Friday, September 28, 2018

Kes Jenayah : Dera dan Bunuh Anak

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers..
Lama tak kongsi tentang kes jenayah.. Kes jenayah terakhir saya kongsi pada 20 Julai 2018 lalu iaitu Jangan Terperangkap Menjadi Keldai Dadah.. Hari ini saya kongsi satu lagi kes jenayah yang telah berlaku di negara kita suatu masa lalu sekitar tahun 2011.. Kes tentang ayah tiri yang didapati bersalah membunuh anaknya. Sejak kebelakangan ini banyak kes viral tentang penderaan kanak-kanak hingga menjadi kes bunuh.

Kes Jenayah : Dera dan Bunuh Anak
Kes ini di petik dari penghakiman di Mahkamah Rayuan Putrajaya mengenai rayuan Perayu (pesalah) terhadap sabitan dan hukuman gantung sampai mati yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Melaka atas kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BUTIR-BUTIR PERTUDUHAN


Pada 10.10.2011 dari jam 10.30 pagi hingga jam lebih kurang 2.15 petang di Kebun Kelapa Sawit telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki saya namakan di sini sebagai MF berusia 6 tahun 5 bulan. Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen yang sama.


KES PENDAKWAAN
Seramai 16 orang saksi memberi keterangan. Fakta kes secara ringkas seperti berikut:

Pada 17.9.2010 ibu kepada si mati telah berkahwin kali kedua dengan Perayu selepas kematian bapa si mati. Hasil perkahwinan terdahulu ibu si mati mempunyai 6 orang anak. 4 dari 6 orang anak termasuk si mati tinggal bersamanya dengan Perayu. Perayu adalah bapa tiri kepada si mati. Perayu bekerja memproses kayu getah untuk menyara keluarga.

Perayu mempunyai seorang pekerja bernama Din yang merupakan satu-satunya saksi mata dalam kejadian pembunuhan ini.  Menurut Din pada pagi hari kejadian dalam perjalanan ke tempat kerja si mati mahu membuang air kecil atau air besar. Si mati telah ditampar pipi dengan kuat oleh Perayu. Din juga ada melihat Perayu memukul si mati bertalu-talu dengan menggunakan beberapa dahan kayu dan rotan hingga patah serta turut menendang si mati hingga jatuh tersungkur. Sampai di satu tempat Perayu telah marah lalu menendang rusuk si mati menggunakan kasut keselamatan (safety boot)

Din ada cuba menahan Perayu tetapi gagal apabila turut dimarahi oleh Perayu supaya tidak masuk campur dalam urusan keluarganya. Perayu turut beberapa kali mengingatkan Din bahawa dia hanya pekerja bawahan sahaja.

Selanjutnya, Din menyatakan sewaktu mereka dalam perjalanan pulang, mereka tercium bau najis. Pada masa itu si mati dilihat telah membuang air besar dalam kereta Perayu. Si mati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan Din melihat darah mengalir keluar dari dalam telinga si mati. Din ada cuba memberi pertolongan cemas (CPR) kepada si mati. Perayu telah menyiram air di muka si mati dan cuba memberi minum namun tiada tindak balas daripada si mati.

Melihat keadaan si mati yang agak serius Perayu telah membawa si mati ke hospital. Setibanya di hospital Perayu telah membawa si mati ke Unit Kecemasan. Sebelum itu Perayu telah mengarahkan Din membersihkan kereta dan membuang segala rotan dan dahan-dahan patah yang digunakan untuk memukul si mati. Din mengikut arahan Perayu dan telah membuang semua dahan-dahan kayu yang ada dalam bonet kereta ke dalam tong sampah di luar hospital tersebut.

Sementara di hospital dokor mengesahkan bahawa tidak ada tanda-tanda si mati masih bernyawa. Doktor mengesahkan si mati telah meninggal dunia. Terdapat kesan-kesan lebam yang teruk di kebanyakkan badan si mati terutama di bahagian belakang, tangan, kaki dan tengkuk serta terdapat kesan luka melecet di bahagian kepala si mati. Kesan-kesan kecederaan tersebut ada sebahagiannya kesan lama dan baru. Doktor seterusnya telah menghubungi polis untuk menjalankan siasatan terhadap kematian si mati.

