HARI MINGGU YANG SANTAI | Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang bekerja terutama saya. Pada hari minggu saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan membuat pelbagai aktiviti riadah bersama-sama.. Pagi ini hujan turun dengan lebat dan berhenti menjelang subuh.. Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurniaanNya..
Pagi sejuk begini saya sediakan breakfast simple iaitu cucur ikan bilis, nugget ayam cheese jenama Saudi Gold dan nescafe panas.. Cukup sebagai alas perut sementara menunggu makan tengah hari nanti..
|
Cucur ikan bilis |
|
Scallop Ayam jenama Saudi Gold |
Seperti biasa sambil breakfast, mesin basuh ligat berputar.. Sementara saya menyediakan breakfast pagi ini rumah pun siap kemas bila ada bantuan dari anak bujang yang rajin vacum. Selesai breakfast saya ke halaman rumah meninjau tanaman yang segar selepas hujan.. Hari ini saya perlu bubuh baja dalam setiap pasu memandangkan daun pokok masing-masing pun agak kekuningan disebabkan cuaca panas terik.
|
Pokok bunga Marigold 2 tone |
|
Pokok bunga marigold atau bunga tahi ayam |
|
Jermain atau pokok bunga halau nyamuk |
|
Tak tau nama pokok |
|
Pokok rosemary |
|
Apium graveolens atau pokok daun sup |
Bila melayan pokok waktu pagi seolah terapi minda, hilang segala serabut dalam fikiran walaupun untuk sementara waktu .. Tak lama selepas itu mesin basuh pun berbunyi.. Bermulalah sesi menjemur kain..
Lepas sahaja kain baju bergantung di ampaian, saya pun mula membelek segala buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf semalam dan kelmarin.. Opss lupa beritahu, dalam post
DI SINI saya ada cerita tentang niat untuk repeat ke book fair ini.. Alhamdulillah menjadi kenyataan bila semalam saya puas 'berkampung' membelek setiap satu buku yang dicari.
|
The Big Bad Wolf 2019 book fair @ Mydin Mall, Seremban 2 |
Hasil 'tuaian' di The Big Bad Wolf 2019 book fair semalam.. Hari kedua berkunjung ke situ semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan.. Rasa rugi kalau lepaskan peluang ini..
|
Buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf 2019 |
Selepas blogging masa yang ada saya penuhi dengan membaca buku-buku ini.. Alhamdulillah puas hati dapat koleksi buku kegemaran.. Begitulah perkongsian masa saya di hujung minggu ini..
Bagaimana pula dengan anda? Tentu ada yang memenuhi undangan ke open house di akhir Syawal atau mungkin juga ke majlis kenduri kahwin.. Walau apa pun aktiviti yang anda lakukan, jika sudi jangan lupa share di ruangan komen.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Regards,
15 Comments:
Wahhh...ada pokok pokok herba lagi... Mama Yan malas nak jaga pokok pokok kecik ni...senang mati
Mama Yan, LZ prefer pokok herba berbanding pokok bunga..
Senang bila masak tinggal petik, hehehe
Alhamdulillah.. Maq pun suka membaca. Tengok lambakan buku dlm troli tu rasa geram jek :)
Rajinnya mengulat buku.
Tentu banyak ilmu yang dapat ditimba
waahhhh byk nya menjala buku!!! nk pinjam sebuah boleh? ;-)
Santai yang terisi dan mewah dengan aktiviti..rutin dan pilihan..melapangkan hati dan fikirankan Kak..alhamdulillah.
Tak ada ke mana pun semalam.. Lepak baca buku dan tengok drama china je.. hehehe
bestnya... simple sarapan akak, pastu belek tanaman tu yg best tuh...
Hujung minggu mengadap assignment
banyak buku..terapi minda jg ni..ooo..ada buku 3rd alternative by Stephen R Covey..yg 8th Habit x habis baca lagi..huhu..
Wahh, bestnya tengok pokok-pokok herba tu.
wah ulat buku rupanya
Promosi Pakej Umrah
dah abis study ni, baru rasa beza weekdays & weekend 😂😂😂 sblm2 ni, busy memanjang
bestnya tengok pokok bunga akak, cantik tersusun je semua.
sukanya tngok buku bnyk2 .. rajin akak mmbaca.
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!