Saturday, July 06, 2019

,
PENGALAMAN PAHIT MANIS BELI RUMAH SUB-SALE (SECOND HAND) | Al-kisah sudah lama saya menanam impian untuk membeli rumah kedua disebabkan rumah pertama jauh iaitu di Muar, Johor. Rumah pertama tiada sesiapa tinggal di sana dan masih belum berhasrat untuk disewa. Semasa membeli rumah pertama saya jangka akan settle down di Muar iaitu di kampung halaman saya dan husband. Tetapi kita hanya merancang, bab rezeki Dia yang tentukan.

Kami suami isteri bekerja di Negeri Sembilan sudah hampir 10 tahun dan anak pun bersekolah dan membesar di sini. Jadi sudah tiba masa kami buat keputusan untuk beli rumah kedua di sekitar radius office dan sekolah anak di Seremban 2.

Urusan jual beli rumah

Maka perancangan awal sejak 2 tahun lepas sudah dibuat.. Umum sedia maklum, jika kita pernah buat pinjaman perumahan dan mempunyai hutang-hutang lain di bank maka peratusan untuk lulus pinjaman perumahan rumah kedua adalah rendah. Ada formula tertentu untuk kes begini.. Jadi ini merupakan kekangan kepada saya kerana komitmen kewangan saya tinggi.

Rumah pertamaku

So berangan-anganlah dulu.. Saya letak target rumah kedua jenis 2 tingkat, bahagian depan rumah tiada rumah lain, tak perlu rumah baru asalkan harga mengikut kemampuan, target pada tahun 2020 dan dalam  tempoh 2018 hingga 2019 segala hutang kecuali hutang rumah pertama perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi merealisasikan impian ini segala perbelanjaan isi rumah perlu dikawal dengan baik tetapi pada saya tiada istilah ikat perut.

Jadi sepanjang tempoh 2 tahun sambil menyimpan, saya pun buat survey mencari rumah idaman dan lokasi yang sesuai. Saya pernah berkongsi cerita tentang perkara itu di entry ini -> #MeTime.



Rumah idaman

Akhirnya impian memiliki rumah kedua terlaksana pada bulan September 2018 lalu, lebih awal dari perancangan, alhamdulillah. Apa yang saya buat? Bila hutang mulai susut, saya memulakan langkah awal dengan membulatkan nekad. Saya ke bank dengan membawa dokumen sokongan untuk membolehkan pihak bank menyemak kelayakan saya apabila memohon pinjaman rumah kedua kelak. Pihak bank berpuas hati tetapi masih belum pasti berapa percent pinjaman rumah kedua boleh lulus..

LANGKAH AWAL MEMBELI RUMAH SUB-SALE

1. Buat kajian rumah yang ingin dibeli - kedudukan hartanah, nilai rumah dan kejiranan
Ketika ini proses mengenalpasti design dan lokasi rumah memang suatu yang mencabar.

2. Tetapkan budget keseluruhan termasuk nilai rumah
Masa memilih rambang mata sebab banyak sangat pilihan tetapi saya berpegang kepada budget yang sesuai dengan keadaan kewangan saya. Maka skop pencarian akan kecil dan lebih mudah..

3.  Contact ejen hartanah untuk temujanji - penyelenggaraan dan memeriksa keadaan dalam rumah
Bila saya dah kenal pasti mana rumah idaman saya, terus saya contact agent rumah tersebut sepertimana yang tercatat dalam iklan untuk membuat temujanji. Kami ke lokasi meninjau keadaan rumah. Ketika itu hati dah berbunga-bunga tetapi harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya mula risau jika bank tidak dapat meluluskan pinjaman berdasarkan percentage pinjaman yang diperlukan.

4.  Membuat tawaran
Bila saya dah tetapkan keputusan, saya cuba-cuba untuk meminta agen mengurangkan harga rumah, malangnya harga sudah tetap berdasarkan keputusan tuan rumah.

Saya nekad kata YES, terus tandatangan Agreement to Purchase dan transfer payment iaitu 3% dari harga rumah pada masa yang sama supaya rumah tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain.. Agent beritahu rumah ini first come first serve.. Masa tu masih cuak sebab belum apply loan kannn.. Baki 7% dari harga belian perlu dijelaskan semasa tandatangan Sale and Purchase Agreement ("SPA").

