Wednesday, May 08, 2019

,
Sementara tunggu waktu berbuka puasa, di kesempatan ini saya ingin mengumumkan Projek Kad Hari Raya 2019 saya sebagai entry kali ini. Tahun ini saya bercadang untuk bertukar-tukar kad Hari Raya dengan pembaca atau rakan bloggers yang berminat menggunakan konsep Postcrossing. Camne konsep Postcrossing yang dimaksudkan? Senang sahaja..


Syarat-syarat dan cara penyertaan Projek Kad Hari Raya 2019 ini seperti berikut :

(a) Terbuka kepada semua pembaca / bloggers yang berminat untuk mengirim dan menerima kad Hari Raya;

(b) Peserta  dikehendaki untuk mengisi maklumat di "Contact Me" terletak di side bar blog ini. Dalam ruangan "Message" sila masukkan alamat surat-menyurat anda. Jika anda seorang blogger jangan lupa letak sekali url blog anda; dan

(c) Sejurus menerima maklumat di atas, saya akan email nama dan alamat kepada siapa anda perlu hantar kad Hari Raya. Jadi tunggu email saya. 

Konsep Postcrossing anda akan terima kad secara surprise. Dalam masa yang sama juga saya akan hantar kad Hari Raya kepada semua peserta Projek Kad Raya 2019 ini. Ini bermakna setiap peserta akan mendapat 2 balasan Kad Hari Raya. 


Dalam kad Hari Raya anda nanti ceritalah tentang persiapan sambutan Hari Raya anda & keluarga atau apa sahaja yang berkaitan mengikut citarasa anda.

Tujuan Projek Kad Hari Raya 2019 ini diadakan sekadar ingin mengembalikan nostalgia bertukar-tukar kad Hari Raya supaya tradisi ini tak terus tenggelam ditelan zaman. Siapa yang pernah bertukar-tukar kad Hari Raya suatu masa dulu pasti dapat merasai 'kemanisan' menghantar dan menerima kad Hari Raya. Percayalah lain sangat feeling jika dibandingkan orang wish ucapan Hari Raya melalui social media.

Bila dapat kad nanti, bolehlah share di entry blog anda supaya setiap peserta tahu ke mana dan dari siapa mereka terima kad Hari Raya tahun ini melalui Projek Kad Hari Raya 2019.

Okay, kepada yang berminat boleh bertindak sekarang dengan hantar maklumat anda.. 


TEMPOH 

Projek Kad Hari Raya 2019 ini bermula dari hari ini, 8.05.2019 hingga 15.05.2019 bagi mengelakkan masalah semasa proses penghantaran melalui Pos Malaysia. 

Ingat, setiap peserta perlu ada kejujuran dan keikhlasan.. jadi bila dapat kad raya pun senyum lebar kegembiraan, tiada aura terpaksa.. Semoga ianya dapat menceriakan hari anda..

Impian ini sebenarnya telah saya zahirkan dalam entry sebelum ini [DI SINI] tapi tak sempat tempah kad. Terpaksa beli kad yang dijual di pasaraya atau kedai buku.


Sekiranya ada sebarang pertanyaan, boleh tulis di ruangan komen di bawah. Pembaca yang tidak berminat untuk turut serta juga boleh memberikan pendapat dan cadangan anda..

Okay, setakat ini sahaja..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Sunday, May 05, 2019

,
Salam Ramadhan semua.. Ramadhan di depan mata.. Alhamdulillah dan syukur jika kita masih diberi kesempatan untuk menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan 1440H..

Ramadhan 1440H

Setiap insan pasti mempunyai impian dan harapan setiap kali Ramadhan menjelang.. Begitu juga dengan saya.. Mudah kata target dan harapan Ramadhan ku seperti terkandung dalam lirik lagu Raihan feat Man Bai  ini :
  
Ku mengharapkan Ramadhan 
kali ini penuh makna
agar dapat ku lalui dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
hingga tak terasa ku berada 
di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan 
Nafsu yang selalu membelenggu diri
tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

 Selangkah demi selangkah..
Dengan rahmatMu oh Tuhanku..
Ku tempuh jua..


Itulah harapan saya..
Semoga puasa kita lancar dan mendapat pahala dan keberkatan dariNya..

Baca juga article Ramadhan saya tahun laluRamadhan Al-Mubarak 1439h (2018)

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Friday, May 03, 2019

,
Salam Jumaat dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Just wanna share this quote to you-all..


"FOUR THINGS YOU CAN'T RECOVER :
The stone after the throw
The word after it's said
The occasion after it's missed
The time after it's gone."

A reminder to myself too terutama bila melibatkan tindakan dan percakapan kita.. Apabila melukakan hati orang lain mungkin boleh dimaafkan tetapi sukar untuk melupakan.. 



Oleh itu jaga lisan antara sebabnya :

Lisan orang yang bijak terletak di sebalik akalnya sehingga setiap kali berbicara, dia akan berfikir terlebih dahulu. Apabila dia merasakan ucapannya memberi kebaikan, maka dia meluahkannya. Namun apabila dia merasakan ucapannya boleh menyinggung perasaan orang (walau tanpa sengaja), maka dia menahan diri. Sedangkan orang yang dungu, fikirannya berada di hujung lisan. Dia tidak berfikir sebelum berkata-kata. - Hasan al-Basri dalam Az-Zuhd hal: 131

Setakat ini sahaja perkongsian saya..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Tuesday, April 30, 2019

,


Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lately, banyak sekolah menganjurkan hari sukan sekolah minggu ini..  Entry kali ini bercerita tentang sambutan sukan sekolah anak bujangku yang diadakan pada hari Ahad, 28 April 2019 lalu.. Sudah hampir 2 hari berlalu, sebelum cerita ini basi saya abdikan di sini sebagai kenangan..

Pada hari Ahad lalu, seawal 7.00 pagi saya sudah keluar rumah menuju ke Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan untuk memberi sokongan sempena Hari Sukan Sekolah anakku. Jarang sekali pagi Ahad saya keluar rumah seawal waktu itu, huhuhu bertabahlah!..

Matrix Global School, Bandar Sri Sendayan
Tiba di sana guru-guru bertugas, ibu bapa dan pelajar sudah sedia di padang dengan semangat kesukanan.. Tema dan pakaian sudah tentu warna kuning, biru, merah dan hijau.. 

Padang sekolah Matrix Global School
Sambutan sukan sekolah kali ini agak menggalakkan apabila kehadiran pelajar dan ibubapa diwajibkan untuk mencapai target KPI sekolah.. 

Perasmian oleh YB Tuan Cha Kee Chin, Ahli Parlimen Rasah
Majlis dimulakan dengan doa dan ucapan daripada Guru Besar sekolah disusuli ucapan dan perasmian daripada Ahli Parlimen Rasah, YB Tuan Cha Kee Chin. YB dikehendaki memanah belon sebagai simbolik perasmian majlis.. 

Perbarisan rumah pasukan kuning dan merah
Seterusnya perbarisan terdiri dari semua pelajar dari setiap rumah kuning, merah, hijau dan biru.. Perbarisan dimulakan dengan pasukan rumah kuning.


Pasukan rumah kuning - Hang Lekiu
Persembahan dari rumah kuning
Untuk pengetahuan, anak saya tak ambil bahagian dalam mana-mana acara tetapi hanya menyertai perbarisan rumah kuning..

Perbarisan pasukan rumah merah - Hang Tuah
Setiap rumah pasukan perlu bersedia dengan kostum menarik kerana penilaian akan diambil dalam pertandingan perbarisan.. Ketika ini semua team berusaha menjadi rumah pasukan terbaik..


Ketua pasukan rumah hijau - Hang Lekir
Perbarisan dari rumah hijau, Hang Lekir
Seterusnya diikuti oleh pasukan rumah biru..


Perbarisan rumah biru - Hang Jebat
Persembahan dari Hang Jebat
Tak lupa juga persembahan dan perbarisan dari pelajar pra-sekolah Warisan berbaju oren bertopeng burung hantu.. So cute, kecil dan comel mereka..


Prasekolah Warisan
Pada tahun 2018 lalu, pasukan rumah kuning, Hang Lekiu berjaya dalam acara perbarisan, tahun ini pasukan rumah manakah yang berjaya memenangi acara perbarisan ini?


Pemenang acara perbarisan 
Ini jawapannya : Tempat pertama acara perbarisan dimenangi oleh Hang Jebat (biru), kedua Hang Lekiu (kuning) dan ketiga Hang Tuah (merah).. yeayyyy ceria muka masing-masing apabila rumah pasukan mereka berjaya mendapat tempat dalam acara perbarisan.


Bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku & lagu sekolah
Setelah semua rumah pasukan berkumpul, bacaan ikrar, nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah berkumandang.. Setelah itu bermulalah acara olahraga dari pelajar yang mengambil bahagian mewakili setiap pasukan rumah masing-masing..

Berikut beberapa gambar sekitar pertandingan olahraga yang telah berlangsung.. 


Acara 100 meter larian perempuan
Acara 100 meter larian lelaki
Sambutan dari ibubapa memberi sokongan kepada anak masing-masing
Rumah pasukan mana berjaya mendapat tempat pertama? Jika acara perbarisan dimenangi oleh rumah pasukan biru, begitu juga dengan acara olahraga keseluruhan, Hang Jebat berjaya mendapat tempat pertama! Tak sia-sia Hang Jebat melawan Hang Tuah, Hang Lekir dan Hang Lekiu..


Pasukan rumah biru memenangi acara olahraga keseluruhan
Begitulah sekitar kemeriahan sambutan sukan sekolah anakku tempoh hari.. Teringat zaman saya sekolah rendah dan menengah.. Saya aktif sertai acara olahraga dan marathon.. Tetapi itu cerita dulu, cerita sekarang memang tak larat sebab langsung takde stamina.. Naik tangga tingkat 3 pun semput, camne tu? hehehehe

Okay, masihkah anda ingat tentang sukan sekolah yang pernah anda sertai? Anda pasukan rumah apa? Seingat saya, rumah pasukan saya semasa sekolah rendah ialah kuning manakala di sekolah menengah rumah hijau atau Zamrud. Pembaca yang ada anak sekolah, apa rumah pasukan anak anda? Perkongsian anda sangat dialu-alukan.. Sila kongsi di ruangan komen di bawah..



Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner