Saturday, March 03, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Pagi hari cuti begini selalu fikir breakfast sedap... Hujung minggu biasa saya breakfast di luar. Antara restoran pilihan, saya akan breakfast di Station Food, Port Dickson kerana dekat dengan tempat tinggal saya.. Nama Station Food baru sahaja ditukar, sebelum ini Station Food dikenali sebagai Sukhand's Food Station. Pertama kali saya makan di sini pada 17 Oktober 2015 lalu. Alhamdulillah, restoran ini masih bertahan sehingga kini..

Walaupun restoran ini sudah bertukar nama namun menu yang disediakan masih sama..

Jalan Mambau ke Port Dickson
Perjalanan mengikut Jalan Mambau ke Port Dickson

MENU MENARIK DI STATION FOOD

Restoran ini terkenal dengan hidangan Nasi Ayam Hainan.. 

Restoran Station Food's
Nasi ayam Hainan
Selain nasi ayam Hainan berdasarkan review dari pengunjung mereka suka mee kari.. Saya akui mee kari juga sedap, kuah kari yang pekat ada udang, hirisan terung goreng di samping aksesori lain..

Mee kari
Apa yang best, seawal pagi kita boleh menikmati heavy breakfast seperti nasi ayam, mee sup, nasi lemak, mee kari, laksa selain menu sarapan pagi yang lain.. Tak lupa juga set ubi rebus rare.. Susah jumpa ubi rebus dihidangkan di restoran dalam bandar sebab itu saya kata rare, hehehe..

Pada 10 February 2018 lalu saya berkesempatan menikmati breakfast di sini, saya ordered :

Station Food Port Dickson
Mee sup
Station Food Port Dickson
Bubur claypot
Menu sarapan lain seperti set American Breakfast :

Station Food Port Dickson
American breakfast
Station Food Port Dickson
Set ubi rebus
Minuman seperti biasa, saya order nescafe tarik dan milo tabur untuk Arief.. My husband minum teh tarik (minuman tiada dalam gambar)..

Station Food Port Dickson
Nescafe tarik
Station Food Port Dickson
Milo tabur


Walaupun restoran ini boleh dikatakan biasa-biasa sahaja tapi saya suka menu yang disediakan, semuanya memenuhi citarasa saya dan keluarga.. Harga juga berpatutan.. Bab service depends pada keadaan, so far saya masih tiada pengalaman mengecewakan di sini..

Andai ada antara pembaca bercuti di Port Dickson, boleh singgah di Station Food ini.. Lokasi kedai berada di tengah pekan Port Dickson berhampiran SBC Book & Stationery Sdn Bhd.

Sebelum restoran ini bertukar nama, saya pernah buat review di blog lama, Sukhand's Food Station, Port Dickson for the first time..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,
I am LZ



Tuesday, February 27, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin menyertai giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger tak asing lagi iaitu Ana Suhana.. Penyertaan saya ini kira last minute sebab tarikh tutup giveaway ini esok, 28 February 2018.

 Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana
Click banner untuk syarat-syarat penyertaan
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah lebih-lebih lagi saya memang pengikut setia social media dan blog Ana Suhana sejak dulu lagi..



HADIAH

Pemenang bertuah akan menerima totebag bercorakkan travel (tempat-tempat menarik di dalam dan luar negara)

Okay, sesiapa yang ingin menyertai giveaway ini jangan berlengah lagi.. Sama-sama kita memeriahkan giveaway ini tanda sokongan kepada Ana Suhana..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ


Sunday, February 25, 2018

,
Assalamualaikum (may peace be upon you) dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang untuk terus hidup dan menjalani aktiviti seharian... Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang urusan dan aktiviti minggu lepas.. Seronok apabila segala urusan berjalan lancar sepertimana yang dirancang. Semua itu kurniaan dari-Nya, I'm so blessed..

Alhamdulillah
I am so blessed

URUSAN PENGEPOSAN HADIAH & POSTCARDS

Semalam, ada program gotong-royong di sekolah Arief.. Pada jam 12.00 tengah hari, saya ambil Arief dari sekolah kemudian terus melencong ke AEON Seremban 2.. Ada urusan di post office iaitu urusan pengeposan hadiah pemenang giveaway tempoh hari dan menghantar postcards to my pen pals.



Sebelum ke post office singgah dulu di Pizza Hut untuk brunch  (a late morning meal eaten instead of breakfast and lunch) maklumlah masa keluar rumah belum breakfast lagi.. Sambil pekena spaghetti bolongnese, sibuk menulis consignment slips poslaju dan packing gifts..

Too busy
Selesai makan, terus ke post office yang terletak di tingkat 1.. Memandangkan saya dah beli pek Poslaju jadi tak perlu ambil nombor giliran, terus ke kaunter 4.. 