Memandangkan Penjual rumah tersebut adalah peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ("LPPSA") maka saya perlu menunggu sekurang-kurangnya 7 bulan untuk proses jualbeli selesai.. Sesiapa yang ingin membeli rumah dari peminjam LPPSA please..please.. bear in mind perkara ini.. Mengapa? Saya akan cerita kemudian..

5. Mendapatkan khidmat guaman & tandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
Bayaran 10% dari harga belian telah selesai dibayar manakala yuran guaman untuk transaksi jual beli ini plus minus around RM18,000.00. Dalam tempoh seminggu SPA pun siap untuk ditandatangani.

Bila perjanjian siap disetem, saya bawa ke bank bersama dokumen sokongan lain untuk proses permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya buat kesilapan besar apabila menyerahkan agent untuk melantik peguam yang mewakili saya dalam transaksi jual beli ini. Saya sangka panel lawyer dari agent hartanah sangat efficient tetapi sebaliknya. Padahal saya ada hak untuk melantik peguam sendiri. Menyesal tak sudah! 

6. Mendapatkan pinjaman perumahan
Apabila pihak bank puas hati dengan segala dokumen sokongan, maka mereka menyatakan berapa jumlah pinjaman yang layak saya pinjam. Alhamdulillah dengan pinjaman dari bank dan bayaran tunai 10% harga belian, saya layak memiliki rumah idaman.

7. Urusan pindah milik

MASALAH PEGUAM SAYA

Maka bermulalah episod tidak menarik apabila saya berurusan dengan peguam saya yang dilantik oleh agent.. Apabila saya sudah membayar peguam untuk perkhidmatan yang perlu dilaksanakan, maka peguam perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh seperti yang diamanahkan tetapi sebaliknya..

Saya biarkan peguam saya buat kerja dengan harapan mereka akan beritahu saya status proses jualbeli ini dari semasa ke semasa tetapi malangnya tidak seperti yang saya sangka. Yuran guaman juga bukan murah sebab tu saya nyatakan jumlah bayaran yuran guaman di atas.. Dari sebulan, masuk ke bulan kedua langsung tiada khabar berita.. Bulan ke-3 saya call buat pertama kali untuk mengetahui status perkembangan transaksi jual beli saya namun jawapan yang diberikan hampa.

Pihak mereka memberitahu : "Puan, masih tertangguh di pejabat tanah (ada proses melibatkan pejabat tanah)". Saya tanya : "Ada tak kamu follow up bila dokumen yang sepatutnya ambil masa 2 minggu tak keluar lagi sampai 1 bulan lebih?" Jawapan mereka : "Tunggu saja nanti keluarlah dokumen tu.." Jawapan yang sangat menyakitkan hati! Saya pun bertindak ke Pejabat Tanah untuk follow up kes sendiri.

Proses jual beli perlu follow up closely kerana ianya melibatkan masa! Masa berjalan dan duit pun banyak keluar...

MASALAH LPPSA LEWAT MELEPASKAN GERAN 

Bukan itu sahaja, kini sudah masuk bulan ke-7 transaksi jual-beli sepatutnya sudah selesai dalam bulan ke-6 tetapi masih pending.. Geran asal masih belum dikeluarkan oleh LPPSA walaupun bank saya sudah selesaikan pinjaman Penjual.

Bila saya tanya peguam : "Kenapa ambil masa yang lama?" Mereka jawab : "Saya tak tahulah kenapa kes Puan lambat sangat mereka release geran. Saya rasa lebih baik Puan follow-up sendiri." Saya follow-up sendiri sedangkan saya bayar mereka? Sekali lagi, bukan murah yuran guaman mereka tau..

Berani sungguh mereka kata begitu. Bukan saya tak pernah follow up, lepas saya kena kali pertama kes pejabat tanah dulu saya follow up sendiri di peringkat LPPSA ini juga tapi bila saya rasa.. saya yang berlebih-lebih sedangkan orang yang dipertanggungjawabkan seolah-olah 'goyang kaki'.. Kalau anda rasa agak-agak apa yang anda buat?