Bedah siasat telah dijalankan keesokan harinya. Hasil bedah siasat menemui lebih dari 72 kesan kecederaan pada jasad si mati terutama pada bahagian otot-otot, paru-paru, kepala dan perut berpunca daripada hentakan kuat menggunakan objek tumpul. Doktor merumuskan kematian si mati adalah kerana “severe muscle contusion and lung contusion due to blunt trauma."

PENDAPAT HAKIM
Hakim bicara selepas menimbangkan keterangan saksi-saksi pihak pembelaan mendapati pembelaan Perayu telah gagal untuk menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes prima facie pihak pendakwaan. Pembelaan perayu penuh dengan percanggahan. Hakim bicara memutuskan bahawa kelakuan Perayu terlalu melampau dan di luar batasan yang wajar dilakukan oleh ibubapa atau penjaga untuk mengawal seseorang anak atau jagaan di bawahnya .

KEPUTUSAN
Setelah meneliti keseluruhan keterangan dan penghakiman hakim bicara. Rayuan Parayu ditolak. Sabitan dan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Melaka adalah disahkan.

Pihak pendakwaan berjaya membuktikan semua intipati pertuduhan dengan membuktikan bahawa Perayu mempunyai niat untuk mendatangkan kecederaan tubuh badan si mati.

Begitulah kes yang boleh dijadikan tauladan.. Sebagai ibu bila saya baca kes-kes begini secara tak langsung tersentuh hati mengenangkan nasib kanak-kanak mangsa penderaan yang tidak mendapat pembelaan. Lebih teruk lagi hingga menyebabkan kematian. Serious sedih!

Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee


Regards,


21 COMENTÁRIOS:

sedih dengar berita mcm ni. ramai yg nak zuriat tapi tidak dikurniakan. tapi yg dah ada begini pula jadinya..

Bab-bab macam ni PC jadi emosi kak...entah..rasa macam-macam.Geram sungguh.Ibu bapa boleh marah anak...boleh pukul anak..TAPI ADA SYARATNYA....JANGAN SAMPAI MENCEDERAKAN.Sebab Rasulullah SAW pun dah ajar cara didik anak..kalau cederakan tak boleh..apatah lagi ni sampai mati.Allahu.
Kalau nak mendidik sebab nakal sekali pun...adatlah budak.

salam singgah. kes melibatkan kanak-kanak ni memang menyayatkan hati. sampaikan kita keluar air mata tanpa sedar

Allahu sedih baca kalau cerita berkaitan penderaan anak2 nih..takde hati perutnya manusia

sebak saya baca walaupun saya xda zuriat lagi.. =(

Ya Allah..sedihnyaa..
akak yang anak ramai ni..mmg stress tapi tak pernah pukul anak mcm tu tapi lebih banyak guna psikologi..

Bila nafsu menguasai akal fikiran... Balasan yang setimpal didunia...

Betul Raydah manusia sekarang mudah hilang pertimbangan..

Itu situasi biasa kita tahu ejulz.. Ujian dunia..

Tepat sekali PC tapi malangnya mereka lupa dan terlalu ikutkan perasaan..

Betul Umi Nazrah, saya pun rasa emosi begitu 😔

Seriously dear anies, mohon dijauhkan dari perkara begitu berlaku..

Geram sangat kannn aryan azra, pelaku pun dalam proses menunggu hukuman mati. Setimpal dengan perbuatannya..

Naluri wanita memang begitu tim87, mudah tersentuh..

Allahuakhbar kak, kita rasa susah membesarkan anak tapi tak mungkin sekejam itu..

Betul Tn. NA, itulah balasan dunia yang setimpal perbuatannya..

Allah.. sedihnya.. tak daya rasanya bila baca kes kes macam nie..

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Back to Top