Wednesday, June 13, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. Saya rasa tentu ramai antara pembaca sibuk membuat persediaan akhir sebelum pulang ke kampung or mungkin ada juga yang sudah tiba di kampung.. Unfortunately, saya masih bekerja seperti biasa dan hanya mula bercuti esok hingga 20.6.2018.. Nak tahu camne mood pergi kerja pagi tadi? Macam-macam rasa tapi semua rasa tak best.. Paling kuat rasa malas and no mood at all..

I am bored, lazy day
 
Bila tiba office bertambah misserable I tell you, kiri kanan takde orang, office mate start cuti, office mulai sunyi.. Mengenangkan hari ini ada kerja penting maka saya gagahkan perasaan ini. Time ni laa ada mesyuarat, time nilah ada perbincangan, time ni la ada perkara urgent, time ni laa ada kes bicara bla..bla..bla.. Bila fikir tanggungjawab kena pasrah, tolak tepi semua perasaan malas itu.

Then, sudah menjadi routine first thing in the morning, saya start clear in tray atas meja.. Ada sampul surat putih bersetem ditujukan kepada saya.. Siapakah gerangan si pengirim, bisik dalam hati.. Bila buka sampul terjawab persoalan itu.. Kad dari blogger bernama Nina Ahmad pemilik blog ciksukataip.blogspot.com..

Kad Hari Raya Aidilfitri dari Nina Ahmad
Wahhhhh cantik kad Selamat Hari Raya Nina.. Thank you so much Nina for your lovely card..  I really appreciate it. You made my day.. Hari yang suram bertukar menjadi ceria.. 


Sekejap lagi get ready for a meeting.. Semoga urusan hari ini dipermudahkan Illahi.. Dalam hati tak sabar cuti.. Sebenarnya bukan takde mood sebab tak sabar nak raya tapi lebih kepada tak sabar cuti panjang lebih dari biasa.

Siapa seperti saya, masih di office hari ini? Siapa pula dah tiba di kampung? Tahun ni balik raya mana? Jangan lupa kongsi cerita, at least mengisi hari saya.. 

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua rakan bloggers.. MAAF andai ada terkasar bahasa..  Akhir kata, jaga diri.. Berhati-hati di mana jua anda berada.

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..
Byeeeee

Regards,
I am LZ

Tuesday, June 12, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Didoakan semoga kalian dirahmatiNya selalu.. 

Pernah tak jumpa orang hebat, berpangkat tinggi tapi tak sombong? Yer, betul-betul tak sombong dengan erti kata lain rendah diri yang bukan dibuat-buat tanpa mengharapkan sesuatu.. Bertuah siapa yang mengenali golongan ini, wajar anda jadikan mereka idola. 

Surah Luqman : 18
Mengapa saya tanya begitu? 

Tidak lain dan tidak bukan kerana kecewa dengan sikap segelintir orang berpangkat. Lately kebanyakkan mereka lupa asal usul, lupa diri, tamak, perbuatan haram diambil mudah dan paling teruk tak berperikemanusiaan, menindas orang bawahan dengan kuasa veto mereka. Itu belum lagi menggunakan gelaran Haji untuk mengaburi mata. 

Saya bukan menuding jari kepada sesiapa atau membuat tuduhan sesuka hati tetapi ianya disuarakan secara umum dan berdasarkan pengalaman sendiri. 

Janganlah seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan diri sendiri pun tak mampu berbuat demikian. 

Paling tidak pun sedarlah jenazah kita tak akan berguling masuk sendiri ke liang lahat. 


Semoga kita jadikan ikhtibar..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri.
Sekian, wasalam..

Regards,
I am LZ


Friday, June 08, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini saya ingin berkongsi kegembiraan selepas membeli barang di Watsons.

Al-kisah beberapa bulan lalu kad ahli Watsons saya hilang, misplaced ntah ke mana. Untuk pengetahuan pembaca, saya dah lama jadi ahli Watsons, tak silap sejak tahun 2013 lagi. Keistimewaan kad keahlian Watsons ni sebab consolidate sekali dengan kad Touch 'n Go, 2 in 1..  Jadi takde la tebal kad dalam wallet. Itu salah satu sebab utama mengapa saya berminat menjadi ahli Watsons.. Sesiapa kenal saya mungkin tahu, saya ni bukan jenis suka sign up membership atas faktor keselamatan data peribadi. Saya pernah kongsi dalam post di blog lama sebelum ini.

