Showing posts with label Kad Hari Raya. Show all posts
Showing posts with label Kad Hari Raya. Show all posts

Sunday, May 26, 2019

,
Ramadhan sudah masuk minggu ke-3, saya percaya tentu ramai antara kita sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang sama juga meningkatkan amal ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amal ibadah kita diterimaNya..

Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner.. 

Projek Kad Hari Raya 2019
Untuk pengetahuan pembaca, proses mencari dan membeli kad raya yang sesuai juga bukan mudah sebab tak banyak kedai buku sekarang ini menjual kad raya dibandingkan 5 atau 10 tahun lalu. So nampak tak kad raya dah semakin pupus okay..

Kad Hari Raya 2019
Pemilihan kad raya juga mestilah bersesuaian dengan si penerima.. Jadi saya pilih setiap kad mengikut naluri.. Harap si penerima dapat terima kad itu seadanya..

Setem 60 sen untuk kad Hari Raya
Akhirnya proses mengirim kad raya berjaya diselesaikan semalam, alhamdulillah..

Peti pos Malaysia
Harapan saya semoga semua kad raya diterima kepada peserta dan rakan bloggers. Maaf andai ada yang terima kad raya saya selepas bulan Ramadhan disebabkan kelewatan penghantaran oleh Pos Malaysia. Kita faham mereka sekarang sedang bertungkus-lumus untuk proses serahan sebelum cuti Hari Raya nanti.

Apa yang paling penting bila anda terima kad raya dari saya nanti itulah tanda ingatan tulus ikhlas yang lahir dari hati walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berkenalan di alam cyber.. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada peserta Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner.. Maaf andai ada kekurangan dari saya dalam menjayakan misi ini..

Related post : Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner





Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading..
Wasalam..


Regards,


Loading...

Wednesday, May 08, 2019

,
Sementara tunggu waktu berbuka puasa, di kesempatan ini saya ingin mengumumkan Projek Kad Hari Raya 2019 saya sebagai entry kali ini. Tahun ini saya bercadang untuk bertukar-tukar kad Hari Raya dengan pembaca atau rakan bloggers yang berminat menggunakan konsep Postcrossing. Camne konsep Postcrossing yang dimaksudkan? Senang sahaja..


Syarat-syarat dan cara penyertaan Projek Kad Hari Raya 2019 ini seperti berikut :

(a) Terbuka kepada semua pembaca / bloggers yang berminat untuk mengirim dan menerima kad Hari Raya;

(b) Peserta  dikehendaki untuk mengisi maklumat di "Contact Me" terletak di side bar blog ini. Dalam ruangan "Message" sila masukkan alamat surat-menyurat anda. Jika anda seorang blogger jangan lupa letak sekali url blog anda; dan

(c) Sejurus menerima maklumat di atas, saya akan email nama dan alamat kepada siapa anda perlu hantar kad Hari Raya. Jadi tunggu email saya. 

Konsep Postcrossing anda akan terima kad secara surprise. Dalam masa yang sama juga saya akan hantar kad Hari Raya kepada semua peserta Projek Kad Raya 2019 ini. Ini bermakna setiap peserta akan mendapat 2 balasan Kad Hari Raya. 


Dalam kad Hari Raya anda nanti ceritalah tentang persiapan sambutan Hari Raya anda & keluarga atau apa sahaja yang berkaitan mengikut citarasa anda.

Tujuan Projek Kad Hari Raya 2019 ini diadakan sekadar ingin mengembalikan nostalgia bertukar-tukar kad Hari Raya supaya tradisi ini tak terus tenggelam ditelan zaman. Siapa yang pernah bertukar-tukar kad Hari Raya suatu masa dulu pasti dapat merasai 'kemanisan' menghantar dan menerima kad Hari Raya. Percayalah lain sangat feeling jika dibandingkan orang wish ucapan Hari Raya melalui social media.

Bila dapat kad nanti, bolehlah share di entry blog anda supaya setiap peserta tahu ke mana dan dari siapa mereka terima kad Hari Raya tahun ini melalui Projek Kad Hari Raya 2019.

Okay, kepada yang berminat boleh bertindak sekarang dengan hantar maklumat anda.. 


TEMPOH 

Projek Kad Hari Raya 2019 ini bermula dari hari ini, 8.05.2019 hingga 15.05.2019 bagi mengelakkan masalah semasa proses penghantaran melalui Pos Malaysia. 

Ingat, setiap peserta perlu ada kejujuran dan keikhlasan.. jadi bila dapat kad raya pun senyum lebar kegembiraan, tiada aura terpaksa.. Semoga ianya dapat menceriakan hari anda..

Impian ini sebenarnya telah saya zahirkan dalam entry sebelum ini [DI SINI] tapi tak sempat tempah kad. Terpaksa beli kad yang dijual di pasaraya atau kedai buku.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen di bawah. Pembaca yang tidak berminat untuk turut serta juga boleh memberikan pendapat dan cadangan anda..

Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner