Sunday, May 26, 2019

,
Ramadhan sudah masuk minggu ke-3, saya percaya tentu ramai antara kita sibuk dengan persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri dan dalam masa yang sama juga meningkatkan amal ibadah 10 malam terakhir Ramadhan.. Semoga dipermudahkan segala urusan dan amal ibadah kita diterimaNya..

Saya juga ingin memanjatkan kesyukuran kepada Illahi kerana dalam kesibukkan menjalani tugas hakiki di pejabat dan rutin harian dapat juga saya meluangkan masa berutus kad raya dengan peserta Projek Kad Raya 2019 by Lady In Red Planner.. 

Projek Kad Hari Raya 2019
Untuk pengetahuan pembaca, proses mencari dan membeli kad raya yang sesuai juga bukan mudah sebab tak banyak kedai buku sekarang ini menjual kad raya dibandingkan 5 atau 10 tahun lalu. So nampak tak kad raya dah semakin pupus okay..

Kad Hari Raya 2019
Pemilihan kad raya juga mestilah bersesuaian dengan si penerima.. Jadi saya pilih setiap kad mengikut naluri.. Harap si penerima dapat terima kad itu seadanya..

Setem 60 sen untuk kad Hari Raya
Akhirnya proses mengirim kad raya berjaya diselesaikan semalam, alhamdulillah..

Peti pos Malaysia
Harapan saya semoga semua kad raya diterima kepada peserta dan rakan bloggers. Maaf andai ada yang terima kad raya saya selepas bulan Ramadhan disebabkan kelewatan penghantaran oleh Pos Malaysia. Kita faham mereka sekarang sedang bertungkus-lumus untuk proses serahan sebelum cuti Hari Raya nanti.

Apa yang paling penting bila anda terima kad raya dari saya nanti itulah tanda ingatan tulus ikhlas yang lahir dari hati walaupun kita tak pernah bersua muka dan hanya berkenalan di alam cyber.. Akhir kata, terima kasih diucapkan kepada peserta Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner.. Maaf andai ada kekurangan dari saya dalam menjayakan misi ini..

Related post : Projek Kad Hari Raya 2019 by Lady in Red Planner





Sekian, sahaja perkongsian saya kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Thank you for reading..
Wasalam..


Regards,


Loading...

Tuesday, May 21, 2019

,
Pengalaman membina kerjaya stabil memang akan mengalami jatuh bangun.. Kalau ada antara pembaca lepas grad terus dapat kerja memang sangaaaaaat bertuah kecuali ada kabel itu tak termasuk golongan yang saya maksudkan.. Nama pun jatuh mestilah sakit tapi itulah pengalaman yang mematangkan kita agar terus bangkit dan cekal menghadapi masa depan..

Terpanggil untuk berkongsi pengalaman sendiri selepas saya baca entri yang dikongsi oleh sahabat blogger bernama Sayidah Napisah bertajuk Dapat Interview Kerja di 10 Scam Company Hal begini memang berlaku bila ada pihak mengambil kesempatan di atas desakan hidup orang lain..

Pengalaman Buruk Menghadiri Temuduga
Al-kisah, sekitar tahun 90-an masa tu bekerja sepenuh masa sementara tunggu sambung belajar. Saya bekerja di sebuah legal firm tetapi ketika itu masih samar-samar sama ada untuk teruskan pengajian  ke peringkat seterusnya dalam jurusan Undang-Undang atau bekerja sepenuh masa dengan firma guaman ini.. Gaji pun not bad, RM2,800.00 ketika itu agak besar, ada increment RM200.00 setiap tahun tetapi beban kerja sangat banyak dan stress. Jadi mulalah fikir untuk cari kerja lain.. Kebetulan saya mempunyai kelulusan dalam bidang Business Management, Accounting & Computer Research, so hajat hati ingin beralih arah ke bidang perniagaan..

Maka saya pun belek iklan di suratkhabar The Star dan jumpa satu syarikat pengiklanan memerlukan Marketing Executive. Dalam fikiran dibuai angan-angan bekerja di syarikat pengiklanan dalam bidang marketing mesti best dan glamour.. Iyalah orang tak tahu dan masih mentah so tanpa membuang masa saya pun contact syarikat pengiklanan tersebut dan fix appointment untuk temuduga. Bila tarikh temuduga dah ditetapkan apa lagi apply leave. Saya masih ingat lagi lokasi syarikat tersebut di Seksyen 14 Petaling Jaya.


Sampai sana, ada sesi menunggu lebih kurang setengah jam.. Jenuh menunggu tetapi semangat ingin tahu dengan jawatan baru berkobar-kobar so tak rasa masa menunggu yang lama.. Bila nama dipanggil saya dikehendaki untuk sertai one group of people berpakaian smart dengan bertali leher dan beberapa wanita berpakaian kemeja dan seluar panjang. Setiap group ada 6 orang ahli termasuk seorang ketua kumpulan. Saya dibawa bersama mereka menaiki sebuah van menuju ke kawasan perdagangan di Bandar Sunway tanpa langsung menjelaskan motif apa untuk ke sana.

