Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini cuti hujung minggu, saya bercadang untuk merehatkan diri di rumah setelah 'bersilat' sepanjang minggu lepas.. Minggu ujian memang sesuatu yang sibuk.. Sibuk menunggu anak mengulangkaji pelajaran last minute... Stress mak tau!

Kertas ujian terakhir pada Khamis lepas so Jumaat adalah masa untuk para mommy treat themselves.. Hari untuk belanja diri sendiri so lunch hour kita ke Nandos!

Nando's Restaurant
Nandos' Peri-Peri Chicken
Kebetulan ada RM20 voucher perlu ditebus sebelum 30 April 2018 nanti, so mak-mak tak melepaskan peluang.. Sebulat suara #ganglunch sokong untuk ke Nandos di Palm Mall Seremban..

Bagaimana nak dapatkan voucher ini? Okay, kawan-kawan pi makan di Nando's time bayar nanti cashier tu akan beri voucher ini.. So next visit bolehlah guna untuk dapatkan diskaun.. Masa inilah boleh berjimat.

Related post : Berjimat di Pizza Hut

Nandos 
Nandos
Nandos RM20 voucher
RM20 voucher diberi sempena Nando's 20th anniversary.. Setiap resit lebih dari RM80.00 boleh buat penebusan voucher ini.. Jimat dan berbaloi-baloi kalau sesiapa pergi beramai-ramai..



Selain itu di Nando's ada set lunch bernilai RM15.36 untuk seketul ayam, semangkuk kecil  Mediterranean Rice or 1 side dishes disertakan sekali minuman. Cukuplah tu untuk seorang makan.. Minuman untuk set ini boleh refill tau, itu yang best!

Lunch Menu Nando's
 
Nandos Lunch Menu
Lunch Menu
So pilihlah mana-mana 1 side dish kegemaran.. Kalau rasa tak cukup dengan set Lunch Menu boleh tambah side dishes lain tapi harga tertakluk kepada menu asal. Contoh jagung bawah ini tambahan kepada lunch menu. Seketul jagung bakar berharga RM5.15.

Nando's Restaurant
Lunch menu + jagung bakar
My colleague pilih jagung bakar, saya pilih soup of the day.. Tak reti makan jagung bakar nanti gigi hitam dan lipstick comot, hehehehe itulah alasannya..

Nandos
Soup of the day
Sesiapa suka minuman panas, boleh order set tea lemon panas.. Siapa suka minuman sejuk pilihlah mana-mana minuman kegemaran seperti dalam menu..

Nandos
Hot lemon tea set
Semalam saya makan bersama 3 orang #ganglunch setiap orang order Lunch Menu dan masing-masing tambahan 1 side dish.. Total bil RM80.28 kemudian tolak RM20 voucher, hanya perlu bayar RM60.28 sahaja. Jimat sungguh untuk 4 orang makan  berbanding harga sebelum ini kadangkala mencecah hingga RM150.00..

Siapa dari kalangan pembaca suka Nando's? Sempena cuti sekolah ini bolehlah belanja anak-anak makan di Nando's.. Kalau suka dan teringin repeat makan di Nando's bolehlah pergi dalam tempoh penjimatan ini.. Kalau tidak harga biasa memang tak berbaloi..


Okay, sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeeee...

Regards,
I am LZ