Related post : Ketahui Akta Perlindungan Data Peribadi Kepada Anda

So semalam, saya berbelanja di Watsons alang-alang membeli saya sign-up semula sebagai ahli. Apa yang membuatkan saya teruja, kali ini banyak sungguh vouchers penjimatan yang memang tak dijangka berbanding masa saya signed up sebelum ini.

Watsons VIP Card kit
Bayaran keahlian hanya RM20.00 seumur hidup dan setiap RM1 yang dibelanja di Watson, ahli dapat 1 mata ganjaran keahlian. Mata ganjaran keahlian akan terkumpul dan boleh ditebus dengan rebate pembelian atau discount coupon. Selain itu, mata ganjaran juga boleh ditukar kepada nilai top up kad Touch 'n Go.. Bab membeli sambil berjimat memang saya suka..

Related post : Berjimat dengan Shopback

members get more #watsonsrewa
Ahli yang baru mendaftar akan dapat kit keahlian disertakan bersama Watson's VIP card.

Get  500 points upon activation
Dalam kit tersebut ada dinyatakan segala macam keistimewaan kepada ahli.

8 Exclusive Benefits
Disertakan bersama segala macam discount vouchers untuk barang-barang keperluan, most of the products memang kita gunakan seperti shampoo, lotion, vitamins etc.

Watsons brand vouchers
Bukan setakat itu sahaja, ada sebuah booklet yang mengandungi reward vouchers bernilai sehingga RM5,000.00.. Sangat berbaloi-baloi kepada ahli Watsons seperti saya.

RM5,000 Reward Vouchers
CARA MENGAKTIFKAN KAD WATSONS 
Langkah pertama selepas signed up, ahli perlu activate their card melalui 2 cara:


1. Activate via Watsons Malaysia Mobile apps 

Sila ikut langkah berikut:


Mobile apps activation
2. Activate via website 

Layari website url vip.watsons.com.my dan click pada Register. Masukkan segala butiran yang dikehendaki then submit.

Selesai sahaja pendaftaran pemegang kad ahli boleh enjoy mata ganjaran dengan rebate dan vouchers pembelian..

SINARI DIRIMU #OOTDIVA by EL bersama Watsons
BELI -> KUMPUL -> TEBUS

Bab ni saya tak sabar sebab tinggal 1 sticker sahaja lagi saya boleh tebus shawl koleksi ekslusif inspirasi stail pilihan Elfira Loy khas untuk ahli Watsons.

Koleksi Ekslusif Inpirasi Stail Elfira Loy
Apabila cukup 6 stickers nanti saya bercadang untuk tebus shawl panjang EL by Elfira Loy di no. 6..

Semuanya secara coincidence, niat di hati pada mulanya hanya membeli beberapa barang-barang  keperluan diri tapi tak sangka pula dapat lebih jimat dengan discount vouchers ahli Watsons.  

Oh ya, lupa beritahu post ini bukan ditaja tetapi sekadar review kad keahlian Watsons kepada pembaca yang berminat menjadi ahli. Bab membeli sambil berjimat memang saya tak boleh sorok sorang, kena share kepada umum supaya orang lain boleh juga dapat benefit yang sama.

Okay, nak tanya : Siapa selalu beli barang kat Watsons? Barang apa biasanya jadi kegemaran anda? Jangan lupa kongsi cerita, pengalaman atau pendapat anda di ruangan komen.. Kita sembang-sembang tentang products Watsons..


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Thursday, June 07, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Ini merupakan post pertama saya dalam bulan Jun.. Jadi di kesempatan ini saya ingin menyertai Giveaway anjuran blogger bernama Razanah Anis @ Flavnesz tanda sokongan antara rakan bloggers.. Ini merupakan kali pertama Flavnesz menganjurkan giveaway.

Mystery Giveaway by Flavnesz
To enter, simply click the above banner atau [DI SINI] dan penuhi setiap syarat-syarat yang dikehendaki. So simple for such a wonderful giveaway.

My first impression towards your blog:

For your info Flavnesz, I have no comments on your blog. I believe you have your own reason to disable right click which is for me not the main issue. Keep blogging, I enjoy reading your blog, can't wait for another Chapters..

Kepada rakan blogger yang lain jangan tunggu lagi. Let's show her your support by participating in this giveaway.. Mungkin dengan cara ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah kita antara rakan bloggers.


Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,
I am LZ

Follow Us @ladyinredplanner