BELATED BIRTHDAY CELEBRATION FOR NADDY

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Last Friday during lunch hour kami #ganglunch berpakat untuk buat surprise belated birthday untuk salah seorang #ganglunch yang lebih mesra dipanggil Naddy.. Al-kisah birthday si Naddy ni dah lama berlalu iaitu pada  4.9.2018  tapi masa tu dia sedang berpantang anak pertama.. Jadi agak lambatlah kami mengaturkan birthday celebration untuk Si Naddy..

Hanya selepas sebulan Naddy masuk kerja baru dapat realisasi birthday si Naddy.. Tempahan cake diuruskan oleh Yan.. Inilah Pecan Butterscotch homemade cake khas untuk Si Naddy dari #ganglunch..

Pecan Butterscotch Cake
Kami gigih pi beli gift di Body Shop.. Kebetulan Body Shop ada buat gift package sempena Christmas.. Banyak pakej Body Shop cute sampai rambang mata dibuatnya..

Gift and Birthday cake
Akhirnya kami sepakat memilih an owl purple ni..Inilah Si Naddy bersama hadiah dari kami #ganglunch berupa barangan dari The Body Shop..

Si Naddy
Sambutan diadakan di Row Six Restaurant.. Tempat biasa kami pergi during lunch hour.. Ada privacy sikit, gituuuu..


I'm Naddy and my colleague Yus
Pecan Butterscotch Cake 
Sedap jugak kek Pecan Butterscotch ni.. Kek homemade biasanya tak cepat muak berbanding kek yang biasa kita beli di bakery.. 

Sepotong ke birthday
Ini sepotong kek untuk saya.. Sedap, tak cukup sepotong..

The Body Shop
The Body Shop
Hadiah untuk si Naddy.. Lepas ni Naddy bolehlah berwangi-wangian dengan product The Body Shop.. Bekas owl purple tu sebenarnya tabung.. So masa simpan duit dalam ni nanti Nad akan ingat #ganglunch, hehehe


Last but not least, inilah kami #ganglunch..

#ganglunch
Begitulah Belated Birthday Celebration untuk Si Naddy.. Hari ini genap seminggu sambutan itu berlalu.. Sempena sambutan birthday ini, saya doakan semoga Nad sentiasa beroleh kesejahteraan, dilimpahkan rezeki dan dilindungiNya selalu, aminnnn..

Oh ya, sesiapa yang ingin mengenali Naddy, ini link blognya : Corat Coret Si Naddy.
Terus-terang kata blog Naddy ni on-off, bila ada kesempatan baru Nad akan update blog.. So kena sabar tapi setahu saya Nad belum pencen dari dunia blogging..

Untuk pengetahuan pembaca, saya ramai kawan tapi sahabat boleh dikira. Saya sangat menghargai persahabatan tapi persahabatan saya bukan kepada kawan yang tak mengaku kawan jauh sekali mengaku sahabat. For me kawan dan sahabat 2 perkara yang berbeza. Saya pernah post tentang ERTI PERSAHABATAN di sini.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..
Byeeeee...


Regards,


17 Comments:

Alhamdulillah...sama-sama merai.Walau ringkas,tanda ingatan itu sangat mahal.

sure sronok birthday girl dpt surprise dr geng kn...dpt kek, adiah dr body shop

Kek tu sedap ramai minta tambah lagi hahahaa

terliur plak tgk kek tu da laa skrg tgh mengidam kek😆

akak suka pecan dan kek tu seriously nampak menggiurkan hehe..ehh birthday Naddy sama tarikh dgn akak la...

Thank you so much kakak ! Terharu pulak ada entry khas ni. Hihi. Love you ! (Btw birthday 3/9 tau) hihi. Terima kasih semua krn masih mengingati. Lot of love !

Ops! Salah ler pulakk.. Okay noted Nadd ;)
Same goes to youuuuu..

hmm meleleh air liur tgk kek tu mesti sedapkan..

Sedapnya kek tu. Teringinkan bila tengok makanan ni hehe

tengok pun boleh terliur mesti sedap kan kek tu! Happy belated birthday sis Nad

Terus rasa nak cari kek pecan butterscotch ni sis. Sedapnya nampak. By the way comel gift tu. Ana hari tu singgah BS dah jeling2 set ni tp end up beli perfume je.

Alhamdulillah betul PC, ingatan begini secara tak langsung mengeratkan silaturrahim..

Itu sebab birthday girl sengeh memanjang mama tisya, hehehe

LZ pun suka Mrs A, nak mintak tambah malulah pulak, hehehe

Alahai cian dear anies.. Harap dapat rasa nanti..

Samalah citarasa kita Kak, sip sikit 😊..
By the way happy belated birthday kak 💕

Comel betul hadiah tu.. Happy belated birthday buat kawan sis..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More