Sunday, May 22, 2022

Resepi Siakap Goreng Garing Sos Thai Simple

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca..

Lama tak kongsi resepi di blog ini, al-maklum lama juga tak masak di dapur sendiri (opps! terbongkar rahsia).. Hujung minggu begini, saya akan masak lauk simple for lunch..

Kebetulan stock lauk dalam fridge tak banyak, antaranya seekor ikan siakap. Daging ayam dan segala lauk-pauk yang lain dah habis stok, tunggu stock up petang nanti.. Jadi sementara ini kita masak apa yang ada. Ikan siakap seekor tu, saya bercadang masak resepi ikan siakap goreng garing sos Thai.. 

Bahan-bahan pun simple dan semua ada di halaman rumah.. Jom saya kongsi resepinya..

Resepi Siakap Goreng Garing Sos Thai Simple

BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan siakap

Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit 
Tepung jagung secukupnya 


BAHAN-BAHAN DIHIRIS HALUS:

1 biji bawang holland saiz kecil 
6 ulas bawang putih 
1 batang serai
1 biji cili besar
5 hingga 10 biji cili padi
5 helai daun limau purut
2 batang akar ketumbar

BAHAN SOS:

2 sudu makan cili kisar 

2 sudu makan sos cili 
2 sudu makan sos tiram 
2 sudu makan sos ikan 
2 inci belacan 
Sedikit gula kabung atau gula putih 
1 biji limau kasturi

1 cawan air
Daun ketumbar dan daun bawang untuk hiasan 


CARA MASAK


1.Bersihkan ikan lumur dengan garam, serbuk kunyit dan tepung jagung secukupnya. Kemudian panaskan minyak, goreng ikan hingga garing. Angkat dan toskan.

2. Minyak bekas goreng ikan tadi kurangkan sedikit. Panaskan minyak, tumis semua bahan yang dihiris halus. Kacau hingga layu dan naik bau.

3. Setelah naik bau, masukkan cili kisar dan kacau hingga semua mesra. 

4. Kemudian masukkan sedikit belacan diikuti sos cili, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga mesra.

5. Setelah itu masukkan sedikit gula. Kacau hingga pecah minyak.

6. Kemudian masukkan sedikit air dan perahan limau nipis. Kacau hingga kuah mesra. 

7. Akhir sekali padam api dan tabur daun hiasan seperti daun ketumbar dan daun bawang. 

8. Siram sos atas ikan siakap yang telah digoreng. 

9. Sesuai dimakan dengan nasi panas, tom yam dan telur dadar. 


Alhamdulillah saya dah cuba resepi ni memang sedap dan paling penting simple.

So sesiapa takde idea nak masak apa boleh cuba..

Selamat mencuba!



Regards,


9 comments:

  1. Aduhai, terliur tengok! Dapat bayangkan lazatnya nikmati ikan goreng yang rangup dan garing tu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. LZ pun suka ikan goreng rangup.. sos additional untuk menambah selera.. hihihi

      Delete
  2. Menggoda sungguh menu akak ni... mau diratah je pun layan dahla garing sos thai pun ngam sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita Dana, suka ratah ikan goreng garing, hehehe

      Delete
  3. sedapnya..aduh terus mengindam nk makan ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat masak jangan berlengah lagi.. hehehe

      Delete
  4. mengancam betul.. Terserlah kegaringan ikan tu.. hehehe..

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Copyright © Lady In Red Planner. Blog Design by SkyandStars.co