Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Sunday, November 24, 2024

,
MINGGU PALING BUSY | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Syukur alhamdulillah minggu paling busy sudah berakhir.. Bermula Isnin minggu lepas, dalam keadaan selesema dan badan dedar tetap gigih datang kerja memandangkan banyak perkara perlu diselesaikan pada minggu tersebut.. Meeting, perbincangan dan events yang perlu dihadiri back to back, belum lagi kerja hakiki yang sedia menanti.. 

Dalam hari-hari yang ku lalui last week, kemuncak hari paling busy pada hari Jumaat (22.11.2024) lalu.. Daku perlu hadiri satu taklimat perundangan mengenai pindaan Akta Perhubungan Perusahaan 1967 di Mardhiyyah Hotel & Suites, Shah Alam.. Taklimat bermula seawal 7.30 pagi, so seawal sebelum 6.00 pagi sudah bertolak dari Seremban ke Shah Alam.

Shah Alam 

Tak sangka pula seawal 6.00 pagi kenderaan sudah sibuk di highway.. Mata berpinar-pinar dengan cahaya kenderaan muatan berat dari arah depan lalu-lalang.. 

Pusat Bandar Shah Alam 

Masa perjalanan seperti yang dirancang, tiba di Pusat Bandar Shah Alam lebih kurang pukul 7.05 pagi, masih berkabus.. 

Dewan Perdana

Tiba di hotel terus menuju ke Dewan Perdana yang terletak di tingkat 2.. Selepas mendaftar, makan breakfast dan tak lama selepas itu majlis pun bermula..

Dewan Perdana
Taklimat Perundangan 

Basically taklimat ini dianjurkan oleh Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia untuk memberi kesedaran dan kefahaman kepada majikan dan pihak-pihak yang terlibat dalam Kesatuan Sekerja tentang peraturan-peraturan baharu yang dibaca bersama akta ibu - Akta Perhubungan Perusahaan 1967. 

Taklimat perundangan

Selesai sahaja taklimat ini pada jam 11.30 pagi, saya terus bertolak ke pejabat kerana pada jam 4.00 petang akan diadakan mesyuarat bersama Pengurus Besar dan Kesatuan Sekerja untuk membincangkan kandungan Perjanjian Kolektif.. Saya meninggalkan Pusat Bandar Shah Alam dengan hati meronta-ronta kerana tak sempat singgah di mana-mana apatah lagi explore sekeliling, just say goodbye. Tak sangka Pusat Bandar Shah Alam banyak perubahan, tak seperti ketika saya tinggal di sana few years back.

Tambahan pula hari Jumaat, kakitangan di semua sektor keluar serentak untuk break solat Jumaat. Highway pula start jem.. What a hectic day.. dalam fikiran tak sabar cuti hujung minggu.. dan sekarang cepat sungguh masa berlalu, hujung minggu sudah pun berakhir. Esok bermulalah hari baharu yang entah bagaimana pula keadaannya..

Apa pun doakan semoga setiap urusan kita dipermudah dan sentiasa berjalan lancar.. Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Saturday, November 02, 2024

,
BAGAIMANA MEDIA SOSIAL BOLEH MEROSAKKAN KERJAYA KITA? | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers.. Alhamdulillah masih diberi peluang untuk terus hidup.. Cerita kali ini tentang media sosial.. Penggunaan media sosial memang menjadi trend masa kini.. Mana taknya, boleh kata dari baby sampai golongan veteran kebanyakkan dari kita memiliki akaun Facebook sendiri, Instagram, Twitter, LinkedIn, TikTok etc tak terkecuali blog juga.. Lumrah manusia ingin bersosial, tak salah.. tapi menjadi suatu kesalahan jika kita menyalahgunakan platform tersebut..

Jenis media sosial
 

Hari ni saya terpanggil untuk share sikit tentang tips kerjaya terutama kepada graduan yang akan memulakan kerjaya dan sebagai peringatan kepada pembaca yang sudah bekerja dan mungkin ingin mencari kerja lain.. Al-kisah tentang penggunaan media sosial yang boleh menjejaskan kerjaya..

