Sunday, December 10, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pembaca yang terus memberi sokongan kepada saya untuk berblogging. Anda merupakan kekuatan dan semangat saya.. Saya akan berkunjungbalas ke blog pembaca yang memberi komen di blog ini, tunggu kemunculan saya di blog cik/tuan/puan okay..

Okay nak dijadikan cerita semasa blogwalking sebentar tadi, saya came across dengan entri peserta giveaway anjuran Sis Gee.. Jadi saya pun tak mahu lepaskan peluang untuk menyokong Sis Gee.. Sis Gee menganjurkan giveaway diberi tajuk : Sis Gee First Giveaway.. Dari tajuk kita dapat tahu bahawa ini merupakan giveaway pertama anjuran Sis Gee.. 

Jom kita check syarat-syarat giveaway ini..

Sis Gee First Giveaway
Click here -> Sis Gee First Giveaway
 
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1. Seorang blogger di Malaysia 
2. Follow blog Sis Gee - wajib follow tau!
3. Follow Instagram Sis Gee -> @hazirahmohd
4. Follow Facebook Hazirah Mohd
5. Buat entri giveaway ini dan beri tajuk : Sis Gee First Giveaway
6. Letak banner di atas dalam entri penyertaan anda dan backlink ke entri [DI SINI]
7. Tinggalkan url entri penyertaan anda di ruangan komen dalam entri ini [DI SINI].

Sangat mudah syarat-syarat yang Sis Gee kenakan kepada peserta.. Saya sudah penuhi semua syarat yang dinyatakan.. Seperti biasa, kalah menang rezeki masing-masing. Motif utama bukan untuk merebut hadiah tetapi menambah kenalan dan menyokong sesama rakan bloggers.. Namun pemilik blog menjanjikan hadiah yang berbaloi-baloi..

HADIAH PEMENANG-PEMENANG BERTUAH

1 x Pemenang 
1 Planner 2018 yang comel
1 fridge magnet
1 key chain
Disenaraikan dalam bloglist

2 x Pemenang Kedua
1 fridge magnet penyu
1 key chain
Disenaraikan dalam bloglist

10 x Blogger bertuah
Disenaraikan dalam bloglist

TEMPOH GIVEAWAY

24 November 2017 hingga 12 Disember 2017

Jangan lepaskan peluang.. Saya sudah sertai giveaway ini tanda sokongan kepada rakan blogger.
Saya harap anda begitu juga..


Akhir kata, Happy Weekend everyone!
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Saturday, December 09, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah tiba hujung minggu, hari untuk diri sendiri.. Semalam, pulang dari pejabat saya menuju ke Port Dickson.. Niat di hati untuk menikmati keindahan pantai pada waktu petang selepas seharian penat bekerja di pejabat. Bermula dari lepak di Waterfront Port Dickson memandu hingga ke Teluk Kemang kemudian patah balik ke Jalan Pantai..

Selepas Maghrib, lebih kurang pukul 7.45 malam terasa lapar tetapi tak rasa ingin makan sesuatu yang 'berat'.. Maka misi mencari makanan dimulakan dengan meronda di sepanjang Jalan Pantai, tiba-tiba mata terpandang sebuah food truck yang menjual steamboat cucuk.. Ada beberapa buah food trucks sebenarnya, tetapi saya pilih satu tempat lain paling hujung di sebelah kiri jalan besar menghala ke Bandar Port Dickson.. Saya mengambil risiko berhenti di situ kerana tiada ramai orang ketika itu.. Risiko maksud saya sama ada steamboat di situ sedap atau sebaliknya.. Tanggapan orang bila kedai / tempat makan tiada pelanggan tentu makanan di situ tak sedap dan sebaliknya, itulah risiko yang saya maksudkan..

 
Simple tempat duduk yang disediakan berhadapan dengan pantai tapi tak dapat tengok air laut sebab gelap.. Terasa angin laut panas kering kerana waktu masih awal mungkin kalau lewat malam sikit angin sejuk kot.. Paling best pemandangan lampu nun jauh di sana, bergemerlapan sesuai sangat tempat untuk termenung dan melayan fikiran yang sedang bercelaru..

 
Inilah food truck steamboat cucuk saya maksudkan.. Fazlina Steamboat, kalau datang Port Dickson jangan lupa singgah dan rasai sendiri..

Banyak pilihan steamboat cucuk disediakan.. Puas hati dengan pilihan steamboat yang ada. Semuanya fresh dan lembut, sedap!

 
Si bujang kecil menjadi penunggu tempat strategik.. Tak sabar dia tunggu steamboat masak, katanya hehehe. Ini merupakan kali pertama Arief makan steamboat cucuk sebab tu terlebih excited..

 
Inilah hasil tangkapan steamboat untuk kami bertiga, mula-mula ingat sekadar alas perut tapi tak cukup.. Menyesal ambil sikit.. Air tin Seasons menjadi pilih, ada juga air panas seperti nescafe, kopi etc.

 
Kami spent masa lebih kurang sejam, makan dan menikmati suasana angin malam.. Tak terasa masa cepat berlalu.. Semasa saya makan di situ orang masih belum ramai, tetapi bila kami beredar orang mula mengerumuni food truck tersebut...  Best terasa ingin repeat semula satu hari nanti..


Ada tak antara pembaca pernah makan di sini, Fazlina Steamboat Port Dickson or suka makan steamboat cucuk? Pada pendapat saya best, suasana santai.. Sesekali layan makan di tempat open air.. Keadaan tempat penyediaan steamboat juga bersih dan teratur.. Saya pasti akan ke sini lagi.. Malam ni malam minggu, siapa yang ada berdekatan masih sempat ke Port Dickson, mesti happening..

Begitulah cerita yang ingin saya kongsi bersama pembaca...
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Hujung minggu bermakna hari saya sertai segmen or giveaway.. Kali ini sudah tiba masanya untuk saya sertai giveaway yang telah dianjurkan oleh Blogger bernama Nadia Izzati.. Untuk pengetahuan pembaca, Nadia Izzati ini seorang penggemar produk dUCk by Vivy Yusof sebab tu beliau berhasrat untuk hadiahkan dUCk scarve dan dUCk planner kepada 2 pemenang bertuah giveaway ini.. 

Jom kita semak terma dan syarat-syarat giveaway :

Click here for more details : Duck Giveaway By Blog Nadiaizzaty.nia

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

Syarat yang perlu dipenuhi oleh setiap peserta giveaway:

1. Follow blog Nadiaizzaty.com
2. Follow Instagram @nadiaizzaty.nia
3. Follow Bloglovin' Nadia Izzaty (kepada Peserta yang mempunyai akaun Bloglovin')
4. Copy banner di atas dan buat post mengenai giveaway ini dengan tajuk : Duck Giveaway by Blog Nadiaizzaty.nia kemudian backlink dengan entri [DI SINI]
5. Step terakhir paling penting, tinggalkan link penyertaan anda di ruangan komen [DI SINI]

Syarat yang dikenakan sangat mudah, bak kata Nadia Izzaty easy-peasy.. Jadi tiada alasan untuk anda tidak menyertai giveaway ini.. Bukan hanya berpeluang memenangi hadiah tetapi paling penting menyokong rakan bloggers.

HADIAH 2 PEMENANG BERTUAH

Pemenang Pertama - Brand new dUCk scarve satin silk - Rich Monaco colour,
Pemenang Kedua - Brand new dUCk Whenever Planner (pink colour) + new 'Taddabur' book

TEMPOH GIVEAWAY

25 November 2017 hingga 25 Disember 2017

Masih ada masa, jadi kepada pembaca yang berminat mari kita ramai-ramai serta giveaway ini.. 



Okay, itu sahaja entri kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Friday, December 08, 2017

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ini, minggu lepas saya dilanda demam panas dan tekak pun meragam dek sore throat, terasa pedih.. Lidah pula tak dapat merasa makanan yang masuk ke tekak.. Jadi saya perlu makan sesuatu yang masin dan pedas untuk merangsang deria rasa dan kembalikan semula selera. Kebetulan stok udang segar masih ada dan keluarga dari Muar ada bekalkan telur masin yang superb quality. Isi dan kuning telur yang lembut dan cantik.. Apalagi Udang Goreng Telur Masin menu yang paling sesuai..

Tapi jangan pula terkejut kerana resepi saya sangat simple, boleh katakan resepi orang sakit tapi hasil kejadian tak menghampakan tau.. Jangan pandang sebelah mata, walaupun hodoh tapi rasa dia yummeh!

Jom kita tengok resepi :

Resepi Udang Goreng Telur Masin

RESEPI UDANG GORENG TELUR MASIN SIMPLE DAN SEDAP
(cara saya)

Bahan-Bahan

20 ekor udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kari ikan
Sedikit minyak 
Sedikit butter - optional
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili padi - potong 
1 biji telur masin rebus - buang kulit dan dihancurkan 
1 sudu kecil gula
2 tangkai daun kari

Cara-cara

  • Bersihkan udang dan lumur dengan garam dan kari ikan.
  • Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, kemudian angkat dan toskan.
  • Lebihan minyak tadi tinggalkan lebih kurang 1 sudu besar atau cairkan butter jika tidak mahu menggunakan minyak.
  • Apabila minyak / butter telah panas,  masukkan bawang putih, goreng hingga wangi disusuli pula daun kari dan cili padi.
  • Kemudian masukkan telur masin yang telah hancur.
  • Akhir sekali masukkan udang. Kacau seketika sehingga semua bahan sebati.
  • Padamkan api dan siap untuk dihidang.
Walaupun derhaka kepada resepi asal Udang Goreng Telur Masin tetapi tak ku sangka hasil kejadian sedap, memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Tak percaya cubalah sendiri, hehehehe


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner