KISAH BERMULA KERJAYA SAYA | You all masih ingat semasa kita dalam Darjah 1, Cikgu ada tanya : Apa cita-cita kamu? Bagi cikgu 3 cita-cita kamu.. Masa tu kita semua beriya fikir apa nak jadi bila besar kelak.. macam-macam kerjaya kita impikan.. Hakikatnya pada saya cita-cita bergantung kepada usaha dan peluang bukan hanya minat semata-mata.

Okay, entri kali ini agak peribadi. Ianya berkisar tentang kehidupan saya. Saya ingin abadikan kisah jatuh bangun kerjaya saya dalam blog ini. Walaupun kerjaya saya bukan gah tapi saya bangga dengan apa yang saya ada sekarang. Ianya hasil usaha saya dengan bantuan orang tua dari segi pembiayaan yuran sepanjang pengajian tanpa sebarang pinjaman dari mana-mana agensi / institusi kewangan.

Kisah bermula apabila rakan lain menunggu keputusan peperiksaan SPM, berbekalkan keputusan percubaan SPM yang agak cemerlang saya meminta restu orang tua untuk mendaftar diri ke sebuah kolej university swasta UCBBS di Kuala Lumpur.. Abah meletakkan syarat supaya saya mengambil jurusan Pengurusan Perniagaan, Perakaunan & Pengaturcaraan Komputer (Business Management, Accounting & Computer Programming) dengan harapan saya akan menguruskan perniagaan family kelak. Saya turuti asalkan saya keluar dari kongkongan family, maklumlah masa tu darah muda, suka memberontak dan ingin membawa haluan sendiri. Alhamdulillah, saya berjaya menghabiskan course selama 3 tahun.

Photo credit to Google

Sepanjang tempoh saya belajar, saya berjaya mendapatkan kerja part-time di sebuah firma guaman, Tetuan ZTB. Kelas hanya tiga kali seminggu (setengah hari) jadi waktu selebihnya saya bekerja di situ. Bila tiada class saya kerja dari pukul 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Saya bekerja tanpa pengetahuan orang tua. Duit gaji part time memang semata-mata untuk berbelanja, ditambah lagi wang saku dari abah. Jadi hujung minggu saya gunakan untuk berjimba, melepak dengan kawan-kawan di Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang dengan membeli barangan berjenama. Masa tu KLCC dalam pembinaan manakala Pavilion belum wujud lagi, hehehe

Bekerja di firma guaman Tetuan ZTB memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan apabila saya bekerja dengan seorang peguam hartanah (conveyancing lawyer) yang sangat bengis dan kepala angin or hot temper. Pantang silap sikit (selalunya spelling error), dia akan meradang. Saya pernah dilempar dengan fail dan mengutip dokumen yang bertaburan di lantai dek panas barannya sudah menjadi perkara biasa. Masa tu rasa diperlakukan seperti hamba tapi untuk menimba pengalaman saya gagahkan jua. Pejam celik 2 tahun juga saya bekerja di situ. Saya suka bekerja di situ sebab tugas saya menguruskan suratcara jual beli hartanah / rumah dari A to Z  hingga saya mahir. Secara tidak langsung timbul minat saya dalam bidang guaman.

Photo credit to Google

Setelah tamat pengajian di kolej university swasta UCBBS, saya berhenti bekerja part-time di firma guaman tersebut. Keputusan SPM telah diumumkan dan saya berjaya mendapat Pangkat 1, namun saya tetap meneruskan kehidupan seperti biasa. Rakan-rakan seusia saya pada ketika itu sibuk memohon masuk ke universiti tempatan tapi bukan saya. Saya tak berminat untuk masuk ke IPTA. Saya tak suka kehidupan sepenuh masa di universiti.. Jiwa saya tak suka dikongkong atau terikat dengan protokol atau jadual universiti yang ketat. Saya lebih suka belajar di IPTS kerana boleh balik hari, lepas kelas boleh buat apa yang kita suka..

Seterusnya, saya dapat tawaran bekerja sepenuh masa di firma guaman kedua iaitu Tetuan HDRR sebagai Legal Secretary. Kali ini saya bekerja dengan senior lawyer juga. Boss kali ni baik dan tak kedekut ilmu tapi dia kedekut duit (opsss!). Tetuan HDRR banyak mengendalikan kes-kes Mahkamah. Boss saya banyak mengajar saya tentang kes litigasi (litigation cases) dan undang-undang di Mahkamah. Beliau juga telah menggalakkan saya untuk sambung belajar dalam jurusan undang-undang. Atas desakan beliau, saya mendaftarkan diri di sebuah kolej universiti swasta di Damansara Heights dalam jurusan undang-undang. Jurusan undang-undang mengambil masa lebih kurang 4 tahun tidak termasuk 9 bulan cambering

