SUNDAY AND WET KITCHEN MAKEOVER | Pagi Ahad hujan turun dengan lebat di sini (tak seperti sebelum ni renyai-renyai), alhamdulillah.. We were at home, menjalani normal routine, cleaning, gardening, cooking and napping.. We had a relax weekend walaupun kerja-kerja rutin mendobi tetap berjalan seperti biasa, it was not too bad.. Kali ni mencuci kena spin lebih sikit sebab takde matahari.. Nak guna dryer ambil masa berjam sedangkan banyak lagi kain baju menunggu giliran, lagi pun saya sejenis tak suka guna dryer melainkan keadaan mendesak, sekali-sekala bolehlah.. I prefer kering semulajadi..

Toshiba Front Load Washer Dryer 

Recently I buat some makeover dry and wet kitchen.. This photo hasil makeover wet kitchen.. Limited space and limited budget too, so ruang sekangkang kera kena sesuaikan sebaik mungkin supaya tak berlaga punggung masa I memasak and my son mencuci dan sidai pakaian.. Berkira budget so I bought the based and wall cabinet mana lagi kalau bukan Ikea.. memang suka barang Ikea dulu kini selamanya sebab senang padan dengan konsep kitchen saya lagi pun susah cari perabot putih seragam di tempat lain.. Dari segi ketahanan? Bergantung kepada quality sebab Ikea banyak range perabot dengan quality berbeza on top of that bergantung kepada cara penggunaan dan penjagaan kita.. Kalau cermat pandai jaga bertahan lamalah perabot tu tak kira dari mana asalnya..

Inilah hasil wet kitchen makeover ikut design sendiri not the pricey high class punya makeover, budget pun tak seberapa kann.. Ikea Knoxhult wall cabinet guna yang asal, saya cuma tukar pintu turquoise dengan pintu warna putih supaya seragam tema putih, begitu juga knob saya tukar warna gold. 

Wet kitchen makeover

Set sinki saya pasang nano sink bowl stainless steel dan faucet warna hitam.. kemudian ganti tempered glass stove ke built-in stainless steel gas jenama Rubine supaya lebih lasak di samping ada ciri safety sebab dilengkapi flame failure device protection... Sebelum ni guna jenis tempered glass stove tapi risau dalam jangka panjang nanti meletup sebab tak tahan dengan haba dan tekanan.. Begitulah cerita makeover kitchen.. 

Okay, sementara tunggu mesin bekerja, membelek Fb sambil minum kopi while husband and my son, Arief Redza pergi beli barang dapur dan lauk pauk.. Menu tengah hari diaorang request asam pedas ikan siakap.. Okay mama ikut sahaja janji semua bahan ada..  

A cup of coffee

Belek Fb, lalu page Tok Mat (Menteri Pertahanan) di feeds, I follow Fb Tok Mat sebab beliau merupakan Ahli Parlimen kawasan tempat tinggal saya.. I'm apolitical.. Just impress with him.. Jadual padat masih bertenaga.. Saya ni kerja tak seberapa pun dah mengeluh penat.. Beliau lagi penat berkali ganda dari saya.. Kelmarin mengiringi YDP Agong di Sg. Besi, Kuala Lumpur manakala sebelah petang hari yang sama di majlis minum petang penduduk Taman Ekar, Rantau, Negeri Sembilan.. malam hari hadiri Majlis Jentera Pilihanraya Pemuda & Puteri UMNO Bhgn. Rembau.. Hari Ahad hadir ke Majlis Anugerah Persatuan Penduduk Bandar Sri Sendayan.. Besar tanggungjawab beliau.. Saya tengok ni pun rasa mencungap.. Manalah energy Tok Mat dapat, mungkin semangat beliau tinggi setanding dengan pangkat dan tanggungjawab yang dipikul.. Kita doa yang baik-baik semoga doa itu juga kembali kepada kita.. 

We had roti canai cicah sambal, kuah dhal dan kari ikan for breakfast.. I had roti pisang, thosai for my husband while Arief makan roti kosong.. 

Roti pisang

Sambal, kari ikan dan kuah dhal

While everyone sibuk dengan duty masing-masing, si Tommy pula rehat dengan gaya kuak lentang, yang lain semua tidur bawah sofa, mencari tempat gelap dan hangat..

Tommy

This weekend agak produktif, I'm in the mood untuk buat itu ini so saya berjaya menyelesaikan beberapa perkara yang sudah lama dalam perancangan tapi terbengkalai.. Tangguh dari sehari ke sehari sampai bulan ke bulan akhirnya tahun demi tahun.. Sempena masuk tahun baru Islam tempoh hari, tanam azam baru so saya bangkit melawan perasaan suka bertangguh itu dengan segera melaksanakannya, hehehehe 

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!




Regards,