Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443 / 2022

SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443 / 2022 MENGEJUT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Post kali ini saya ingin berkongsi sambutan Hari Raya Aidilfitri terkejut tahun ini.. Ramai up di social media sebagai "Hurry Raya 2022".. Apa pun istilahnya alhamdulillah kita semua telah berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kini tiba masanya untuk meraikan kemenangan itu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua!!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selepas pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022, tiba-tiba tergamam tak tahu nak buat mana satu.. Raya esok wey!!! Ingat nak beli baju raya esok.. Padan muka, ingat..ingat so makan pengat! Langsir dan rumah di Seremban masih belum kemas.. Kena fikir pula apa yang nak dibawa ke kampung nanti.. Relax.. relax.. bertenang, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan... hurmmmm 

Lepas berbincang dengan husband, kami kemas pakaian semua dan ambil keputusan balik kampung pagi raya pertama.

Perjalan pulang ke kampung

Pagi raya pertama selepas solat sunat Hari Raya, siap berpakaian raya kami memulakan perjalanan ke Muar. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Seremban ke Muar pagi itu lancar, walaupun kereta banyak tapi masih bergerak dengan had laju maksimum di lebuh raya. 

Pekan Bakri, Muar

Sangat teruja bila selamat sampai di kampung tanpa menempuh jam yang membosankan, syukur alhamdulillah.. Masuk rumah terus meluru ke dapur.. Seperti biasa my mom lah orang paling sibuk menyediakan hidangan di hari raya di dapur. Ramalan my mom tahun ini tepat sekali. My mom dah ready menganyam sarung ketupat sejak semalam. Lepas berbuka hari terakhir Ramadhan, my mom terus rebus ketupat manakala menjelang malam raya ketupat sudah sedia diangkat dari periuk. Jadi my mom tiada istilah raya mengejut tahun ini.  

Ketupat belum dipotong
 
Sambil bersembang, tangan bekerja mengisi biskut raya ke dalam bekas untuk dihidangkan kepada tetamu. Sementara itu, ketupat dan sambal kacang sedia dihidang.. Itu antara menu wajib di atas meja setiap pagi raya di samping kuah lodeh, lemang, rendang daging, ayam masak merah dan daging masak hitam.  

Kuah kacang

Tiada yang fancy tahun ini.. Kami sekeluarga masih menyambut Hari Raya secara sederhana.. Tahun lepas PKP so tak dapat merentas negeri untuk balik kampung berkumpul bersama keluarga. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas selang sebulan setelah ayah saya meninggal dunia. Tahun ni merupakan tahun ke-2 menyambut Hari Raya tanpa ayahanda tercinta.. Kami sekeluarga masih lagi terasa kehilangannya.. Hebat betul penangan sedih beraya tanpa ayah.. 

Related post : Kisah tak terungkap

Al-fatihah ayahanda tercinta

Hari Raya ke-2 selepas menunaikan solat Asar, saya bertolak pulang ke Seremban.. Rindu pada anak bulus yang ditinggalkan.. Apa khabar mereka..

Perjalanan pulang ke Seremban

Perjalanan pulang kali ini menempuh sedikit jam hingga susur keluar ke Seremban.. Saya sekeluarga sampai di rumah pada jam 8.00 malam.. Setibanya di rumah, terkejut yang amat bila nampak anak bulus berkeliaran di laman rumah dan bertempiaran lari bila terdengar saya memanggil nama mereka. Haishh satu kerja lagi iaitu mengejar anak bulus melarikan diri ke rumah jiran. Dipendekkan cerita, mereka berjaya ditangkap dan kembali ke pangkuan saya..

Jam di sepanjang lebuh raya 
 
Begitulah serba ringkas cerita sambutan Hari Raya Aidilfitri saya tahun ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi diucapkan kepada semua rakan bloggers. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap.

Bagaimana pula sambutan Hari Raya Aidilfitri mengejut anda tahun ini? Apa kata kongsi cerita atau tinggalkan link blog anda di ruangan komen.

Thank you for reading. Have a great day!


Regards,

18 Comments:

salam aidilfitri..walaupun tiba2 hari raya...tp tetap kena raya juga kan

selamat hari raya LZ. Anak bulus pun nak pergi ziarah rumah jiran tu. Alfatihah untuk arwah ayah dan takziah. Maaf baru tahu, rasanya lama tak BW sini

Salam Aidilfitri juga kepada Mama Tisya.. Alhamdulillah berjaya kita menyambut Hari Raya walaupun secara tiba-tiba hehehe

Selamat Hari Raya Aidilfitri Sal.. Perangai anak bulus bila dapat keluar rumah, merayau saja.. Terima kasih Sal..

Selamat hari raya Aidilfitri LZ serta maaf zahir dan batin

selamat hariraya maaf zahir batin dari wak yg jauh dimata ye cikkak LZ ittewww

Selamat Hari Raya Aidilfitri wak.. Maaf Zahir & Batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri Mrs. A.. Maaf Zahir & Batin..

Salam Aidilfitri sis Lz. Kami tahun ni masak sekadar ada je. Janji boleh beraya bersama.

Selamat Hari Raya Aidilfitri Ana Suhana.. Alhamdulillah tahun ini kita masih dapat merayakan Aidilfitri bersama keluarga..

Selamat Hari Raya Aidilfitri Adinda Baizura..

Selamat Hari Raya LZ :)
Alhamdulillah, sempat menyambut raya bersama ibu tercinta ye...

Selamat Hari Raya Farah :)

selamat hari raya LZ dan keluarga

Terima kasih Yus.. Salam Aidilfitri kepada Yus sekeluarga..

Walaupun terlambat, Sha nak ucap juga.. Selamat Hri Raya Aidilfitri..
Pergh!! Jem gila.. Sedapnya kuah kacang dan ketupat nasi..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More