Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Seperti yang pernah saya ceritakan dalam entri sebelum ini, minggu lepas saya dilanda demam panas dan tekak pun meragam dek sore throat, terasa pedih.. Lidah pula tak dapat merasa makanan yang masuk ke tekak.. Jadi saya perlu makan sesuatu yang masin dan pedas untuk merangsang deria rasa dan kembalikan semula selera. Kebetulan stok udang segar masih ada dan keluarga dari Muar ada bekalkan telur masin yang superb quality. Isi dan kuning telur yang lembut dan cantik.. Apalagi Udang Goreng Telur Masin menu yang paling sesuai..
Tapi jangan pula terkejut kerana resepi saya sangat simple, boleh katakan resepi orang sakit tapi hasil kejadian tak menghampakan tau.. Jangan pandang sebelah mata, walaupun hodoh tapi rasa dia yummeh!
Tapi jangan pula terkejut kerana resepi saya sangat simple, boleh katakan resepi orang sakit tapi hasil kejadian tak menghampakan tau.. Jangan pandang sebelah mata, walaupun hodoh tapi rasa dia yummeh!
Jom kita tengok resepi :
Resepi Udang Goreng Telur Masin |
RESEPI UDANG GORENG TELUR MASIN SIMPLE DAN SEDAP
(cara saya)
Bahan-Bahan
20 ekor udang saiz sederhana
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil kari ikan
Sedikit minyak
Sedikit butter - optional
4 ulas bawang putih - cincang halus
2 biji cili padi - potong
1 biji telur masin rebus - buang kulit dan dihancurkan
1 sudu kecil gula
2 tangkai daun kari
Cara-cara
- Bersihkan udang dan lumur dengan garam dan kari ikan.
- Panaskan minyak, goreng udang hingga masak, kemudian angkat dan toskan.
- Lebihan minyak tadi tinggalkan lebih kurang 1 sudu besar atau cairkan butter jika tidak mahu menggunakan minyak.
- Apabila minyak / butter telah panas, masukkan bawang putih, goreng hingga wangi disusuli pula daun kari dan cili padi.
- Kemudian masukkan telur masin yang telah hancur.
- Akhir sekali masukkan udang. Kacau seketika sehingga semua bahan sebati.
- Padamkan api dan siap untuk dihidang.
Walaupun derhaka kepada resepi asal Udang Goreng Telur Masin tetapi tak ku sangka hasil kejadian sedap, memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Tak percaya cubalah sendiri, hehehehe
18 Comments:
simple je resepi nya, mengoda plak rasa nak makan udang hari ni :)
Sangat simple resepi ni Miss tins sesuai dengan orang yg sedang demam panas tiba2 lapar dan kena masak.. Itulah cerita sebenar di sebalik resepi ini, hehehe 😁
yang simple2 tu la yg sedap kan sis.. contohnya telur mata + kicap + cili padi + nasik panas..menambah2..ekekeke :p
Sedapnya..boleh cuba ni
salam alaik. waaa udang ni memang sedap kalau masak apa pun, tambahan udang baru, manis je rasa. tapi kin ni, makan udang memang sedap, kang lepas makan time menggaru lagi sedap. x leh makan pun makan jga la, bukan pantang makan tapi pantang tengok hihi
Betul jugak.. Setuju dengan JJ iskh terasa nak buat telur mata viral tu JJ plus perah limau sikit 😋..
Silakan WP, puas hati bila dapat rasa sendiri kannn 😊
W'salam CH 💕..
Siapa ada allergy harap beringat.. Kalau pantang tengok, dimaafkan tapi risiko gatal tanggung sendiri, hehehe 😁
Ni yang nak cari orang yang boleh tolong kopekkan udang ni ..hahehehe..
Thanks for the recipe . .
take care,
xoxo.
Wah sedap Tu senang pula nak buat
Hahahaha saya dah ada 'orang penting' tolong kopek kulit udang 😉..
Thank you Zhi for your support 💕..
Betul mamapp, simple but tasty 😋..
Noted! Salin resepi ehh. Ni feveret fatin. Hehee kalau makanan semua nak jadi feveret
Silakan, selamat mencuba Fatin.. Hehehehe tak kisah pun sebab Fatin ni food lover kannn 😊💕
Thanks for sharing! <3 thanks jugak sebab follow blog Hana ^^
You're most welcome dear 💕..
1st time GV baca resepi udang ikan masin ni kak. GV nak try masak la nanti. hihi. :D
Silakan GV, amat dialu-alukan 💕..
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!