Hasmet bahawa Kemal adalah anak Hasmet. Yagmur juga menceritakan perkara sebenar tentang Hamza dan Turhan kepada Hasmet. Yagmur menyuruh Hasmet supaya pergi dari hidupnya kerana tak mahu hidupnya diganggu tambahan pula Hasmet sudah berkahwin. Hasmet berjanji dia akan menjaga Yagmur dan Kemal di suatu tempat terpencil. Alpago akan membawa mereka ke sana. 

Sedang mereka bercerita, Kemal memanggil ibunya.. Yagmur masuk ke bilik menemui Kemal diikuti Hasmet. Hasmet bertemu Kemal dan memeluk anaknya.

Kemal bertemu Kemal
Sementara itu Hasmet segera menghubungi Hamza. Hasmet ingin membuat perhitungan bersama Hamza. Ketika Hamza ke hotel tempat Hasmet menginap, dia terserempak dengan Yagmur, Kemal dan Alpago, tergesa-gesa menaiki sebuah kereta. Hamza segera menghubungi Turhan dan memarahi Turhan kerana berbohong kepadanya. 

Tembelang Turhan terbongkar
Hamza memberitahu Lady Fadile bahawa Turhan telah berbohong dan Yagmur melahirkan anak Hasmet. Menurut Hamza, tindakan Turhan seperti menyimbah minyak ke dalam api dan menggali kubur sendiri. Lady Fadile terlalu marah hingga menampar Turhan dan Hamza.. Berang dengan tindakan Lady Fadile, Hamza memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan keluarga itu. Dia berhasrat melarikan diri bersama perempuan simpanannya membawa bersama wang syarikat.

Adik Hasmet jatuh 
Sedang Hamza tergesa-gesa mengemas barang, isterinya Hellen (Burcu Karatli) (adik Hasmet) bertanya ke mana Hamza ingin pergi. Berlaku pertikaman lidah hingga Hamza secara tak sengaja menyebabkan isterinya jatuh dari tingkat atas. 

Perhitungan antara Hasmet dan Hamza
Hamza segera meninggalkan isterinya menuju ke kereta tetapi sempat dihalang Hasmet. Hasmet menyaksikan kecederaan adiknya lalu segera memanggil ambulance sementara Hamza ditahan oleh pengikut Hasmet. Isteri Hamza berada di hospital mengalami keretakan tulang yang serius. Hasmet tahu selama ini Hamza menggunakan kekerasan kepada adiknya. Hati bertambah marah dengan tindakan Hamza terhadap Yagmur.

Hamza mati ditembak Hasmet
Hasmet membawa Hamza ke tepi pantai lalu menembak Hamza. Sebelum mati Hamza sempat berkata Hasmet tak akan terlepas dari dibunuh. Namun Hasmet tidak menghiraukan kata-kata Hamza.

Ketika itu, Sitki dan Nupelda melihat footage cctv di hotel. Mereka menyaksikan Hasmet mengarahkan Alpago membawa Yagmur dan Kemal keluar dari bilik hotel. Ianya menimbulkan kemarahan kepada Nupelda.

Sitki dan Nupelda
Hasmet kembali semula ke pangkuan Yagmur dan Kemal.. Mereka sangat gembira kerana berjaya bersatu semula.   

Happy family
Dalam kegembiraan, Hasmet menerima panggilan dari Sitki. Sitki mengancam untuk membunuh Turhan jika Hasmet tidak berjumpanya. 

Turhan diugut Sitki
Turhan berada di tangan Sitki. Hasmet dan Alpago bergegas menuju ke rumah Sitki meninggalkan Yagmur dan Kemal. Hasmet berkata kepada Yagmur, andainya dia tidak kembali, pengikutnya akan menjaga Yagmur dan Kemal dengan baik. Yagmur melepaskan Hasmet dalam tangisan.

Hasmet berdepan Sitki
Hasmet dan Alpago tiba di rumah Sitki tanpa senjata diiringi pengikut Sitki. Sejurus masuk ke sana, Hasmet melihat Nupelda ada bersama Sitki manakala Turhan berlumuran darah dan tidak bermaya akibat dibelasah teruk. 

Turhan dibelasah Sitki
Hasmet mengarahkan Alpago membawa Turhan pergi dan meninggalkan dirinya sendirian. Dengan rasa sedih dan berat hati Alpago menurut arahan Hasmet.

Nupelda mengancam ingin menembak Hasmet
Hasmet memalingkan badan ke arah Sitki dan Nupelda. Dengan pantas mereka mengacu senjata ke arah Hasmet. Hasmet mara ke arah Nupelda hingga hujung pistol rapat di dada Hasmet. Hasmet meletakkan jarinya ke dalam pemicu bersama jari Nupelda.

Hasmet memujuk Nupelda dengan mangatakan bahawa dia ada seorang anak bersama Yagmur. Dia tak boleh tinggalkan Yagmur. Hasmet berharap agar Nupelda dapat mulakan hidup baru dan terima takdirnya. Di sekeliling Hasmet, pengikut Sitki sedia dengan senjata mereka. Sambil melihat sekeliling Hasmet bertanya kepada Nupelda, andai dia keluar dari sini tanpa restu Nupelda adakah dia akan ditembak? Nupelda menjawab : "Ya". 

Nupelda merayu kepada Hasmet
Nupelda tetap tak dapat terima kenyataan itu. Dia tetap merayu supaya Hasmet terus hidup bersamanya. Dia tidak dapat hidup tanpa cinta Hasmet. Melihat keadaan Nupelda merayu begitu rupa, Sitki tak dapat menahan marah. Dia mendesak Nupelda terus menembak Hasmet. Tak lama terdengar bunyi tembakan. Hasmet menekan picu pistol tersebut kerana dia sedar tiada pilihan lain. Peluru menembusi dadanya. Hasmet jatuh melutut di hadapan Nupelda. 

Hasmet mati 
Semua terkejut dengan tindakan Hasmet. Yagmur juga terasa sesuatu yang buruk berlaku. Dia dapat merasa bahawa Hasmet tak akan pulang kepangkuannya semula.

Yagmur terasa ada sesuatu tak kena
Kisah percintaan Yagmur dan Hasmet ini menyebabkan wanita yang membaca novel ini menangis teresak-esak. Dia sangat menghayati kisah itu kerana ianya kisah ibu dan ayah bakal suaminya iaitu Kemal.

Sedih menghayati novel tulisan bakal suaminya 
Kemal mengabadikan kisah ibu dan ayahnya dalam novel. 

Kemal sudah dewasa
Majlis pertunangan mereka berlangsung petang itu.. Ia dihadiri ramai tetamu.

Majlis pertunangan Kemal
Yagmur menyarung cincin pertunangan ke jari bakal pengantin perempuan. Cincin tersebut merupakan cincin pemberian Hasmet semasa melamar Yagmur. 

Yagmur dah tua
Yagmur kelihatan gembira menyaksikan pertunangan Kemal. Majlis berjalan dengan meriah. Yagmur membiarkan tetamu bergembira manakala dia mencari tempat duduk untuk berehat.

Wanita berbaju hitam
Dia terpandang susuk tubuh wanita berbaju hitam yang duduk di sebelahnya. Yagmur seakan-akan mengenali wanita itu. 

Nupelda menghadiri majlis pertunangan Kemal
Ternyata wanita berbaju hitam itu ialah Nupelda. Nupelda turut hadir menyaksikan pertunangan anak suaminya, Kemal. 

Begitulah pengakhiran kisah Fire and Water, huhuhu sedih. Tak tahu kenapa sedih sangat..
By the way, saya suka petikan semasa intro filem ini :

"There is no such thing as coincidence. 
If it's meant to happen, it happens. 
All of this was meant to happen and it did. 
Fire met water. 
But neither the water evaporated, nor the fire went out. 
The flames swallowed the entire city. 
All they felt was pain. And what a pain.."

Plot cerita saya kongsi di sini mungkin tak menyeluruh. Pembaca boleh tonton sendiri dan nilai.. 
Siapa yang ingin menonton boleh click gambar di bawah atau link YouTube ini : Fire and Water


Begitu juga kepada sesiapa yang ingin cuba sama ada cerita ini boleh meleleh airmata atau tidak, sila tonton dan komen.. Durasi tak lama cuma 1 jam lebih.. 

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya.. 
Thank you for reading, bye..
Wasalam..

Regards,

Loading...