Pada zaman serba canggih ni, para majikan sudah mula 'mengambil kesempatan' dengan menggunakan media sosial untuk 'menyelidik' calon pekerja yang akan ditemuduga. Dalam hal ini ada pro and cons bergantung kepada bidang kerjaya yang ingin diceburi.. Jika kita mengelak dari menggunakan media sosial tak boleh juga, nanti akan dianggap 'ketinggalan' zaman andaikata bakal majikan memerlukan seseorang pekerja yang 'bersosial'.. Malah website LinkedIn diwujudkan untuk bersosial among mereka yang bekerjaya..

Saya pernah terbaca dalam satu kajian seorang Pengurus di Bahagian Sumber Manusia akan mengambil seseorang bekerja melalui pencarian yang dibuat dalam media sosial dengan menggunakan nama calon. Media sosial yang famous dalam pencarian mereka ialah melalui Facebook.. Motif utama untuk mengetahui personaliti calon yang akan diambil bekerja berdasarkan status yang dimuatnaik dalam Facebook.. Sekiranya calon tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dan 'mengawal' akaun Facebooknya dengan baik, pasti tak terkesan dengan kaedah 'perisikan' tanpa sedar ini..

Tapiiiii..... kalau status dalam FB tu memanjang update status maki hamun, mencarut dan mengutuk... agak-agak peluang dapat kerja cerah ker idak? Dari situ kita boleh baca personaliti seseorang melalui cara mereka berkomunikasi. Itulah first impression setiap orang apatah lagi majikan sebab mereka masih belum mengenali calon pekerja mereka.. Belum kenal tapi dah jumpa macam-macam dalam Facebook jadi anggapan mereka tentu kurang baik.. Jadi jangan sampai terperangkap!

 Itu kes calon yang ingin diambil bekerja.. Risiko dibuang kerja juga boleh berlaku kepada kakitangan yang menyalahgunakan media sosial ini. Contohnya : Memburuk-burukkan nama majikan.

Melepaskan geram dengan meletakkan status tak puas hati kepada majikan / boss dengan kata-kata kasar adalah satu kesilapan. Kita mungkin ingat selamat buat camtu sebab bos kita takde dalam friend lists tapi jika ada rakan sekerja yang dengki, dia mungkin sengaja menunjukkan status itu kepada boss kita. Apa jadi dengan masa depan kita? Maka bersedialah untuk bersemuka dengan Human Resources Department.. Kalau di syarikat tempat saya bekerja, sayalah yang akan mengambil tindakan terhadap kes begini..

Walaupun bernasib baik takde sebarang tindakan diambil, tapi kita tentu malu masih bekerja di situ sedangkan kita pernah meluahkan rasa tak berpuas hati dengan majikan sebelum ini. Begitu juga dengan pelanggan yang berurusan dengan majikan kita. Jangan sesekali memburuk-burukkan mereka kerana ianya juga boleh menjejaskan reputasi majikan kita.

Satu kesilapan lagi, mengutuk atau terlalu taksub dengan isu politik. Hal ini sesuatu yang baru sejak politik sekarang menjadi satu isu. Kakitangan disarankan jangan terlalu taksub dengan memuatnaik sebarang status yang berunsur hasutan. Ini secara tak langsung membolehkan orang luar boleh 'membaca' siapakah diri kita dan seterusnya tahu apa bendera parti politik kita. Secara tak langsung boleh menjejaskan nama majikan lebih-lebih lagi jika kita menyatakan nama majikan di profil media sosial kita.. Ada juga pernah terjadi, kakitangan dibuang kerja gara-gara memuatnaik dokumen / info sulit syarikat tanpa sengaja..   

Pesanan saya jangan syok sangat bila bermedia sosial sampai lupa diri, lupa sekeliling. Ditambah lagi memuatnaik gambar-gambar kurang sopan, contoh gambar masa clubbing, posing seksi tepi pantai dan apa-apa sajalah yang kurang sesuai untuk tontonan umum. Penggunaan media sosial ini menyeronokkan cuma kita perlu berhati-hati dengan apa yang kita kongsi.. 

Jangan ingat kita bila dah buat penetapan privacy dalam account setting sudah cukup selamat.. Sentiasa bear in mind, account setting dalam media sosial ni sentiasa berubah-ubah.. Mungkin ada satu-satu masa kita terlepas pandang.. So be extra careful..