AEON Seremban 2
Post office AEON Seremban 2
Inilah post office di AEON Seremban 2.. Seeloknya buatlah urusan di sini pada hari Sabtu atau lepas office hour sebelum pukul 6 petang kerana pada hari biasa bukan main ramai umat manusia.. Kadang sampai penuh bahagian luar ni disebabkan kerusi menunggu penuh.. 

Giveaway Winners
Poslaju to giveaway winners
Inilah paket hadiah giveaway yang sudah dihantar semalam menuju destinasi masing-masing.. So para pemenang tunggu bungkusan ini sampai ke tangan anda.. De'Xandra air freshner ada di dalam bungkusan itu.. Bila selamat terima nanti beritahu okay, so takde lah saya tertunggu-tunggu.. Risau tak sampai..

Postcrossing
Postcards from Malaysia
Postcards pula dihantar untuk kenalan saya di Netherlands, Latvia, Finland, Hong Kong, Canada, France, Germany, Taiwan, Austria, China, Japan, Russia (2) dan USA (2)..

Urusan saya dah selesai.. Seperti biasa tak lengkap kalau tak masuk ke book shop.. Jadi saya ke MPH Bookstore mencari hadiah yang sesuai untuk pemenang saguhati giveaway saya..

AEON Seremban 2
MPH Bookstore
Bila dapat segala macam barang yang dihajati di MPH Bookstore, tiba-tiba masih terasa belum move on dengan pokok bunga dan tanaman di Genting Strawberry Park tempoh hari.. So saya menuju ke Gardening Corner di luar bangunan AEON Seremban 2..

AEON Seremban 2
Gardening Corner
Saya kerap membeli pokok hiasan di sini.. Selain pokok hiasan, saya pernah beli pokok kari, pokok limau purut, pokok limau nipis, pokok pandan, roses dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah pokok-pokok tersebut masih hidup segar sampai sekarang.. Harga sepasu dari RM10.00 hingga RM50.00..

Gardening Corner
Gardening Corner
Saya sempat membeli pokok bunga kekwa, pokok tomato cherry dan 2 pek baja.

AEON Seremban 2
Pokok hiasan gantung
AEON Seremban 2
Gardening Corner
Okay bagi chance akak duduk sekejap yer sambil menikmati kehijauan tanaman sekeliling.. Sambil duduk berangan.. Best juga kalau ada landscape di halaman rumah begini sambil feeling rumah sendiri, hehehe


Selesai semua dan bila terasa penat kami pun balik ke rumah... Itu cerita semalam.. Sekarang saya nak selit sikit cerita sambutan hari lahir kelmarin..

SURPRISE BIRTHDAY CELEBRATION

Saya rasa bertuah dan seronok apabila dikelilingi kawan-kawan yang baik, walaupun antara kami pernah berselisih faham.. Namun kita ambil yang positif.. My attitude is based on how you treat me.. Kalau saya beri sehabis baik, tapi saya dilayan sebaliknya siapa boleh terima kaannn. You treat me good, I'll definitely treat you better no matter who you are. You can't change how people treat you or what they say about you. All you can do is change how you react to it.. Apa yang penting dalam persahabatan kita perlu sentiasa tolerate and respect each other..

Alhamdulillah sepanjang hidup saya berkawan, hanya 2 orang I can count yang bermasalah hingga putus kawan. Itu pun I don't need them as a friend.. The rest sampai ke hari ini masih lagi kekal and we always keep in touch.. My personal Facebook memang dedicated to all my close friends dan ex-officemate..

Officemate
Friends & Birthday gifts
I wrote this few days ago on my personal Facebook, dedicated to my friends:

"I am truly blessed for being surrounded by such caring, loving, great and wonderful friends and family in my life. Alhamdulillah for what I have...

Thank you so much for all the kinds words and birthday wishes I received on my birthday. Selain itu, ada yang datang to my workstation dan nyanyi lagu Happy Birthday.. So sweet..

Friends may change but the memories last forever"

I do really, really appreciate our friendship!

Gang Lunch at Sushi King
#ganglunch
Pada hari tersebut, #ganglunch buat surprise I tell you (berlainan seperti sebelum ini).. We all had lunch at Sushi King.. Saya memang tak dapat 'hidu' cara diaorang buat arrangement.. Tetiba masa tunggu order, sorang dari #ganglunch datang hulur aiskrim Baskin Robbin.. Sweet sangat bila kitaorang share aiskrim tu ramai-ramai.. Bila habis makan and ready to pay bill, sorang lagi hulur hadiah, ohhhhh terharu! Sambung duduk dan ambil gambar.. Puas bergambar baru ke kaunter bayaran dan keluar dari Sushi King, hahahaha macam ini punya olang pun ada????

Related post : Surprise!!! 

 
Begitulah, takde apa lagi yang diharapkan dari kehidupan melainkan rasa gembira dan bahagia apabila kita rasa dihargai dan dikelilingi orang tersayang..  

