Thursday, June 28, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Didoakan semoga kalian sihat dan sentiasa dipermudahkan segala urusan.. Post kali ini saya ingin abadikan kenangan kad ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri yang diterima untuk tahun 2018 ini sebagai kenang-kenangan setelah timbul idea dari blogger nohas melalui entri di blog beliau : Kompilasi kad raya 2018. Al-maklum budaya menghantar kad raya semakin pupus ditelan zaman. Elok diabadikan di sini untuk rujukan sepanjang zaman.

Alangkah gembira rasa di hati jika masih ada yang sudi menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada saya. Perasaan gembira yang tak dapat diungkap dengan kata-kata. Secara tak langsung teringat zaman bercinta, setiap tahun pasti menunggu kad raya kiriman kawan-kawan, saudara-mara dan juga si dia. Nostalgia sungguh, hehehehe

Okay tahun ini saya terima 3 keping kad ucapan Selamat Hari Raya. 
Kad pertama saya terima dari ex-officemate :


Kad ucapan Selamat Hari Raya pertama daripada ex-officemate
Kad kedua pula diterima daripada rakan blogger Nina Ahmad. Saya telah abadikan entri ini ditujukan khas untuk Nina.. Teruja saya menerima kad ucapan Selamat Hari Raya daripada Nina secara tak disangka-sangka.

Kad ucapan Selamat Hari Raya kedua daripada Nina Ahmad
Kad ketiga pula diterima daripada panel peguam syarikat. Kami telah bekerjasama sejak tahun 2010 lagi. Setiap tahun firma guaman Dato' Adam pasti akan menghantar kad ucapan Selamat Hari Raya kepada saya. 
Ingatan dan ucapan tulus ikhlas saya tujukan juga kepada beliau.
Kad ucapan Selamat Hari Raya ketiga daripada panel solicitors
Itu sahaja kad ucapan yang diterima untuk tahun 2018 ini.
Untuk tahun akan datang, saya bercadang untuk menempah kad ucapan Selamat Hari Raya sebelum bulan Ramadhan.. Kad ucapan tersebut akan ditujukan khas kepada rakan bloggers tanda ingatan dan ukhuwah antara kita. 
Jadi sesiapa yang ingin bertukar kad ucapan Hari Raya sangat dialu-alukan untuk berbuat demikian..
Jangan lupa : "Pecah kata, pecah gelas, sudah baca harap balas." ;-)



Begitulah cerita yang ingin disampaikan.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,

Tuesday, June 26, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah hari ini kita masih diberi peluang untuk meneruskan ibadah dan melaksanakan aktiviti harian. Belek-belek Facebook, I came across this picture today in my news feed..
Old man and his children
Sedih itulah perasaan yang ingin diungkapkan. Touching sungguh bila baca harapan orang tua ini terhadap anak-anak mereka. Terus ingat ayah di kampung. Orang yang telah ketiadaan ayah mengharapkan ayah mereka di sisi tapi janganlah pula anak yang masih mempunyai ayah mensia-siakan ayah mereka. Sangat beruntung anak-anak yang masih mendapat kasih sayang dari seorang ayah. Walaupun sibuk, cuba luangkan sedikit masa bertanya khabar mereka.


Saya masih ingat bagaimana saya menerima tamparan hebat apabila diuji dengan kesihatan ayah tahun lalu. Saya terduduk dan berdukacita seolah-olah saya akan kehilangannya dalam masa terdekat. Hilang semangat diri ketika menempuh hari-hari yang suram. Hanya pasrah dan terima saja ketentuanNya . Tak dapat digambarkan perasaan sedih ketika itu. Namun syukur alhamdulillah, saya masih berpeluang bersama ayah pada Hari Raya tahun ini. Itulah nikmat yang paling indah.. Saya hargai peluang ini sepenuhnya.

Ingatlah ayah pun berkorban untuk kita dengan cara mereka.
Jangan sesekali kita mempertikaikan pengorbanan seorang ayah.
Ingatlah mereka, balaslah jasa mereka mengikut kemampuan kita.
Mereka hanya pinjaman kepada kita jadi hargailah mereka selagi masih ada.. Al-fatihah dikirimkan kepada mereka yang telah kembali ke rahmatullah. 

Sebelum mengakhiri entri ini, saya kongsi tentang peranan kita sebagai anak apabila kita diberi rezeki masih lagi ada ayah dan ibu yang telah berusia:

1) Kita tidak boleh lagi mengharapkan masakan ibu tapi kita kena usaha untuk memasak, menyediakan apa saja kegemaran mereka. 

2) Bukan lagi mengharap jasa mereka tapi kita kena berjasa kepada mereka. 

3) Bukan masa untuk kita menunggu pemberian mereka tapi kita kena banyak memberi kepada mereka. 

4) Bukan lagi mengharapkan pengorbanan mereka tapi kita kena berkorban untuk mereka. 

5) Bukan lagi mengharapkan bukti kasih sayang mereka pada kita tapi kita kena buktikan betapa sayangnya kita pada mereka. 