They said itu part of interviews and selection. So ikut sahaja.. Di sana mereka distributed lebih kurang 20 keping catalogs berupa discount voucher and membership cards, setiap satu dijual RM50.00. Mulalah mereka berlegar ke kawasan masing-masing membawa 20 keping catalogs seorang yang perlu dihabiskan sebelum pukul 5.00 petang. Pada pukul 5.00 petang van akan datang ambil semua balik ke pejabat di Seksyen 14, Petaling Jaya tadi. Saya diarahkan supaya ikut ketua kumpulan di mana ketua kumpulan akan tunjuk cara promote membership catalogs itu. Target mereka di depan bank, pusat telekomunikasi dan restaurant.

Masa tu, saya tak tahu nak kata apa... Dalam hati : "Habislah kalau jumpa kawan kolej atau my dad's friends atau lawyers my current bosses.. Mana aku letak muka, jumpa aku berlegar-legar pi jual catalog.. Aduhai malu, jatuh airmuka.."

So apa saya buat? Saya ikut sahaja apa arahan mereka lebih kurang 3 jam lepas itu saya minta split dan bergerak sendiri.. Saya keluarkan duit dari ATM, saya beli semua catalog sendiri, semuanya RM1,000.00.. Kemudian saya jumpa ketua kumpulan tadi dan beritahu saya berjaya jual semua dan minta izin untuk balik. Dari airmuka ketua kumpulan tadi nampak happy dan memuji saya berbakul-bakul.. Then he said, kami akan beritahu melalui phone jika saya berjaya untuk temuduga kali ini dan seterusnya ke temuduga stage kedua. I said 'OK' dalam hati whatever, janji dapat lepaskan diri dari situ.. So balik naik bas dan sempat berlegar-legar di Jusco untuk melepaskan perasaan nervous, penat dan baru terasa sangat lapar.

The next day saya terima sms memaklumkan bahawa saya berjaya dan layak untuk ke temuduga stage kedua.. Dalam hati berkata-kata : Memang tak akan aku jejak ke sana lagi.. Such a nightmare, pertama dan terakhir.. Itulah pengalaman saya, kadangkala terfikir mungkin sebab saya tak bersyukur dengan kerja dan gaji yang ada sebab itu Tuhan uji begitu. Bila kena baru rasa sendiri kannn..

Pesanan saya berhati-hati kepada sesiapa yang ingin memohon kerja di sesebuah syarikat. Study dulu latarbelakang syarikat berkenaan dan buat research berkaitan jawatan yang dipohon. Then baru ada confident untuk tempuh sesi temuduga itu nanti selain kebarangkalian untuk ditipu dapat dielakkan..

Begitulah kisah menghadiri temuduga from my personal experience.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Monday, May 20, 2019

,
Hari ini cuti ganti sempena Hari Wesak semalam.. Syukur alhamdulillah ada cuti hujung minggu dan cuti ganti ini sekurang-kurangnya dapat berehat sedikit sebelum sambung semula rutin harian bermula esok coz I have been very busy for the past week.

Jadi ada masa, saya berbesar hati untuk join segmen yang dianjurkan oleh blogger bernama Mya Rosli iaitu Segmen I Follow You, You Follow Me.. Saya teruja untuk sertai segmen ini kerana motif utama adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan mengenali rakan-rakan blogger yang lain di samping membantu kita meluangkan masa dengan blogwalking ke blog bloggers yang menyertai segmen ini.

Bagi mencapai realisasi ini, setiap blogger dikehendaki follow blog peserta segmen ini.. For me it's not a big deal dear! hehehe

 Segmen I Follow You, You Follow Me by Mya Rosli
Segmen I Follow You, You Follow Me by Mya Rosli
Syarat-syarat penyertaan sangat mudah iaitu :

1. Follow blog Mys Rosli -> www.myarosli.com
2. Add Facebook Mardhiyyah Rosli dan Like FB Page Lovely Sunshine
3. Subscribe Channel Youtube Mardhiyyah Rosli
4. Follow Instagram Mardhiyyah Rosli (jika ada Instagram)
5. Buat entri bertajuk "Segmen I Follow You, You Follow Me by Mya Rosli'
6. Copy banner di atas dan backlink ke entri [DI SINI]
7. Tinggalkan URL entri anda di ruang komen di entri [DI SINI].

Menurut Mya Rosli, setiap penyertaan akan dimasukkan ke dalam bloglist blog beliau iaitu Lovely Sunshine selama 3 bulan. Jom sama-sama meriahkan segmen ini, kita bagi support kepada Mya..



Okay, setakat ini sahaja entri kali ini..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Wednesday, May 15, 2019

,
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telahpun menyediakan satu platform kepada kepada guru dan juga ibu bapa yang dipanggil sebagai SAPS Ibu Bapa.

SAPS Ibu bapa merupakan satu aplikasi secara atas talian yang digunakan oleh guru untuk "key in" markah peperiksaan pelajar. Manakala, ibu bapa pula boleh mengakses aplikasi ini untuk menyemak keputusan peperiksaan pelajar.

Semakan ini boleh dilakukan dengan melayari laman web seperti berikut :



Antaramuka SAPS IBUBAPA

Inisiatif kerajaan ini patut dipuji ini kerana ianya memudahkan banyak pihak untuk mengetahui markah peperiksaan pelajar/murid.

Giveaway SAPS by Mialiana.com
Giveaway ini dianjurkan oleh SapsIbuBapa.net dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM400.00 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Jika ada antara pembaca yang berminat untuk menyertai giveaway ini, anda perlu bertindak segera kerana giveaway akan tamat pada hari ini, 15.05.2019 jam 11.59 malam nanti...


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner