Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini. Hujung minggu lalu sempat menjenguk my small garden patio. Sejak tahun baharu memang jarang membelek tanaman yang ada kerana sibuk dengan tugasan hakiki. Kali ini baru berkesempatan gardening dan membelek pokok hasil tanaman sendiri.
Apa yang ingin saya kongsi di sini adalah cara penjagaan petunia. Saya focus pada pokok petunia berbanding tanaman lain. Kata orang petunia mudah jaga tapi saya rasa sebaliknya. Memanglah tangan orang tak kenal baja seperti saya, lain dari tangan mereka yang arif dengan tanam-tanaman. For me, petunia so fragile tapi bunga petunia sangat cantik berwarna-warni lebih-lebih lagi bila berkembang serumpun.
Penjagaan petunia |
Petunia juga merupakan salah satu tanaman popular kepada penggemar bunga. Kita sedia maklum, terdapat pelbagai spesis petunia dengan warna berbeza yang dapat disesuaikan dengan konsep decor lanscape rumah kita. Saya suka petunia kerana tanaman ini boleh toleransi dengan cuaca panas. Memang sesuai dengan cuaca di tempat saya. Lebih banyak cahaya matahari, lebih banyak bunga petunia berkembang mekar. Tapi awas, jangan terkena air hujan. Air hujan seperti asid kepada pokok petunia.
Petunia merah jambu |
Pada bulan September 2020 lalu saya ada beli 4 buah pasu gantung pokok petunia dengan pelbagai warna. Masa tu gembira sungguh, asyik lepak di garden patio sambil memuji kecantikan petunia yang tergantung di porch. Petunia tersebut pernah saya abadikan dalam post ini -> Hujung Minggu di Small Garden Patio.
Malangnya lama kelamaan, pokok petunia ku seperti menderita, nampak kering dan layu. Kini tinggal sepasu berwarna pink ini, 3 darinya gagal diselamatkan disebabkan cuai dan tak tahu kelemahan petunia. Itulah akibat tanam pokok tanpa ilmu, sekadar trial and error. Melalui kegagalan itu saya cuba focus mencari ilmu bagaimana menjaga petunia dengan betul. Saya kongsi di sini sebagai rujukan bersama.
Untuk memastikan petunia sentiasa kelihatan menawan cuba implement tips ini sepanjang petunia subur mekar. Kaedah ni agak leceh tetapi kita akan puas hati dengan hasilnya.
Tanam Petunia di pasu gantung
Petunia sesuai ditanam dalam pasu gantung berbanding di tanah kerana pokok petunia lazimnya berkembang dan ranting akan memanjang. Bila tanam di pasu gantung, petunia mudah membebaskan air yang bertakung dalam tanah. Petunia memerlukan tanah poros walaupun tanaman ini suka dengan cuaca panas.
Kurang Air Tetapi Kerap Siraman
Bergantung kepada lokasi di mana anda menempatkan petunia. Petunia memerlukan 5 hingga 6 jam di bawah cahaya matahari untuk mengeluarkan bunga yang banyak. Jika di bahagian terlindung, memadai hanya siram sekali di waktu pagi manakala jika di bawah cahaya matahari, siram waktu pagi dan petang. Bergantung kepada cuaca dan kelembapan. Jangan overwatering. Sentiasa check keadaan tanah, pastikan tanah sentiasa lembap.
Pruning in order to look great |
Pruning atau mencantas
Membuat cantasan salah satu tips yang penting untuk memastikan pokok petunia sentiasa terjaga. Walaupun sayang dengan bahagian bercabang yang masih elok berbunga, tetapi kita terpaksa korbankan bahagian tersebut. Cantas anggaran 4 inci. Bahagian yang dicantas itu akan mengeluarkan cabang baru dan akan berbunga semula. Cara ini juga mengelakkan dari pokok pertunia menjadi leggy atau memanjang.
Buang juga bunga yang sudah berkembang dan daun-daun kuning, memadai dengan hanya mencubit atau menggunakan hujung gunting.
Dead heading or pinching |
Baja
Petunia sejenis heavy bloomers dan memerlukan cahaya matahari yang banyak. Disarankan supaya guna jenis slow realise fertilizer cecair kekerapan 2 minggu sekali supaya pokok sihat. Nisbah baja jenis NPK 1/2 sudu besar larutkan dalam 1 liter air.
Cegah Serangga Perosak
Spray insecticidal soap atau neem oil untuk elak serangga perosak.