Saya ni jenis tak reti cakap kasar atau memaki-hamun.. Pada saya ianya tak membantu malah mengeruhkan keadaan.. Apa yang saya buat? Saya hanya mampu beristighfar (bukan tunjuk alim, pada saya biar Allah sahaja yang menilai perangai mereka).

Kecewa yang amat sangat bila berdepan dengan pihak-pihak yang culas, kerja takde minat dan semangat. Maaf kata, mereka ini bangsa saya. Pernahkah anda dengar bangsa lain kata MELAYU MALAS! Haaa inilah segelintir dari mereka akibatnya kita terpalit.



SAYA SEDANG DIUJI

Ketika proses jual beli saya masih belum selesai, tuan rumah sewa saya sekarang telah mengeluarkan arahan mengosongkan rumah sebelum akhir bulan Julai 2019 ini. Saya berada dalam keadaan genting sekarang ini. Ianya berlaku secara kebetulan.

Apa saya boleh buat dalam situasi sekarang? Dalam keadaan genting begini saya pasrah, saya berserah kepada-Nya.. Saya redha dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sambil itu saya teruskan berdoa dan saya harap anda juga dapat mendoakan saya dipermudahkan urusan dan saya dapat kunci rumah idaman saya dalam masa terdekat sebelum 31 Julai 2019 ini. Semoga anda dirahmati Illahi, aamiin..

Begitulah pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale berbanding rumah pertama beli dari developer.. Semoga pengalaman saya ini menjadi pengajaran kepada pembaca.. Sebaiknya biar anda sebagai pembeli melantik sendiri peguam yang akan mengendalikan proses jual beli rumah anda. Jangan biarkan orang lain buat keputusan demi hak anda.

Entry berkaitan : Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari Ini

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Sunday, June 30, 2019

,
HARI MINGGU YANG SANTAI | Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang bekerja terutama saya. Pada hari minggu saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan membuat pelbagai aktiviti riadah bersama-sama.. Pagi ini hujan turun dengan lebat dan berhenti menjelang subuh.. Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurniaanNya..

Pagi sejuk begini saya sediakan breakfast simple iaitu cucur ikan bilis, nugget ayam cheese jenama Saudi Gold dan nescafe panas.. Cukup sebagai alas perut sementara menunggu makan tengah hari nanti..

Cucur ikan bilis
Scallop Ayam jenama Saudi Gold
Seperti biasa sambil breakfast, mesin basuh ligat berputar.. Sementara saya menyediakan breakfast pagi ini rumah pun siap kemas bila ada bantuan dari anak bujang yang rajin vacum. Selesai breakfast saya ke halaman rumah meninjau tanaman yang segar selepas hujan.. Hari ini saya perlu bubuh baja dalam setiap pasu memandangkan daun pokok masing-masing pun agak kekuningan disebabkan cuaca panas terik.

Pokok bunga Marigold 2 tone
Pokok bunga marigold atau bunga tahi ayam
Jermain atau pokok bunga halau nyamuk
Tak tau nama pokok
Pokok rosemary
Apium graveolens atau pokok daun sup
Bila melayan pokok waktu pagi seolah terapi minda, hilang segala serabut dalam fikiran walaupun untuk sementara waktu .. Tak lama selepas itu mesin basuh pun berbunyi.. Bermulalah sesi menjemur kain..

Lepas sahaja kain baju bergantung di ampaian, saya pun mula membelek segala buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf semalam dan kelmarin.. Opss lupa beritahu, dalam post DI SINI saya ada cerita tentang niat untuk repeat ke book fair ini.. Alhamdulillah menjadi kenyataan bila semalam saya puas 'berkampung' membelek setiap satu buku yang dicari.

The Big Bad Wolf 2019 book fair @ Mydin Mall, Seremban 2
Hasil 'tuaian' di The Big Bad Wolf 2019 book fair semalam.. Hari kedua berkunjung ke situ semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan.. Rasa rugi kalau lepaskan peluang ini..

Buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf 2019
Selepas blogging masa yang ada saya penuhi dengan membaca buku-buku ini.. Alhamdulillah puas hati dapat koleksi buku kegemaran.. Begitulah perkongsian masa saya di hujung minggu ini.. 

Bagaimana pula dengan anda? Tentu ada yang memenuhi undangan ke open house di akhir Syawal atau mungkin juga ke majlis kenduri kahwin.. Walau apa pun aktiviti yang anda lakukan, jika sudi jangan lupa share di ruangan komen.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Friday, June 28, 2019

,
Haul : Big Bad Wolf 2019 @ Mydin Mall Seremban 2 | Sebut sahaja Big Bad Wolf saya pasti ramai ulat buku teruja dan tak sabar-sabar nak terjah kannnn.. Saya faham sangat perasaan tu sebab saya pun salah satu antara mereka.. Rasa nak meniarap atas longgokan buku sambil grab apa sahaja buku yang ada di sekeliling.. Hahahaha buruk perangai!

Big Bad Wolf 2019 at Mydin Mall Seremban 2
Al-kisah Big Bad Wolf book sale sedang diadakan di Mydin Mall Seremban 2 bermula semalam, 27.06.2019 hingga 7.7.2019 dibuka dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah malam.. Jadi hari ini saya sempat curi masa during lunch hour pergi tengok sendiri pameran buku ini.. Saja nak tahu berapa banyak buku yang dipamerkan.

Big Bad Wolf 2019
Big Bad Wolf 2019 @ Mydin Mall Seremban 2
Frankly speaking saya teruja sebab saya suka pergi pameran buku yang tak ramai orang sebab saya bukan sejenis suka tempat crowded dan ambil masa panjang untuk buat bayaran. Saya sanggup tak pergi tempat-tempat begitu walau suka macam mana sekali pun. Tambahan pula pameran begini bukan selalu ada di Seremban 2.. Kali terakhir pergi Big Bad Wolf pada tahun 2015 yang telah diadakan di Rapid Exhibition Hall. Saya pernah kongsi cerita DI SINI. Dah hampir 4 tahun malah pasaraya Rapid pun dah tak wujud lagi di situ..

Sila baca : Big Bad Wolf Book Sale Seremban



Big Bad Wolf 2019 at Mydin Mall Seremban 2
Lihatlah dunia betapa banyak buku yang ada
Hari ini masih tak ramai pengunjung jadi saya ambil kesempatan meninjau buku-buku yang ada. Terdapat pelbagai jenis buku dipamerkan pada harga yang amat rendah berbanding di book store.. Memang rambang mata dan berpinau jugalah biji mata.. Saya share 'pemandangan' sekitar pameran buku Big Bad Wolf Seremban 2..

Sepertimana pameran buku yang lain terdapat pelbagai jenis bahan rujukan dan buku-buku pelajaran dijual pada harga yang rendah.

Novels
Big Bad Wolf cashier counters
Tapi tak syiok sebab belum puas belek setiap satu section, sekejap-sekejap mata tengok jam risau andai terbabas waktu lunch.. Jadi terpaksalah ambil buku mana yang ada dan terus menuju ke kaunter bayaran..

Big Bad Wolf cashier
Selepas membuat bayaran, pengunjung jangan terkejut pula apabila dihampiri oleh bebarapa orang sukarelawan dari orphanage atau rumah anak-anak yatim yang akan meminta pengunjung supaya menderma beberapa buah buku kepada rumah perlindungan tersebut. Kanak-kanak di rumah perlindungan tersebut memerlukan bahan bacaan untuk proses pembelajaran mereka selain melengkapkan perpustakaan yang ada.

Books for donation
Bab-bab begini saya memang akan ambil bahagian mana yang termampu.. Jadi saya derma 3 jenis buku iaitu Lets Do Arithmetic (for ages 6-7) (RM5.00), Collins Easy Leraning KS2: Fractions and Decimals (for ages 7-9) (RM5.00) dan Mini Encyclopedia: Rocks & Fossils (RM10.00), semua sekali berjumlah RM20.00.. Semoga bantuan tak seberapa ini mampu memberi manfaat kepada mereka yang memerlukan.