6) Bukan lagi tunggu khabar berita dari mereka tapi sentiasa bertanya khabar mereka. 

7) Bukan tunggu mereka datang ziarah kita tapi kita kena usaha ziarahi mereka. 

Bukankah mereka orang yang wajib kita taat selepas Allah dan Rasul?

Untuk pengetahuan pembaca, perkongsian ini saya terima dari group WhatsAppp sebagai peringatan untuk diri sendiri dan perkongsian kita bersama..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Saturday, June 23, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Minggu lalu bila tiba di Seremban selesai beraya di kampung cuti masih berbaki 2 hari.. Jadi saya mengambil kesempatan itu untuk berjalan-jalan di sekitar Seremban.. Saje berjalan-jalan untuk memecah kesayuan, al-maklum bila tinggalkan kampung ketika orang lain sibuk beraya, lain macam perasaan dia, sayu semacam huhuhu.. So saya ke Jalan Jalan Japan (JJJ) tanpa naik kapal terbang, hehehe.. Outlet Jalan Jalan Japan sekarang ada di Centerpoint Seremban.. Oh ya, post ini bukan ditaja tetapi pandangan peribadi saya setelah meninjau sendiri outlet Jalan Jalan Japan Seremban...

Untuk pengetahuan konsep Jalan Jalan Japan ialah menjual barangan terpakai diimport dari Jepun, dimiliki oleh BOK Marketing Sdn Bhd melalui syarikat cawangan BOOKOFF Corporation Ltd.. JJJ pertama dibuka di One City Subang Jaya, cawangan kedua di 1 Shamelin Mall dan cawangan ketiga di Seremban.

Jalan Jalan Japan Centerpoint Seremban
Saya ada terbaca tentang review Jalan Jalan Japan dari blog Suria Amanda (SA).. Bila baca review SA, terasa ingin sangat ke sana untuk tengok sendiri outlet ke-3 Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban. Kata orang selagi tak sampai, rasa tak puas hati, hehehe 

Untuk pengetahuan Jalan Jalan Japan di Centerpoint Seremban terletak di Tingkat 3.. Ikut saja arrow dan banner yang disediakan mesti jumpa..

Jalan Jalan Japan Level 3, Centerpoint Seremban
Bila masuk sahaja outlet Jalan Jalan Japan, teruja sebab banyak sangat barang-barang yang menarik perhatian untuk kita terus explore.. Barangan yang dijual terdiri daripada pelbagai kategori seperti pakaian, beg, kasut, beraneka barangan hiasan rumah, barangan bayi, alat permainan, hobi, peralatan sukan, instrumen, perabot, aksesori dan lain-lain.

Small Bags
Pelbagai jenis bags
Baby gear and activities
Baby and toddler car seats etc
Bumbo seats and other baby booster seats
Bila tengok baby equipment ni teringat masa Arief kecil, banyak barang-barang seperti ini telah di let-go.. Maklumlah anak pertama excited membeli sedangkan tempoh penggunaan tak lama.. Jadi kepada ibubapa yang mempunyai anak kecil, cara berjimat dengan beli secondhand baby equipment.. Guna pun tak lama..

Walaupun secondhand tapi masih elok dan langsung tak menjejaskan fungsinya.. Contoh Bumbo seat ni, beza sangat harga baru dengan secondhand, jauh lebih murah..

Kasut kanak-kanak
Bahagian seterusnya kasut terpakai.. Kasut lelaki, wanita dan kanak-kanak.. Pilih sahaja mana yang sesuai dan berkenan di hati..

Kasut wanita
Golf equipment
Pakaian terpakai
Selain dari barang-barang di atas, bahagian paling luas ialah pakaian terpakai.. Macam-macam jenis pakaian dijual di sini.. Pilih..pilih.. dan pilih jika berkenan.. Harga tak perlu risau, sangat murah serendah RM1.00 okay..

Jalan Jalan Japan
Pakaian terpakai
Jalan Jalan Japan Seremban
Pakaian Terpakai
Di hujung bahagian pakaian adalah tempat kesukaan kanak-kanak dan anime figures collector.. Memang heaven dan rambang mata.. Banyak koleksi figura dipamerkan di sana..

Soft dolls
Jalan Jalan Japan
Key chains and small toys
Koleksi kereta mainan
JALAN JALAN JAPAN SHOPPING HAUL
Apa saya beli? Tak banyak sebab rambang mata, beli mana yang perlu sahaja, mostly planner accessories..

Jalan Jalan Japan Seremban
Shopping haul Jalan Jalan Japan
Ring binding pocket planner : RM1
Plastic card holder and zipper pouch : RM3
Planner stencil : RM1

Hasil shopping haul di Jalan Jalan Japan hanya : RM5.00..

