Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri hampir melabuhkan tirai, tapi saya masih menatahias rumah selagi belum memuaskan hati. Kali ini saya bercadang menatahias sekitar tv cabinet memandangkan televisyen adalah tempat tumpuan di ruang tamu.
Hiasan sekitar tv cabinet |
Dekorasi rumah saya bergantung kepada citarasa dan budget saya. Sepertimana pernah saya kongsi dalam post sebelum ini, kebanyakkan perabot saya dibeli di Ikea.
Saya sering terlepas pandang dengan hiasan di ruang ini. Sebenarnya apabila tv on, kita mungkin tak begitu perasan rupa kawasan sekeliling. Tetapi bila tv off ruang tersebut menjadi tumpuan penting di ruang tamu. Jadi saya mahu ruang tersebut turut dihias dengan rapi.
Hemnes tv cabinet |
Sebelum memulakan decoration, mula-mula saya mencari inspirasi melalui Pinterest dan Instagram. Saya puas membelek pelbagai idea dan hiasan tv cabinet sebelum saya mengaplikasikan idea tersebut mengikut kesesuaian ruang tamu rumah saya.
TV cabinet saya jenis Hemnes bewarna putih, mempunyai 2 tingkat di mana terdapat ruang terbuka di bahagian bawah dan 3 laci. Ruang terbuka tersebut saya letak astro decoder, vcd player dan pinggan hiasan.
Klabb table lamp |
Di sebelah kiri kanan tv cabinet tersebut saya letak table lamp jenis Klabb di atas meja sisi jenis Lindved untuk menyerikan persikataran tv cabinet.
Lindved side table |
Bila dah susun semua, saya perasan bahagian dinding atas tv kosong jadi saya pasang rak jenis Mosslanda sebagai display shelf. Display shlef ini sesuai untuk meletakkan pasu bunga, frame gambar atau koleksi hiasan kecil yang sesuai. Buat masa ini saya tidak bercadang untuk meletakkan sebarang hiasan di rak tersebut. Saya biarkan kosong..
Di bahagian atas display shelf tersebut saya gantung 3 frames gambar warna putih jenis Ribba berukuran 40cm x 50cm.
Ribba photo frame |
Saya pilih frame gambar ini kerana saiznya besar dan sesuai diletakkan di atas display shelf tersebut. Frames gambar tersebut akan saya gantung sebaris seperti gambar di bawah.. Jadi bingkai gambar tersebut menjadikan kedudukkan tv berada di tengah-tengah dinding galeri.
Canvas painting |
Saya juga membeli beberapa lukisan canvas untuk keseluruhan ruang ini and love how they look in the white frames.
Akhirnya selesai juga dokorasi tv cabinet saya. I'm so happy with how it turned out. Untuk menghasilkan susunatur begini it took some trial and error, tetapi saya sangat gembira dengan hasilnya sekarang berbanding susunatur sebelum ini.
Cuba komen sikit YEA or NAY dengan hiasan rumah dari insan takde pengalaman dalam interior design ini. Thank you in advance..
Sekian, sahaja perkongsian saya.
Regards,
15 Comments:
Yea. Kemas
Yea. Nampak sejuk mata memandang...
Yea. Saya pun sama LZ.. walaupun raya dah nak habis, tetiba dtg mood mendeko, siap pakej buat rendang bagai. Hihi. Sbb time ni je tetiba bdn kembali ringan nak buat.
Yea, lawo
Yeayyy terima kasih NA :)
Yeayyy alhamdulillah, terima kasih Puan Hazel.. :)
Yeayyy alhamdulillah Kak Hjh. MM.. Kannn ikut mood terlebih rajin.. :)
Cantik. Tenang lagi mendamaikan.
suka side tabletu... stylo!! nice deco... less is more... selamat hari raya LZ
Alhamdulillah, terima kasih Farrah..
Alhamdulillah, betul Kak Mim konsep minimalist biar sejuk mata memandang.. Salam Aidilfitri.. :)
tenang je tengok sebab putih..
cantikkkk suka tengok. tenang ja..
alhamdulillah, LZ memang suka hiasan perabot putih :)
Terima kasih Busyra :)
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!