Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera semua.. Jumaat lepas during lunch hour kami #ganglunch sepakat ke Nando's di Palm Mall, Seremban.. Lama rasanya tak makan Nando's, last visit somewhere June.. Jumaat laaa masa panjang untuk chit chat bersama colleagues sambil makan-makan.. Harus penuhi masa itu at the fullest..

Sebelum ni saya pernah kongsi cerita tentang Nando's tapi kali ini saya nak selit keisitimewaan Nando's mobile app kepada peminat tegar Nando's sebab saya baru saja menjadi ahli pada kunjungan tempoh hari.. Kepada pembaca yang dah guna app ini sebelum saya, nampaknya anda memang advance, thumbs up!

Nando's Malaysia
Nando's Malaysia
Menu Nando's biasalah masih kekal menu dengan harga yang sama cuma kali ini saya order set lunch untuk masa terhad iaitu dari 11 pagi hingga 3 petang setiap hari bernilai RM15.94 sahaja..

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Set ini agak murah kerana saya dapat 1/4 chicken di samping Mediterranean Rice (my favorite) dan 1 soft drink.. Order set ni tak payah fikir side dishes yang lain, all in one..

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Saya sudah selesai buat keputusan, #genglunch lain masih bertukar-tukar pendapat dan mencari-cari menu yang sesuai dengan tahap kelaparan masing-masing.. Apa pun biar gambar berbicara, hehehehe

Berbincang menu Nando's
Sementara menunggu pesanan, kami sembang topic semasa tapi bukan membawang okay.. Kami bukan spesis itu, hehehehe..

Nando's Peri-Peri
Nando's Peri-Peri
Sos Peri-Peri sudah sedia.. Apa yang pasti mesti ada Extra Hot dan Garlic sebab ada penggemar sos ini..

Nando's Peri-Ometer
Nando's Peri-ometer
Makanan sudah tiba, masa untuk bergambar sebelum baca doa makan.. Itulah 'penyakit' manusia sekarang.. Kalau tanya saya, ianya hobby sekadar suka-suka untuk kenangan dan merakam moments yang kita lalui setiap hari.. Habit ini ada pros and cons masing-masing terpulang kepada individu yang menilai asal tidak melampaui batas.

Nando's Menu Lunch
Nando's lunch set
Ini tentu menu lunch saya sebab nampak wajah saya dalam sudu berkilat itu, hehehe.. 
Nampak menarik set ini kannn.. 

Nando's chicken
Nando's chicken
Wow ayam nampak juicy.. Besar pula portion saya kali ini.. Alhamdulillah rezeki.. Aduhai menduga betul, terus lapar bila buat post ini. Sos Peri-Peri pilihan sudah tentu Extra Hot Peri-Peri.. 

Nando's Extra Hot Peri-Peri
Nando's Extra Hot Peri-Peri
Nando's Ice Lemon Tea
Nando's ice lemon tea
So thirsty jom pekena ice lemon tea..

Ini pula menu lunch kakak-kakak di sebelah.. Apa yang pasti set ini lebih mahal dari set saya iaitu RM19.72 setiap satu.. Minuman caj berasingan tak termasuk dalam set.

Chicken and Peri-Peri
1/4 chicken, Peri wedges & coleslaw

Nampak sedap coleslaw ini, melting okay tak boleh tengok lama-lama..

Nando's Coleslaw
Nando's coleslaw
Set ini kepunyaan Mrs. A.. Saya suka veggie dalam bekas comel tu.. Grill veggie camtu memang sedap dimakan, tak rasa berminyak.. Rasa hangus-hangus gitu, hehehe

Nando's Mediterranean Rice
1/4 chicken, Mediterranean rice and Grill Veggie
Hari itu bukan sahaja kami menikmati lunch di Nando's tapi saya berkesempatan download Nando's mobile app semata-mata ingin turut serta dalam loyalty program.. Ku ketepikan prinsip Akta Perlindungan Data Peribadi demi ayam free, hehehe.. Iskh bukan begitu, penyertaan saya bergantung juga sebab bila kita join sebagai member jika proses pendaftaran tak memerlukan nombor kad pengenalan, it's okay. Untuk keahlian Nando's sekadar register guna nombor telefon.. Nombor telefon biasa digunakan untuk tujuan promosi asalkan tahap promosi atau penggunaan maklumat kita terkawal..

Okay, jom saya tunjuk apa benefit kita dapat bila guna Nando's mobile app ini..


GET REWARDED WITH Nando's MOBILE APP 

Once register anda akan dapat nombor keahlian yang akan digunakan dalam setiap transaksi bayaran untuk collect chilies. Setiap RM30.00 akan dapat 1 chilli..
Nando's mobile app
Nando's Loyalty
Saya berjaya kumpul 2 chillies.

Nando's mobile app
Nando's My Chillies
Cukup 3 chillies dapat 1/4 chicken untuk next visit..

Nando's mobile app
Get Rewarded at Nando's
Kita boleh juga semak bila tarikh makan di Nando's di bahagian "History manakala update tentang promosi di bahagian "News".

Nando's mobile app
Nando's notification
Banyak 'ilmu' tentang Nando's boleh diperolehi dalam mobile app ini sehinggalah ke senarai lokasi restoren Nando's.. Peminat tegar Nando's seperti saya memang akan rasakan app ini sangat berguna untuk peluang makan sampai puas di Nando's.. Huhuhuhu sounds like buruk lantak..tapi tak seperti itu okay masih control ayu..


Sebelum mengakhiri post ini, saya amat berbesar hati andai ada antara pembaca sudi berkongsi pengalaman apa sahaja mengenai Nando's.. Maka setakat ini sahaja perkongsian saya.. 




Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,