Tuesday, May 17, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hujung minggu seperti biasa ada sahaja plan bersama keluarga seperti berjalan-jalan, riadah, makan di luar atau membersihkan halaman rumah. Ketika kebanyakkan orang masih beraya, saya dan keluarga tidak bercadang ke mana-mana hujung minggu lepas memandangkan pokok-pokok hiasan di laman rumah perlu diberi perhatian. Malu bila tetamu datang, rupa halaman rumah seperti mini hutan! hehehe

Pokok Cik Bedah Cameron Highlands tak mahu berbunga

Thursday, May 12, 2022

,
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 1443 / 2022 MENGEJUT | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Post kali ini saya ingin berkongsi sambutan Hari Raya Aidilfitri terkejut tahun ini.. Ramai up di social media sebagai "Hurry Raya 2022".. Apa pun istilahnya alhamdulillah kita semua telah berjaya menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan dan kini tiba masanya untuk meraikan kemenangan itu..

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua!!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selepas pengumuman tarikh Hari Raya Aidilfitri 2022, tiba-tiba tergamam tak tahu nak buat mana satu.. Raya esok wey!!! Ingat nak beli baju raya esok.. Padan muka, ingat..ingat so makan pengat! Langsir dan rumah di Seremban masih belum kemas.. Kena fikir pula apa yang nak dibawa ke kampung nanti.. Relax.. relax.. bertenang, tarik nafas dalam-dalam, hembus perlahan-lahan... hurmmmm 

Lepas berbincang dengan husband, kami kemas pakaian semua dan ambil keputusan balik kampung pagi raya pertama.

Perjalan pulang ke kampung

Pagi raya pertama selepas solat sunat Hari Raya, siap berpakaian raya kami memulakan perjalanan ke Muar. Perjalanan lebih kurang 2 jam dari Seremban ke Muar pagi itu lancar, walaupun kereta banyak tapi masih bergerak dengan had laju maksimum di lebuh raya. 

Pekan Bakri, Muar

Sangat teruja bila selamat sampai di kampung tanpa menempuh jam yang membosankan, syukur alhamdulillah.. Masuk rumah terus meluru ke dapur.. Seperti biasa my mom lah orang paling sibuk menyediakan hidangan di hari raya di dapur. Ramalan my mom tahun ini tepat sekali. My mom dah ready menganyam sarung ketupat sejak semalam. Lepas berbuka hari terakhir Ramadhan, my mom terus rebus ketupat manakala menjelang malam raya ketupat sudah sedia diangkat dari periuk. Jadi my mom tiada istilah raya mengejut tahun ini.  

Ketupat belum dipotong
 
Sambil bersembang, tangan bekerja mengisi biskut raya ke dalam bekas untuk dihidangkan kepada tetamu. Sementara itu, ketupat dan sambal kacang sedia dihidang.. Itu antara menu wajib di atas meja setiap pagi raya di samping kuah lodeh, lemang, rendang daging, ayam masak merah dan daging masak hitam.  

Kuah kacang

Tiada yang fancy tahun ini.. Kami sekeluarga masih menyambut Hari Raya secara sederhana.. Tahun lepas PKP so tak dapat merentas negeri untuk balik kampung berkumpul bersama keluarga. Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun lepas selang sebulan setelah ayah saya meninggal dunia. Tahun ni merupakan tahun ke-2 menyambut Hari Raya tanpa ayahanda tercinta.. Kami sekeluarga masih lagi terasa kehilangannya.. Hebat betul penangan sedih beraya tanpa ayah.. 

Related post : Kisah tak terungkap

Al-fatihah ayahanda tercinta

Hari Raya ke-2 selepas menunaikan solat Asar, saya bertolak pulang ke Seremban.. Rindu pada anak bulus yang ditinggalkan.. Apa khabar mereka..

Perjalanan pulang ke Seremban

Perjalanan pulang kali ini menempuh sedikit jam hingga susur keluar ke Seremban.. Saya sekeluarga sampai di rumah pada jam 8.00 malam.. Setibanya di rumah, terkejut yang amat bila nampak anak bulus berkeliaran di laman rumah dan bertempiaran lari bila terdengar saya memanggil nama mereka. Haishh satu kerja lagi iaitu mengejar anak bulus melarikan diri ke rumah jiran. Dipendekkan cerita, mereka berjaya ditangkap dan kembali ke pangkuan saya..

Jam di sepanjang lebuh raya 
 
Begitulah serba ringkas cerita sambutan Hari Raya Aidilfitri saya tahun ini.. Selamat Hari Raya Aidilfitri sekali lagi diucapkan kepada semua rakan bloggers. Maaf Zahir & Batin andai ada salah dan silap.

Bagaimana pula sambutan Hari Raya Aidilfitri mengejut anda tahun ini? Apa kata kongsi cerita atau tinggalkan link blog anda di ruangan komen.

Thank you for reading. Have a great day!


Regards,

Wednesday, May 11, 2022

,

Assalamualaikum, Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan.. Hi everyone! It's been a VERY long time..  