HAUL : BIG BAD WOLF 2019 @ MYDIN MALL SEREMBAN 2

Inilah antara  hasil 'tangkapan' dalam keadaan tergesa-gesa di Big Bad Wolf hari ini.. 

Big Bad Wolf haul
Saya sempat beli buku The All American Muscle Car (RM15.00), 30-Minute Social Media Marketing (RM12.00), Just Shut Up and Do It! (RM12.00). Dua buku ini kecuali The All American Muscle Car untuk saya.

Berikut buku-buku latihan untuk anak bujang iaitu :

Buku Rampaian Comprehension  - RM1.00
Rampaian Topikal Sukses KSSR SAINS - RM1.00
Rampaian Topikal Sukses KSSR MATEMATIK - RM1.00
Rampaian Topikal Sukses KSSR BAHASA MELAYU - RM1.00
Buku Rampaian Topikal KSSR Matematik  - RM1.00
Buku Rampaian Writing - RM1.00
JUARA SAINS - RM6.00
JUARA Matematik - RM6.00
JUARA Bahasa Melayu - RM6.00
JUARA English - RM6.00


Buku latihan tahun 5
Semua sekali RM69.00 ternyata berbaloi-baloi.. Setiap pembelian lebih dari RM50.00 akan mendapat voucher 30% off dan RM15.00 diskaun (*terms and conditions apply) yang boleh ditebus di bookxcessonline.com.

Big Bad Wolf voucher
Saya pasti akan repeat ke sini lagi sebelum tarikh tamat pameran.. Next visit saya akan focus kepada buku self-development dan beberapa crime story novels selain itu saya nak ronda sampai puas hati kata orang alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bunyi agak melampau kannn, hehehe tapi itulah saya ngeeeee.

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya.. Siapa antara pembaca suka pergi pameran buku? Boleh kongsi cerita pengalaman anda atau apa sahaja yang berkaitan di ruangan komen.. Saya suka baca komen anda..



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Tuesday, June 25, 2019

,
SEGMEN 9 JUTA SPECIAL BLOGLIST | Pagi ini sedang blogwalking terbaca segemen ini yang dianjurkan oleh blogger tak asing lagi iaitu Sayidah Napisah @ Say. Segmen ini dianjurkan sempena kejayaan blog Say melepasi angka 9 juta pageviews.. Wahhhh congrats Say!!! * tepuk tangan..

 Segmen 9 Juta Special Bloglist
Segmen 9 Juta Special Bloglist
Maka dengan ini saya amat berbesar hati untuk menyahut cabaran menyertai segmen ini.. Yeayyy let's grab this opportunity..

Syarat-syarat segmen seperti berikut :

1. Follow blog, Instagram, Facebook dan Twitter Sayidah Napisah (kalau takde salah satu pun okay);

2. Buat entri bertajuk 'Segmen 9 Juta Special Bloglist' di blog anda. Letak banner dan pastikan baclink ke entri [DI SINI]; dan

3. Jawab satu soalan 'Nyatakan 3 first impression orang terhadap anda; yang biasa anda dengar.'

Soalan ke-3 ni kena pejam mata dan buat flashback sekejap..
Haaaa ingat first impression orang yang selalu LZ dengar ialah (ehem..ehem..) :

  • Nampak sombong 
  • Peramah bila lama kenal
  • Easy going person
  • Ceria

Itu sahaja yang biasa LZ dengar selain tu ada tapi terlalu ujub dan riak untuk dinyatakan di sini, hehehe gurau!..

4. Akhir sekali selepas buat entri dan jawap soalan no. 3, beri link entri anda tersebut di ruangan komen entro segmen ini di blog Say [DI SINI].

10 peserta yang terpilih akan dimasukkan ke dalam bloglist bernama '9 JUTA SPECIAL BLOGLIST' sehinggalah pageview blog Say mencecah angka 10 juta pageviews.

Sesiapa antara rakan bloggers yang ingin turut serta dalam Segmen 9 Juta Special Bloglist ini masih belum terlambat. Segmen tamat pada 4 Julai 2019 nanti..






Begitulah kisah segmen kali ini..
Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...

Follow Us @ladyinredplanner