Friday, September 28, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Lama tak kongsi tentang kes jenayah.. Kes jenayah terakhir saya kongsi pada 20 Julai 2018 lalu iaitu Jangan Terperangkap Menjadi Keldai Dadah.. Hari ini saya kongsi satu lagi kes jenayah yang telah berlaku di negara kita suatu masa lalu sekitar tahun 2011.. Kes tentang ayah tiri yang didapati bersalah membunuh anaknya. Sejak kebelakangan ini banyak kes viral tentang penderaan kanak-kanak hingga menjadi kes bunuh.

Kes Jenayah : Dera dan Bunuh Anak
Kes ini di petik dari penghakiman di Mahkamah Rayuan Putrajaya mengenai rayuan Perayu (pesalah) terhadap sabitan dan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Melaka atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BUTIR-BUTIR PERTUDUHAN


Pada 10.10.2011 dari jam 10.30 pagi hingga jam lebih kurang 2.15 petang di Kebun Kelapa Sawit telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki saya namakan di sini sebagai MF berusia 6 tahun 5 bulan. Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.


KES PENDAKWAAN
Seramai 16 orang saksi memberi keterangan. Fakta kes secara ringkas seperti berikut:

Pada 17.9.2010 ibu kepada si mati telah berkahwin kali kedua dengan Perayu selepas kematian bapa si mati. Hasil perkahwinan terdahulu ibu si mati mempunyai 6 orang anak. 4 dari 6 orang anak termasuk si mati tinggal bersamanya dengan Perayu. Perayu adalah bapa tiri kepada si mati. Perayu bekerja memproses kayu getah untuk menyara keluarga.

Perayu mempunyai seorang pekerja bernama Din yang merupakan satu-satunya saksi mata dalam kejadian pembunuhan ini.  Menurut Din pada pagi hari kejadian dalam perjalanan ke tempat kerja si mati mahu membuang air kecil atau air besar. Si mati telah ditampar pipi dengan kuat oleh Perayu. Din juga ada melihat Perayu memukul si mati bertalu-talu dengan menggunakan beberapa dahan kayu dan rotan hingga patah serta turut menendang si mati hingga jatuh tersungkur. Sampai di satu tempat Perayu telah marah lalu menendang rusuk si mati menggunakan kasut keselamatan (safety boot). 

Din ada cuba menahan Perayu tetapi gagal apabila turut dimarahi oleh Perayu supaya tidak masuk campur dalam urusan keluarganya. Perayu turut beberapa kali mengingatkan Din bahawa dia hanya pekerja bawahan sahaja.

Selanjutnya, Din menyatakan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang, mereka tercium bau najis. Pada masa itu si mati dilihat telah membuang air besar dalam kereta Perayu. Si mati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan Din melihat darah mengalir keluar dari dalam telinga si mati. Din ada cuba memberi pertolongan cemas (CPR) kepada si mati. Perayu telah menyiram air di muka si mati dan cuba memberi minum namun tiada tindak balas daripada si mati.

Melihat keadaan si mati yang agak serius Perayu telah membawa si mati ke hospital. Setibanya di hospital Perayu telah membawa si mati ke Unit Kecemasan. Sebelum itu Perayu telah mengarahkan Din membersihkan kereta dan membuang segala rotan dan dahan-dahan patah yang digunakan untuk memukul si mati. Din mengikut arahan Perayu dan telah membuang semua dahan-dahan kayu yang ada dalam bonet kereta ke dalam tong sampah di luar hospital tersebut.

Sementara di hospital dokor mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda si mati masih bernyawa. Doktor mengesahkan si mati telah meninggal dunia. Terdapat kesan-kesan lebam yang teruk di kebanyakkan badan si mati terutama di bahagian belakang, tangan, kaki dan tengkuk serta terdapat kesan luka melecet di bahagian kepala si mati. Kesan-kesan kecederaan tersebut ada sebahagiannya kesan lama dan baru. Doktor seterusnya telah menghubungi polis untuk menjalankan siasatan terhadap kematian si mati.

Bedah siasat telah dijalankan keesokan harinya. Hasil bedah siasat menemui lebih dari 72 kesan kecederaan pada jasad si mati terutama pada bahagian otot-otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan kuat menggunakan objek tumpul. Doktor merumuskan kematian si mati adalah kerana “severe muscle contusion and lung contusion due to blunt trauma."

PENDAPAT HAKIM
Hakim bicara selepas menimbangkan keterangan saksi-saksi pihak pembelaan mendapati pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan. Pembelaan perayu penuh dengan percanggahan. Hakim bicara memutuskan bahawa kelakuan Perayu terlalu melampau dan di luar batasan yang wajar dilakukan oleh ibubapa atau penjaga untuk mengawal seseorang anak atau jagaan di bawahnya .

KEPUTUSAN
Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan penghakiman hakim bicara. Rayuan Parayu ditolak. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Melaka adalah disahkan.

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan dengan membuktikan bahawa Perayu mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan tubuh badan si mati.

Begitulah kes yang boleh dijadikan tauladan.. Sebagai ibu bila saya baca kes-kes begini secara tak langsung tersentuh hati mengenangkan nasib kanak-kanak mangsa penderaan yang tidak mendapat pembelaan. Lebih teruk lagi hingga menyebabkan kematian. Serious sedih!

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


Thursday, September 27, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Hari ini dengan rasa berbesar hati saya ingin menyertai giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger lebih mesra dikenali sebagai Mrs. Pip.. Nama Mrs. Pip tak asing bagi saya.. Lama juga saya mengikuti cerita Mrs. Pip di blog beliau dan beliau juga rajin berkunjungbalas ke blog saya.. Itu yang membuatkan kami saling mengenali..

Jom kita semak apakah syarat-syarat penyertaan Beauty Giveaway by Mrs Pip ini? 

Beauty Giveaway by Mrs Pip

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN BEAUTY GIVEAWAY BY MRS PIP

1. Post banner di atas dalam entry korang dan backlink kan ke entry mrs pip [DI SINI]
2. Tulis tajuk entry korang Beauty Giveaway By Mrs Pip
3. Follow blog mrs pip [DI SINI]
4. Follow IG mrs pip >>> mrspip18 <<<
5. Follow facebook page mrs pip >>> mrspip18 <<<
6. Follow Twitter (jika ada) >>> mrspip18 <<<
7. Kena karang sedikit ayat untuk mrs pip ... cer bagitau mrs pip
    >>> apa yang korang suka mengenai blog mrs pip?
    atau
    >>> ada apa-apa soalan yang korang nak tahu mengenai mrs pip tak?



Syarat nombor 1 hingga 6 telah saya ikuti. Berikut saya menjawab syarat nombor 7. 
Saya pilih : ada apa-apa soalan yang korang nak tahu mengenai mrs pip tak?

Soalan saya kepada mrs. pip : Bagaimana Mrs Pip membahagikan masa antara blogging dan keluarga? Tambahan pula Mrs Pip mempunyai baby.. 

Tarikh tamat penyertaan : 6 Oktober 2018.
Kepada pembaca yang menyertai giveaway ini saya ucapkan GOOD LUCK! 
Semoga ada rezeki anda.. Kepada mereka yang belum sertai, anda masih ada peluang untuk berbuat demikian.




Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..


Regards,


Sunday, September 23, 2018

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Jumaat lepas during lunch hour kami #ganglunch sepakat ke Nando's di Palm Mall, Seremban.. Lama rasanya tak makan Nando's, last visit somewhere June.. Jumaat laaa masa panjang untuk chit chat bersama colleagues sambil makan-makan.. Harus penuhi masa itu at the fullest..

Sebelum ni saya pernah kongsi cerita tentang Nando's tapi kali ini saya nak selit keisitimewaan Nando's mobile app kepada peminat tegar Nando's sebab saya baru saja menjadi ahli pada kunjungan tempoh hari.. Kepada pembaca yang dah guna app ini sebelum saya, nampaknya anda memang advance, thumbs up!

Nando's Malaysia
Nando's Malaysia
Menu Nando's biasalah masih kekal menu dengan harga yang sama cuma kali ini saya order set lunch untuk masa terhad iaitu dari 11 pagi hingga 3 petang setiap hari bernilai RM15.94 sahaja..

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Set ini agak murah kerana saya dapat 1/4 chicken di samping Mediterranean Rice (my favorite) dan 1 soft drink.. Order set ni tak payah fikir side dishes yang lain, all in one..

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Saya sudah selesai buat keputusan, #genglunch lain masih bertukar-tukar pendapat dan mencari-cari menu yang sesuai dengan tahap kelaparan masing-masing.. Apa pun biar gambar berbicara, hehehehe

Berbincang menu Nando's
Sementara menunggu pesanan, kami sembang topic semasa tapi bukan membawang okay.. Kami bukan spesis itu, hehehehe..

Nando's Peri-Peri
Nando's Peri-Peri
Sos Peri-Peri sudah sedia.. Apa yang pasti mesti ada Extra Hot dan Garlic sebab ada penggemar sos ini..

Nando's Peri-Ometer
Nando's Peri-ometer
Makanan sudah tiba, masa untuk bergambar sebelum baca doa makan.. Itulah 'penyakit' manusia sekarang.. Kalau tanya saya, ianya hobby sekadar suka-suka untuk kenangan dan merakam moments yang kita lalui setiap hari.. Habit ini ada pros and cons masing-masing terpulang kepada individu yang menilai asal tidak melampaui batas.

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Ini tentu menu lunch saya sebab nampak wajah saya dalam sudu berkilat itu, hehehe.. 
Nampak menarik set ini kannn.. 

Nando's chicken
Nando's chicken
Wow ayam nampak juicy.. Besar pula portion saya kali ini.. Alhamdulillah rezeki.. Aduhai menduga betul, terus lapar bila buat post ini. Sos Peri-Peri pilihan sudah tentu Extra Hot Peri-Peri.. 

Nando's Extra Hot Peri-Peri
Nando's Extra Hot Peri-Peri
Nando's Ice Lemon Tea
Nando's ice lemon tea
So thirsty jom pekena ice lemon tea..

Ini pula menu lunch kakak-kakak di sebelah.. Apa yang pasti set ini lebih mahal dari set saya iaitu RM19.72 setiap satu.. Minuman caj berasingan tak termasuk dalam set.

Chicken and Peri-Peri
1/4 chicken, Peri wedges & coleslaw

Nampak sedap coleslaw ini, melting okay tak boleh tengok lama-lama..

Nando's Coleslaw
Nando's coleslaw
Set ini kepunyaan Mrs. A.. Saya suka veggie dalam bekas comel tu.. Grill veggie camtu memang sedap dimakan, tak rasa berminyak.. Rasa hangus-hangus gitu, hehehe

Nando's Mediterranean Rice
1/4 chicken, Mediterranean rice and Grill Veggie
Hari itu bukan sahaja kami menikmati lunch di Nando's tapi saya berkesempatan download Nando's mobile app semata-mata ingin turut serta dalam loyalty program.. Ku ketepikan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi demi ayam free, hehehe.. Iskh bukan begitu, penyertaan saya bergantung juga sebab bila kita join sebagai member jika proses pendaftaran tak memerlukan nombor kad pengenalan, it's okay. Untuk keahlian Nando's sekadar register guna nombor telefon.. Nombor telefon biasa digunakan untuk tujuan promosi asalkan tahap promosi atau penggunaan maklumat kita terkawal..

Okay, jom saya tunjuk apa benefit kita dapat bila guna Nando's mobile app ini..


GET REWARDED WITH Nando's MOBILE APP 

Once register anda akan dapat nombor keahlian yang akan digunakan dalam setiap transaksi bayaran untuk collect chilies. Setiap RM30.00 akan dapat 1 chilli..
Nando's mobile app
Nando's Loyalty
Saya berjaya kumpul 2 chillies.

Nando's mobile app
Nando's My Chillies
Cukup 3 chillies dapat 1/4 chicken untuk next visit..

Nando's mobile app
Get Rewarded at Nando's
Kita boleh juga semak bila tarikh makan di Nando's di bahagian "History manakala update tentang promosi di bahagian "News".

Nando's mobile app
Nando's notification
Banyak 'ilmu' tentang Nando's boleh diperolehi dalam mobile app ini sehinggalah ke senarai lokasi restoren Nando's.. Peminat tegar Nando's seperti saya memang akan rasakan app ini sangat berguna untuk peluang makan sampai puas di Nando's.. Huhuhuhu sounds like buruk lantak..tapi tak seperti itu okay masih control ayu..


Sebelum mengakhiri post ini, saya amat berbesar hati andai ada antara pembaca sudi berkongsi pengalaman apa sahaja mengenai Nando's.. Maka setakat ini sahaja perkongsian saya.. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,


Saturday, September 22, 2018

,
 Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini..
Hari ini cuti hujung minggu, tiada perancang ke mana-mana jadi saya mengambil kesempatan ini untuk join Giveaway Let's Be Beautiful By Ana Suhana.. Bab-bab kecantikan memang saya suka.. Jadi saya juga tak mahu ketinggalan menyertai giveaway menarik ini.

Oh ya, untuk pengetahuan pembaca giveaway ini merupakan giveaway kedua yang dianjurkan oleh blogger Ana Suhana.. Mari kita pakat ramai-ramai beri sokongan kepada beliau.. Jom kita semak dulu apakah syarat-syarat penyertaan giveaway ini:

Ana Suhana
Giveaway : Let's Be Beautiful By Ana Suhana
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN :

1. Follow blog www.anasuhana.com
2. Follow IG Ana Suhana di SINI.
3. Buat entri bertajuk Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink DI SINI.
4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen DI SINI.


Syarat-syarat penyertaan giveaway ini sangat mudah.. Sesiapa yang berminat boleh sertai dan bagi meriah lagi, hehehe. Hadiah menarik berupa barangan kecantikan akan diberi kepada 3 pemenang bertuah.. Semak hadiah [DI SINI]..

Jangan lupa giveaway ini berlangsung selama sebulan, masih ada banyak masa lagi untuk dipertimbangkan.. Good luck kepada bloggers yang telah turut serta.. Semoga ada rezeki anda nanti..




Setakat ini sahaja, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee


Regards,

Follow Us @ladyinredplanner