Photo credit to stus.com
Lagi pun semasa menuntut dalam bidang undang-undang, saya tidak teringin langsung untuk practice sebagai peguam. Pada hemat saya kehidupan sebagai peguam bukanlah glamour seperti yang dilihat dalam drama atau movie seperti Ally McBeal or Legally Blonde (kecuali drama The Suit boleh percaya sikit, itu ada sikit kisah kehidupan sebenar lawyers). Membawa fail tebal ke hulu ke hilir dengan bag roda memang nampak gah tapi tak siapa tahu ketika peguam dimarahi oleh Majistret/Hakim, dimaki dan dilempar fail pun pernah berlaku kepada seorang peguam. Selepas dimarah Majistert/Hakim di Mahkamah, balik office dimarah pula dengan client andai ada kes yang kalah atau mereka tak puas hati. Al-maklum role peguam hanya sebagai orang tengah, kalah menang kes bergantung kepada merit / kekuatan kes tersebut. Keputusan bukan ditangan peguam. Lagipun bayaran belum tentu setimpal dengan maruah yang telah tercalar di depan orang awam. Atas alasan itu, saya tanamkan cita-cita untuk bekerja dengan syarikat sebagai internal Legal Advisor or Legal Executive. Saya akan buat entry khas tentang perbezaan antara Peguam, Legal Assistant, in-house Legal Advisor dan Legal Executive kerana kerap di salah anggap sedangkan masing-masing still dalam bidang yang sama.



Dipendekkan cerita, saya bekerja di Tetuan HDRR sehingga tamat pengajian. Sementara menunggu keputusan, saya ditawarkan gaji yang lebih tinggi di sebuah firma guaman ketiga iaitu Tetuan RSC sebagai Paralegal. Saya ditugaskan untuk membuat law research bagi kes-kes Mahkamah. Bila ada kes perbicaraan sayalah orang paling sibuk membantu peguam membuat persediaan kes. Kalah menang kes juga bergantung kepada law research yang telah dibuat bagi menyokong kes tersebut.

Kenangan tak dapat saya lupakan semasa bekerja di situ ialah mengendalikan kes-kes perceraian untuk non-muslim dengan umur saya yang masih mentah. Masalah mereka seolah-olah masalah saya mana tidak saya kerap menjadi 'pendengar setia' masalah rumahtangga dan rintihan wanita yang ingin bercerai. Ianya mematangkan saya. Kata orang matang dengan masalah kehidupan sebelum usia. Walaupun begitu, nasib saya jauh lebih baik berbanding kenalan saya yang bertugas di Legal Aid Centre. Dia terpaksa menjadi peguam membela pesalah kes pembunuhan kejam Noor Suzaily Mukhtar memandangkan tiada peguam luar yang sanggup membela pembunuh kejam tersebut. Sungguh sadis, tetapi kini beliau menjadi seorang peguam hebat mengendalikan high profile case..

Pejam celik, saya bekerja di Tetuan RSC selama 3 tahun. Selepas itu saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat pemaju perumahan terkenal di Menara Citibank, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Bermulalah profession undang-undang saya dengan lebih serious.

Legal profession

Saya ditugaskan untuk mengendalikan kes-kes perbicaraan di bawah Akta Pemaju Perumahan (Housing Development Act). Setiap hari saya ke Mahkamah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah untuk menggendalikan kes tuntutan antara pembeli rumah dan pemaju iaitu majikan saya. Banyak saya belajar di sini antaranya belajar untuk selalu merendah diri. Big boss saya seorang Tan Sri dan merupakan salah seorang 40 individu terkaya di Malaysia sekitar tahun 2008 tetapi perwatakannya sangat humble. Beliau sangat disegani oleh kakitangan dan orang sekeliling.

Setelah 3 tahun saya bekerja di syarikat itu, saya mendapat tawaran lebih baik di sebuah syarikat utiliti di Kuala Lumpur. Tugas saya mengendalikan kes-kes Mahkamah untuk syarikat tersebut. Pada awalnya syarikat tiada masalah sehinggalah terdapat campur tangan politik hingga menyusahkan kami selaku legal team membuat keputusan dan nasihat perundangan. Dalam keadaan syarikat melayan karenah politik saya mencari peluang lain. Alhamdulillah, saya mendapat tawaran kerja di sebuah syarikat di Negeri Sembilan hingga kini masih tetap dalam bidang undang-undang.


Begitulah jatuh bangun saya membina kerjaya, hasil usaha sendiri dan bimbingan dariNya. Walaupun dibesarkan dalam keadaan serba-serbi mencukupi dan dimanja oleh abah, tapi saya mencabar diri untuk keluar dari kesenangan keluarga. Abah saya ingin kami semua adik-beradik mewarisi perniagaan family, tapi saya sedar siapa saya. Saya tak mahu mengundang masalah jika orang tua saya tiada nanti kerana kebarangkalian ke arah itu sudah ada..

Bagaimana pula dengan readers? Kongsilah dengan saya bagaimana career anda bermula? Kepada readers yang masih belajar atau belum bekerja, jangan putus asa.. Cari peluang, usaha, doa dan tawakkal, in shaa Allah rezeki anda akan datang juga satu hari nanti. Anda boleh kongsi juga pengalaman berapa kali pernah attend interview..

Okay, begitulah cerita yang ingin diabadikan di sini.. 
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..





Regards,