Okay, itu saja perkongsian saya..
Semoga entry ini boleh dijadikan ingatan dan panduan..
Sharing is caring.. Take care & have a nice day..


Regards,


Wednesday, November 13, 2019

,
CUTE EXAM : LULUS! | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah bulan lalu merupakan bulan yang sangaaaaaaat busy untuk saya.. Rasa sangaaaaaat stress kerana perlu membahagikan masa antara tugasan di rumah, pejabat dan menghadiri kelas. Namun itu semua pilihan saya. Saya sendiri merancang masa depan dengan mencabar diri mencuba sesuatu yang baru. Pepatah ada sebut bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian..

Dream 

Dalam post ini saya ada nyatakan tentang goals saya pada tahun 2019 ini antaranya mencuba sesuatu yang baru sebagai sebahagian daripada peningkatan taraf hidup. Puas fikir akhirnya saya mengambil keputusan bahawa saya berhasrat menjadi Perunding Unit Amanah (Unit Trust Consultant) sebagai kerjaya sampingan di samping boleh menjana pendapatan tambahan. 


Public Mutual Training Centre

Untuk pengetahuan, saya suka dengan ilmu perancangan kewangan (financial planning) dan pelaburan sejak di bangku sekolah lagi. Jadi tak hairanlah bila di sekolah rendah cikgu tanya apa cita-cita kamu? Saya jawab salah satu cita-cita saya menjadi Remisier (dan 2 cita-cita lagi biarlah rahsia, hehehe). Pernah saya cerita tentang cita-cita semasa kecil di post ini...

Malangnya ketika itu saya tak pandai matematik (sedih) sebab saya minat dengan pelajaran membaca dan menghafal seperti sejarah. Pada saya subject matematik sangat susah. So bila mindset kita fikir begitu secara automatic otak akan kata susah dan reject segala maklumat berkaitan angka. Secara tak langsung terkuburlah cita-cita saya menjadi remisier apabila keputusan matematik saya tak mencapai tahap yang diperlukan.


UUTB Training di Puchong

Sekarang bila sudah bekerja ditambah pula dengan faktor usia kita semakin matang untuk handle sesuatu keadaan dan fikir cara untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Bidang pelaburan memerlukan pengiraan formula dan kemahiran asas matematik. Itu tak menjadi masalah kepada saya asalkan tidak berkaitan dengan matematik yang complicated dan lebih-lebih lagi kalau pengiraan melibatkan wang memang cepat faham, hehehehe 

Bila semangat sedang membara, saya terus mencari jalan bagaimana untuk menjadi Unit Trust Consultant (UTC). Tanpa rasa malu, saya hubungi seseorang yang arif tentang pelaburan unit amanah malah beliau telah melahirkan ramai Perunding Unit Amanah di bawah syarikat beliau sendiri.  Maka saya pun bertanyakan tentang cara bagaimana menjadi UTC. 


UUTB Training

Beliau memberi jalan kepada saya.. Pada 9 Oktober 2019 lalu, kami membuat temujanji di Public Mutual cawangan Seremban. Beliau menerangkan kepada saya secara kasar tentang kerjaya sebagai UTC hingga akhirnya saya yakin dan terus tandatangan segala borang berkaitan.


TRAINING SEBAGAI PERUNDING UNIT AMANAH

Bayaran RM250.00 dikenakan untuk training dan yuran peperiksaan. Tarikh training ditetapkan pada 19 dan 20 Oktober 2019.

Training pertama pada 19 Oktober 2019 bertajuk Understanding Unit Trust Basic (UUTB) diadakan di Public Mutual Training Center Puchong dari pukul 9 pagi hingga 5 petang. Training ini memerlukan peserta memahami role sebagai UTC, formula pelaburan dan asas kepada pelaburan.


Lunch break at Secret Recipe

Lunch break makan seorang diri di Secret Recipe. Tempat baru tak biasa jadi pergi ke restaurant berdekatan dengan pusat latihan.

