Perasmian Patio Umbrella Idaman

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu seperti biasa ada sahaja plan bersama keluarga seperti berjalan-jalan, riadah, makan di luar atau membersihkan halaman rumah. Ketika kebanyakkan orang masih beraya, saya dan keluarga tidak bercadang ke mana-mana hujung minggu lepas memandangkan pokok-pokok hiasan di laman rumah perlu diberi perhatian. Malu bila tetamu datang, rupa halaman rumah seperti mini hutan! hehehe

Pokok Cik Bedah Cameron Highlands tak mahu berbunga

Jadi saya mengambil kesempatan untuk membersihkan halaman rumah. Inilah masa yang sesuai untuk membersihkan halaman rumah bersama keluarga. Pokok-pokok yang terabai perlu diberi perhatian supaya tidak dibiarkan lebih berserabut dan sesak mata memandang. Antaranya pokok Cik Bedah dari Cameron Highlands ni, berbunga cuma sekali. Tak tahu nak simpan atau buang, masih dalam pertimbangan..  

Longgokan pokok-pokok tak terurus di mini garden
Tengoklah sendiri seperti mini hutan di halaman rumah betapa serabut dan tak terurus pokok-pokok di mini garden saya.. 

Si Chloe kesayangan hamba
Sambil menyusun dan membersihkan daun-daun kering, saya ditemani si Chloe persis mandur manakala gambar di bawah si Coco sedang mamai dengan posisi kuak lentang baru bangun dari tidur yang lena..

Si Coco Chanel kesayangan hamba

Alang-alang focus kepada mini garden, saya mengambil kesempatan yang ada merasmikan payung patio baru.. Patio umbrella ni memang lama berkenan di hati.. Minggu akhir bulan puasa lalu, saya ada survey di Ikea dan terus jatuh cinta ingin memiliki patio umbrella ini dengan segera walaupun mendapat tentang hebat dari husband. Akhirnya saya order tanpa pengetahuannya, sedar-sedar dah sampai rumah so my husband tak boleh kata apa melainkan akur sahaja dengan kemahuan saya.. 


Patio umbrella idaman

Saya suka payung patio ni sebab nampak klasik dan mudah dikendalikan.. Sesuai diletakkan bersebelahan bungalow kucing saya untuk mengelakkan bahang panas matahari. 

Patio umbrella base
Bila payung besar sudah teguh berdiri di posisi yang sesuai, maka air diisi dalam base untuk mengelakkan payung tumbang atau terbang ditiup angin.. Elok saja payung mengembang tetiba-tiba hujan turun dengan lebat seolah-olah merasmikan 'pembukaan' payung tersebut, hehehe.. 

Patio umbrella outdoor

Alhamdulillah, impian jadi kenyataan seperti dapat hadiah emas pulut dakap, hehehe. Selepas patio umbrella dirasmikan bertambah semangat saya menyusun dan membersihkan pokok-pokok dan tanaman di halaman rumah. Kini halaman rumah nampak lebih terurus dengan pasu-pasu disusun dengan kemas dan teratur ditambah pula dengan patio umbrella idaman.




Regards,

15 Comments:

air yg diisi tu kena tukar selalu ke?

Tak perlu tukar dear anies, isi air sebagai pemberat dan ada penutup so nyamuk tak boleh masuk dan membiak dalam tu..

Wah cantik la payung tuuu..nmpk unik..hrga berapa tu sis

Cantik payung patio cantik lagi si Chloe dan coco

Menariknya idea letak patio umbrella kat mini garden di luar rumah macam ni, cheq suka 🌼❤

CR, Patio umbrella ni hanya RM500.00 sahaja..

Sudah tentu pakcik WP.. :)

Kannn Cik Suerin nampak berseri sikit laman sis >_~

chuantek dan nyaman dgn tumbuhan hijau.. hebatts2

Okay! jangan cakap akak tak payung ngeh! ngeh! ngeh!

Hahahaha hebat tang tak terjaga sampai macam mini hutan ya Wak..

Yer la Mrs. A.. Akhir kata kat post ni sepatutnya "jangan cakap akak tak payung.." hehehehe

menariklah patio umbrella tu.. sesuai sgt letak kt mini garden... boleh lepak mkn cok udang ptg² kt situ

Wah.. Comellah payung tu..

Cantiknya patio umbrella tuuu =D
Btw, VM punya kebun pon dah jadi hutan sejak kena wfo dulu hahahha
takdan aih nak siram ka trim..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More