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,
I am LZ


Thursday, February 22, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Pernah dengar tak bila orang wish birthday dia akan selit dengan kata-kata : "oh don't worry, age is just a number".. Walaupun umur sekadar angka but in my case a very big number, hehehe. Umur juga menentukan sebanyak mana amalan kita sebagai Muslim sejati yang perlu sentiasa bersedia mengumpul bekalan di dunia untuk dibawa ke sana..

40th Birthday
Happy Birthday t me, myself & I

Untuk pengetahuan pembaca, hari ini genap umur saya 40 tahun (no need to hide).. Member sekolah seusia saya berkongsi article ini di group WhatsApp untuk saling ingat mengingati ketika semua sama-sama masuk 40 tahun 2018 ini. Saya kongsi di sini untuk manfaat bersama :

"Umur 40 tahun ialah umur di mana kebanyakan kita mula diuji. Ujian boleh datang dari ibubapa (jatuh sakit, kematian etc.) atau dari pasangan hidup (perceraian, jatuh sakit etc.) atau dari anak-anak yang meningkat remaja.

Memang bermula 40 tahun, Tuhan akan memanggil kita pulang bertaubat kepadaNya. Panggilan dari Tuhan selalunya berbentuk ujian kerana hanya dengan itu kita akan kembali bersimpuh dan bersujud mengadu dan memohon pertolonganNya.

Orang yang bijak akan memperbaiki diri dan amalannya, memperbaiki hubungan dengan ahli keluarganya, berjimat menyimpan untuk hari tuanya. Semua dengan niat mahu berkumpul bersama di syurga nanti.

Orang yang kurang bijak tetap leka dan langsung tak membuka deria terhadap panggilan Tuhan. Malah dikala orang lain semua bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan, dia pula mencari masalah baru.

Usia 40 ini menjadi lebih menarik apabila al-Quran di dalam surah "al-Ahqaaf ayat 15" ada menyebut tentang itu. Allah berfirman yang bermaksud:

"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhan ku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepada Mu)."

Ada segelintir golongan yang sudah berumur 50 tahun, 60 tahun malah 70 tahun, masih memikirkan kereta sportnya, tanaman duriannya, ternakan kerbaunya, harta-hartanya, anak-anak dan cucu-cucunya. Alangkah baiknya jika apabila sudah berumur, masa diisi untuk mendengar kuliah agama, ibadat di masjid, menunaikan umrah, haji dan sebagainya.

Ada yang masih merasakan diri muda belia. Melayan nafsu yang marak menyala padahal kedut dan uban dah tumbuh merata. Sibuk mencari cinta di luar, sedangkan rumahtangga yang halal dibiar berantakan.

Ada yang rasa macam masih sihat, walaupun sahabat-sahabat, saudara-mara ramai yang sudah meninggal, kadangkala tanpa disangka. Itu semua hanya menjadi bahan cerita "ehh, tak sangkaaa...muda lagi, sihat je nampak, boleh meninggal..."

Amatlah menyedihkan tatkala orang lain bersiap bertemu Tuhan, kita masih ralit dibuai perasaan akibat tertipu dengan nafsu sendiri. Nafsu memang tak pernah tua. Ia sentiasa muda dan galak. Yang semakin lelah dan tua adalah tubuh dan kudrat kita.

Rasanya jika Tuhan menghalang tubuh manusia mengalami penuaan, pasti kita semua lebih leka, lebih degil untuk menyahut panggilan pulang. Sehinggalah tiba saat roh kita diheret dan diseret kembali merengkuk di hadapan Tuhan.

Kita hidup di dunia, tidak lama.. Rasulullah s.a.w bersabda:

“Umur-umur umatku antara 60 hingga 70 tahun dan sedikit orang yang bisa melampaui umur tersebut”. [HR. Ibnu Majah: 4236].

Kalau sekarang kita rasa 40 tahun atau 70 tahun itu lama, bagaimana setelah alam barzakh atau akhirat juga kita dibangkitkan dan hidup dalam waktu yang sangat lama, SATU HARI = RIBUAN TAHUN… Ingat, ketika itu tak ada yang berguna kecuali amal baik kita..

Oleh karena itu, lihatlah diri anda, sudahkah dia mempersiapkannya?...

Allah ta’ala berfirman (yang ertinya):

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah, dan LIHATLAH DIRI MASING-MASING apakah yang sudah ia PERSIAPKAN untuk KEHIDUPAN ESOKNYA”. [Al-Hasyr:18]

Mari kita dekatkan diri denganNya dan tingalkan larangan-Nya.. insyaAllah."

By: Miracle Sidrah Protection


Semoga kita dapat mengambil ikhtibar dari perkongsian ini.. 
Doakan agar saya terus istiqama to be a better Muslim..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,
I am LZ

Follow Us @ladyinredplanner