Petunia di my small garden patio |
Okay itu sahaja tips utama penjagaan petunia hasil pembacaan dan pengalaman saya sendiri yang boleh dilakukan kepada penanam petunia berstatus beginners seperti saya. Semoga dengan cara penjagaan ini menjadikan petunia saya yang sedang tergantung di porch itu kekal bertahan dan kembang mekar selamanya.
Related post : Gembira Melihat Bunga-Bunga Berkembang Mekar
Jika pembaca ada tips lain boleh share juga untuk panduan bersama. Mungkin ada juga antara pembaca blog ini menanam petunia, nanti bolehlah share link blog juga.
Akhir kata, thank you for reading.
Regards,
Loading...
cantiknya, dana biasa tgk orang tanam bunga nih kak... tapi dana tak berani nak cuba tanam lagi hehehe...
ReplyDeleteTerima kasih Dana..
DeleteAkak tanam pokok bunga mana yang akak minat sebab tu gigih cari ilmu cara jaga petunia, suka dengan bunga petunia yang cantik merimbun..
Bagus juga trial and error. Terperinci tips.
ReplyDeleteHehehehe terima kasih NA 🤗
DeleteCantik. Menanam ni banyak mengajar kita kan kak.
ReplyDeleteBetul PC.. Kena sabar dan rajin.. Bila tengok bunga kembang cantik rasa puas hati dengan tenaga yang telah dicurah 😊...
Deletecantiknyaaa, thank you share tips, mungkin tak berapa berguna untuk sy tapi mesti ada manfaat pada org lain
ReplyDeletejemput join giveaway su ya!
https://itsthesuraya.blogspot.com/2020/02/the-first-giveaway-by-thesuraya.html
Maaf thes tak sempat join giveaway, ada rezeki may be next time okay..
Deletethank you for your comment 🤗
thank you sharing tips :)
ReplyDeleteMy pleasure Atie Zieya 🤗
Deletepetunia ni memang fav pokok mak!! memang canrik rumah.
ReplyDeletepaling suka bunga purple dot putih.
Bunga petunia memang cantik dan berseri rumah kita Nina tapi hazab juga menjaganya.. Spesis fragile. Tapi best sebab banyak pilihan warna 😊
DeleteSuka pokok ini tapi dia tak nak geng dengan Sha.. hahaha.. dah dua tiga kali cuba tanam dan bela, kesudahannya menyedihkan.. hehehe.. mampu memuja dari jauh je.. gitu..
ReplyDeletePetunia spesis fragile Sha, sensitif sangat.. 😊
DeleteGood tips! Cheq bela succulents ja sekarang ni hihi 🤓
ReplyDeleteThank you Cik Suerin... Succulents saya ada juga mati terlebih air akibat obses sangat suka siram pokok beriya hihihi 😁
Deletecantik pokok ni
ReplyDeleteBetul Rabiah bunga petunia memang cantik 😊
DeleteSuka tgk pokok ni
Deletechuantwknuer petunia.. 😅
ReplyDeleteHehehe memang chuantwk petunia Wak Lat 😁
DeleteBanyak bunganya cantik color meyah hehehee...
ReplyDeleteMasa berbunga lebat memang cantik Mrs. A.. Bila mogok tinggal daun saja, stress hehehehe 😁
DeleteCantiknya bunga, kena betul rajin ni kalau nak bela dan jaga nih.
ReplyDeleteBetul Fatin.. Rajin kena mengatasi segala-galanya bila start tanam pokok bunga lebih-lebih lagi petunia 😊
DeleteSuka tengok petunia. Lagi-lagi bila bunganya lebat dan mula terjuntai keluar dari pasu. Rajin LZ gardening ��
ReplyDeletePetunia ni cantik tapi leceh, too fragile Farrah..
DeleteAlhamdulillah LZ suka tanam-menanam pokok hiasan.
Cantiknya bunganya lebat. buat hiasan gantung lagilah cantik. Bunga macam ni saya tak berani nak beli dan jaga. tak pandai nak jaga sebenarnya. Suka pokok berdaun hijau tanpa bunga :)
ReplyDeleteBetul Fizah, petunia ni fragile.. leceh banyak pantang larang & manja.
DeleteSo far ini sahaja koleksi petunia sis. Lain-lain spesis mudah jaga.
Sha suka pokok ini tapi selalu tak berjaya jaga.. hehehe.. Mesti akhirnya layu kekeringan.. macam-macam cara cuba dah.. hehehe..
ReplyDeleteTak rasi dia dengan Sha..
Memang fragile Sha.. Bila LZ start busy terasa leceh pulak menjaga petunia.
DeleteCukuplah 2 pasu ni saja..