Hujung Minggu di Small Garden Patio

Hujung minggu berlalu pergi seakan tak sedar. Cepat sungguh masa berlalu. Time flies so fast just like a blink of an eye. Alhamdulillah minggu ni dapat spent masa berkualiti di rumah bersama keluarga. Most of the time kami menghabiskan masa membersihkan daun-daun pokok, cabut rumput di halaman rumah. Eloklah begitu memandangkan statistik Covid-19 tak menentu sekarang ni. Jadi agak berisiko untuk keluar berjalan-jalan di tempat awam. 

   
Can we start the weekend over again?


Biasalah my weekend therapy tak sah kalau tak membelek pokok dan bunga-bunga di my small garden patio. Minggu ni saya re-potting succulent, pothos dan pokok lidah mak mertua (kejam sungguh kau kata begitu.. Eloklah kita sebut snake plant daripada translate ke Bahasa Melayu nampak rude, huhuhu my two cents)

Kebetulan anak pokok snake plant banyak so saya asingkan kepada beberapa pasu kecil untuk dijadikan sebagai indoor plant

Re-potting session on weekend

Ketika ini memang messy, serabut tapi bila selesai proses re-potting hati riang gembira tengok anak-anak pokok tersusun rapi. 

Re-potting under progress

Selain re-potting succulent, pothos dan snake plant, saya turut re-potting anak pokok orked.

Anak pokok orked

Perasan tak succulent saya takde gaya, semua berterabur seolah-olah tiada hala tuju. 

Succulent Fairy Garden anganku musnah

Sebenarnya impian asal nak decorate macam fairy garden dalam Facebook Garden Answer, tapi nampaknya hasil kejadian seperti dream vs reality. Gagal sebab tak cukup succulent dan cactus - saje bagi alasan padahal tangan tak berseni..

The real Succulent Tree-house Fairy Garden  by Garden Answer

So angan-angan tinggal kenangan..

Sementara saya gigih re-potting anak-anak pokok, husband membantuku mengecat pagar garden dengan warna putih. Barulah nampak ciri-ciri English small garden, tak gitu? #perasan.. 

Pagar coklat bertukar putih

Sebenarnya saya tak berapa gemar warna kayu original brown, nampak bosan. Apa kata kita cat bagi warna putih.. Barulah celik sikit mata memandang. Nampak warna bunga dan daun-daun hijau menyerlah berlatarbelakang pagar putih.. 


Nampak gaya English style mini garden dalam angan-angan

Bila dah terjebak dengan gardening dan ada small garden patio, cabaran utama bagi saya yang bekerja sambil belajar dan mempunyai masa terhad ialah to maintain it dan jaga pokok-pokok tersebut dari serangga perosak seperti belalang.

Wahai sang belalang

Sumber makanan si belalang

Daun berlubang-lubang

Mood sedih bila belek-belek pokok, nampak daun berlubang-lubang. The worst part bila kita mengharap putik mengeluarkan bunga tetiba 'ghaib' dimakan belalang, huhuhu bertabahlah. Harap dapat pahala sedekah beri makan belalang sekeluarga. Don't let the dark side let me down, ewaahhhh 

Kalau difikirkan semula tanpa mengikut emosi, itu hanya sebahagian kecil sahaja 'cabaran' tetapi jangan dilupakan nikmat pokok-pokok lain yang berjaya mengeluarkan bunga yang cantik. 

Berikut merupakan gambar-gambar yang diambil hari ini, fresh from my small garden :

Petunia merah gantung 

Petunia pink gantung

Orked

Bunga raya besar

Jasmine

Ros kampung sekuntum


Ini hanya sebahagian pokok-pokok yang sentiasa berbunga setiap hari dengan gembira sekaligus mengindahkan halaman rumah saya.. 

Okay, bila siap semua tiba pula giliran anak bujang menyapu halaman rumah dengan segala daun kering dan buang sampah hasil gotong-royong tadi. Semua ada tugas dan bahagian masing-masing.

Begitulah kisah weekend saya bersama keluarga, bagaimana pula dengan hari minggu anda? Jangan lupa kongsi di ruang komen. 

Oh ya, kepada pembaca yang telah meninggalkan komen dalam post saya sebelum ni, in shaa Allah saya akan meluangkan masa satu hari nanti untuk balas setiap komen dan berkunjung balas ke blog anda juga. Thank you so much for your support!


Okay, sehingga kita berjumpa lagi di lain masa dengan cerita yang berbeza.
Thank you for reading, byee...
Wasalam..
  
Regards,

20 Comments:

segar mata baca entry ni pagi2 tengok pokok2 cantik ;)

Hujung minggu balik kampung.
Bagus buat kerjasama. Eratkan hubungan.

bestnya bermain dengan pokok pepagi.

org selalu ckp putih cepat kotor but at the end putih la plg cantik kan ...utk scenery

Sejuk pandangan bila melihat pokok-poko disekeliling.

Segar mata memandang, hijau dan berwarna-warni alhamdulillah.

Dulu zhi suka pokok yg ada bunga. Sekarang bila dah makin dewasa (baca tua), rasa pokok tak ada bunga nampak macam art. haha.

cantiknya mini garden akak... dana ni lagi lah tanah sekangkang kera tapi perasan nak tanam macam2... sudahnya gitulah dia asal boleh je letaknya..

seronoknyaa ada mini garden... nampak cantik je smua pokok pokok tu!

Aktiviti sihat sambil berkebun boleh keluarkan peluh jugak.
Seronok kalau yang ditanam hidup subur.

sekarang ni ramai yang suka gardening.
bunga cantik pula tu.
jeles nya saya
tapi saya mmg tak pandai bab2 tanam bunga, suka tengok sajalah.

terapi yang sangat best. saya suka saya suka. terpandang spanish moss yang rimbun tu. hihi
cantik pagar kayu cat putih, baru kena dengan tema rumah akak cat putih ala english

cantiknya. tengok gambar lZ ni macam teringin pulak nak buat small garden kat rumah sendiri

Cantiknya bunga-bunga! Saya bercucuk tanam juga, tapi sayur seperti bendi dan cili.

Sy suka tngk rambut langsuir, ada dlm gmbr dgn petunia pink gantung tu. Sy gtau my mom supaya kasi bnyk d uma

tgk pasu2 petunia tu terus teringat mak.. cukup suka kalau belikan sepasu. betul2 buat dia bahagia

Sejuk mata melihat entry ini.. Teringin juga nak buat dekorasi macam sis ini..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More