Apa yang saya kongsi di sini hanya sebahagian sahaja.. Overall pada saya Jalan Jalan Japan best sebab barang-barang yang dijual rare, ada yang unik di mana semua dari Jepun..  Harga pun sangat murah dan affordable.. Al-maklum tak semua barang secondhand ni takde quality, apa yang penting kita perlu bijak memilih sesuai dengan konsep JJJ iaitu 'Barangan Terpakai di Jepun' (bermaksud kualiti baik), Harga giler (bermaksud harga yang sangat rendah) dan Kuantiti yang besar (bermaksud pelbagai barang dan kategori).. All items sold AS-IS and Pre-Loved. Tips membeli barang terpakai adalah sangat penting untuk check quality barang sebelum membuat bayaran.

Sesiapa yang dah pergi JJJ boleh kongsi pengalaman di ruangan komen dan pembaca boleh juga berkongsi pendapat mengenai membeli barangan preloved atau terpakai.. 


Sesiapa yang belum pergi Jalan Jalan Japan boleh kunjungi di mana-mana outlet terdekat seperti berikut:

JALAN JALAN JAPAN KUALA LUMPUR
Unit L3, Level 1 Shamelin
56100 Jalan Wangsa Perdana 1, AU 3
53300 Kuala Lumpur

JALAN JALAN JAPAN SUBANG JAYA
Level 1A (Block A), Sky Park @ One City
Jalan USJ 25/1A
47650 Subang Jaya, Selangor

JALAN JALAN JAPAN SEREMBAN
3rd Floor, Centerpoint Seremban
Jalan Dato Siamang Gagap
70100 Seremban, Negeri Sembilan

Operation Hours : 10.00 am - 10.00 pm

Okay setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byee 


Regards,
I am LZ


Wednesday, June 20, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada pembaca blog ini.. You all masih beraya sakan? #sistanyajer.. Untuk makluman, hari ni hari pertama saya mula bekerja setelah bercuti sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tempoh hari.. Bila dah cuti panjang maka 'bercinta' pula nak pi pejabat. Tambahan pula, hujan turun dengan lebat pagi ini.. Walaupun berat kaki melangkah, namun ku gagahkan juga demi mencari rezeki, huhuhu syahdu sungguh!

You all balik mana? Saya balik kampung di Muar Johor.. Bila cerita tentang Hari Raya, saya antara manusia yang tak beraya sakan sejak datuk dan nenek di sebelah ibu & ayah saya meninggal dunia.. Bila mereka tiada jadi sambutan Hari Raya pun terasa suram di tambah pula umur semakin meningkat.. Setiap tahun memang begitu, sambutan Hari Raya secara sederhana tapi meriah. Pada saya cukuplah setakat mana yang mampu saya ziarah.. Istilah raya pada saya dapat meluangkan masa berkumpul bersama keluarga dan berjumpa dengan saudara-mara yang jauh.. Anak-anak paling gembira menyambut Hari Raya seperti kita kecil dulu..

Oh ya rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakan bloggers dan pembaca semua..  Mohon Maaf Zahir & Batin andai ada terguris perasaan..

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Tahun ini warna tema baju raya saya sekeluarga emerald green.. Beriya mengenakan baju sama warna tapi tak dapat bergambar bersama keluarga sebab tak cukup corrum.. Sebelum ni setiap pagi raya, adik ipar rajin ambil gambar kami sekeluarga tapi raya tahun ni dia balik beraya sebelah mertua so gambar ini saja yang ada dalam simpanan saya di samping gambar 'separuh hati' yang lain.. Maksud gambar separuh hati ialah gambar tak berapa nak puas hati, huhuhu

I am LZ & family
Hari Raya pertama sesi kunjung-mengunjung rumah mertua, pakcik dan makcik semua sekali 4 buah rumah. Hari Raya ke-2 pula sibuk menyediakan juadah kumpulan Marhaban. Hari Raya ke-3 lepas Maghrib saya bertolak balik ke Seremban.. 

Perjalanan kali ini adalah perjalanan paling lama seumur hidup saya bila jem teruk sepanjang highway.. Can you imagine perjalanan dari Muar ke Seremban selalu mengambil masa 2 jam tapi jadi 6 jam lebih bila tersekat dalam kesesakan jalanraya.. 

Jalanraya sesak
Rasa kematu punggung duduk lama dalam kereta dengan kelajuan minimum.. Hati pula risau sebab husband tak berapa sihat.. Rasa geram pun ada bila ada antara pemandu tak faham bahasa memotong di laluan kecemasan, in directly mereka adalah golongan yang menyumbang kepada kesesakan jalanraya.. Saya rasa berbakul orang maki golongan seperti itu.. Namun syukur alhamdulillah akhirnya kami selamat sampai di rumah.. Tiba di rumah masing-masing kebulur, lapar hehehehe

Okay, begitulah serba ringkas sambutan Hari Raya Aidilfitri saya tahun ini.. Rakan bloggers dan pembaca sekalian jangan lupa kongsi cerita juga tau or you all boleh letak url blog post terkini tentang cerita Hari Raya.. Nanti saya singgah baca..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Follow Us @ladyinredplanner