So much has been happening since I last wrote. Cerita tentang rawat luka akibat digigit kucing sampai sembuh luka gigitan kucing tapi masih takde cerita terkini dalam blog ini.. Mesti ada yang tertanya-tanya mana pergi tuan tanah, lama tak share story di blog. Maafkan tuan tanah sebab lately busy yang amat sangat. Tapi yang pasti masih belum pencen dari dunia blog ni, hehehe..


Blogging

Actually, I have been extremely busy and stressed with assignments and final exam for Semester January 2022. Alhamdulillah semua sudah berlalu, sekarang tunggu result so wish me luck okay  :) 

Study

Jadi sementara belum bermula Semester May 2022, saya ambil kesempatan untuk blogging, melepaskan rindu and to keep in touch dengan rakan-rakan blogger. Sebenarnya banyak cerita yang ingin dikongsi.. terutama sekali cerita terkini tentang sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 dengan harapan masih ada yang sudi menjenguk blog ini.. 

Buat masa ini saya berhenti setakat di sini dahulu.. It's great to be getting back into the swing of things and looking forward to writing to you all again very soon! 

Sesiapa yang membaca post ini sila tinggalkan komen anda di bawah supaya saya boleh memulakan penjejakan semula ke blog anda..

Thank you in advance & have an awesome week!



Regards,

Friday, March 04, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Lama saya tak berkongsi cerita dalam blog ini.. Hari ini ada cerita baru ingin dikongsi kerana ianya pengalaman baru pada diri saya sejak membela kucing.. 

Al-kisah tentang Coco Chanel (panggilan Coco) si kucing baka Siam mendatang yang saya bela sejak 5 bulan lalu tiba-tiba buas. Ianya sesuatu yang mengejutkan saya.. Untuk pengetahuan, minggu lepas saya hantar ke klinik memandangkan dia on heat.. Suara dia bergema satu taman.. Lepas spay maka bermulalah perangai dia yang semakin mengganas.. Sebelum ni dia memang suka bergurau kasar dengan cara menggigit jari saya.

Siamese cat


Dipendekkan cerita selepas keluar dari wad, saya terpaksa asingkan dia dari kawan-kawan lain atas arahan doktor sementara luka jahitan kering. Jadi malam kelmarin, saya cuba bermanja dengannya memandangkan kasihan dia mengiow meminta perhatian. 

Sedang saya mengusap kepala dan bermanja dengannya tiba-tiba dia meronta. Dia ingin melepaskan diri dari tangan saya, tak semena-mena tangan saya digigit sekuat hati. Cengkaman giginya tak mahu lepas hingga saya terpaksa mengibas tangan dengan kuat hingga dia terpelanting. Darah memancut tak henti-henti keluar dari luka di tangan saya.. Saya panik! 

RAWATAN AWAL

Saya tadah tangan di bawah air yang mengalir hingga kulit kecut. Kemudian saya tekap dengan tuala bersih. Saya segera basuh luka dengan sabun antiseptik. Bila darah mula berhenti mengalir, saya sapu dengan betadine antiseptic. Kemudian saya tampal dengan plaster luka untuk mengelakkan darah dari terus keluar.

Memandangkan gigitan tersebut berlaku pada pukul 11.00 malam, maka saya mengambil keputusan untuk ke klinik pada keesokan harinya. Keesokan harinya apabila bangun dari tidur saya dapati tangan saya bengkak.. Plaster luka juga basah dipenuhi darah..


Hari pertama selepas digigit kucing

SUNTIKAN VAKSIN TETANUS

Selepas waktu kerja, saya ke klinik untuk mendapatkan rawatan.. Melalui pembacaan, selepas digigit kucing, rawatan ke klinik perlu dibuat dalam tempoh 24 hingga 48 jam.. Doktor memberitahu bahawa luka bekas gigitan tersebut sudah dijangkiti kuman dan mula merebak.. Saya mulai risau, bimbang luka saya semakin teruk.. Doktor menyarankan supaya saya diberikan suntikan vaksin tetanus untuk mengelakkan kancing gigi. Selain itu saya diberi ubat untuk membantu pemulihan luka yang dialami.

Ubat merawat bengkak akibat gigitan kucing

Hari ini genap hari kedua, walaupun bengkak masih belum surut dan masih merah tapi saya lega setelah mendapatkan rawatan di klinik.. Saya hanya perlu memantau luka tersebut dan makan ubat mengikut nasihat doktor.


Hari kedua luka gigitan kucing

Pengalaman ini betul-betul buat saya trauma untuk memegang Coco dalam masa terdekat.. Saya masih terasa bisa gigitannya.. Ianya sesuatu yang mengerikan..


Inilah Coco 

Betullah kata orang, kucing ni makhluk yang sangat memahami perasaan kita.. Sejak kejadian itu, Coco langsung tak berani tegur saya. Dia tak berani bertentang mata dengan saya. Dia hanya memandang saya melalui ekor matanya (seperti dalam gambar).. Mungkin masing-masing trauma..

Kasihan pun ada tapi tunggulah Mummy reda dari trauma baru boleh bermanja dengan Coco semula okay..  



Regards,

Follow Us @ladyinredplanner