Training kedua bertajuk Basic 101 diadakan pada 20 Oktober 2019 di Public Mutual Seremban. Di awal training ini, Tutor akan bertanya kepada peserta apakah impian anda apabila menjadi UTC kelak?


Public Mutual Seremban

Pelbagai jawapan dari peserta antaranya :

"Saya ingin membeli kereta BMW.."
"Saya ingin membantu suami saya mencapai impiannya memiliki kereta Maserati."
"Saya ingin melangsaikan hutang saya."
"Saya ingin memajukan lagi perniagaan homestay milik keluarga saya."
...... and so on...

Apabila tiba giliran saya :

"Saya ingin menghantar ibu dan bapa saya menunaikan haji dan memenuhi segala impiannya sementara mereka masih ada." - Inilah kekuatan dan impian saya. Jika Allah penuhi, syukur alhamdulillah jika sebaliknya saya percaya itu perancangan terbaik dari-Nya.

Mengapa ditanya soalan itu? Ianya sebagai pemangkin kepada setiap peserta supaya terus berusaha keras bagi mencapai segala matlamat yang diimpikan.


B101 Training

Seronok bila kita hadiri latihan yang memberi kita ilmu baru dan menjadi minat kita.. Seharian duduk dalam bilik latihan terasa sungguh cepat masa berlalu.

CUTE EXAM

Tibalah hari yang mendebarkan iaitu pada 2 November 2019 lalu apabila saya menghadiri CUTE Exam iaitu peperiksaan yang dianjurkan oleh FIMM (Federation of Investment Managers Malaysia) untuk menentukan sama ada saya layak menjadi UTC atau sebaliknya.

Nama peperiksaan cute tapi takde laa cute sangat malah ianya cute yang mendebarkan. Perkataan CUTE adalah singkatan dari Computerized Unit Trust Examination. Peperiksaan ini diadakan di OUM Seremban.


CUTE Exam di OUM Seremban

Tempoh peperiksaan dari pukul 3.00 hingga 5.00 petang. Sebelum peperiksaan saya berusaha bersungguh-sungguh membuat latihan berang-ulang kali di samping memahami konsep pelaburan kerana terdapat 60 soalan CUTE Exam yang dipilih secara rawak dari 5 set soalan ramalan. Semua soalan berkisar tentang jenis-jenis pelaburan, pasaran saham dan formula pelaburan.


Saya menghabiskan masa yang ada sepenuhnya, stayed up late hingga pagi mengulangkaji dan membuat latihan, sudah sampai masanya saya tawakal. Saya mengambil masa 47 minit untuk menjawab semua soalan.. Keputusan peperiksaan akan diketahui sejurus sahaja peserta habis menjawab semua soalan. Alhamdulillah saya berjaya dan lulus! 


CUTE Exam Result

Namun grade peperiksaan tertakluk kepada kelulusan FIMM.. Dalam tempoh 14 hari selepas menduduki CUTE Exam peserta yang lulus akan diberikan akses ke UTC Connect. FIMM sudah mengesahkan bahawa saya berjaya dan boleh proceed further.

Menceburi bidang pelaburan bukan seperti menjual barang. Dalam pelaburan tiada istilah paksaan. Ianya lebih kepada perancangan kewangan jangka panjang. Sekiranya individu tersebut mempunyai kesedaran betapa pentingnya pelaburan sebagai satu kaedah meningkatan pendapatan / simpanan secara tidak langsung akan bersetuju membuat pelaburan dengan sendirinya. Ianya berdasarkan pengalaman saya sendiri sebagai pelabur. Pelaburan banyak cabang, bukan terhad setakat wang tunai di tangan. Jika ingin tahu bagaimana caranya boleh hubungi saya melalui email. 

Begitulah cerita tentang pengalaman saya memburu impian tahun 2019. Pengalaman baru dalam hidup demi mencapai impian dan harapan, in shaa Allah. Bila tercapai hasrat menjadi UTC saya rasa puas hati! Pencapaian kerjaya sampingan dalam Unit Trust pada masa akan datang bergantung kepada usaha saya sendiri.. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Doakan agar saya sentiasa diluaskan pintu rezeki dan dipermudahkan urusan, begitu juga saya doakan anda.




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...

Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner