Thursday, April 11, 2019

,
RESEPI RENDANG PUCUK UBI & SEPINGGAN REZEKI | Alhamdulillah itu perkataan pertama yang harusku ungkapkan dengan nikmat dan kurniaanNya.. Semalam, rasa dukacita apabila terima perkhabaran kurang gembira disebabkan kepercayaan yang diberi kepada pihak ketiga dibuat sambil-lewa.. Jadi saya mengambil initiatif sendiri menyelesaikan masalah itu walaupun bukan tanggungjawab saya. Urusan dibuat di Putrajaya.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan, saya mendapat perkhabaran gembira dan 'nampak' ada perkembangan positif..

Selesai urusan baru rasa lapar.. Dalam perjalanan pulang singgah di Restoran La Rizz, Bangi untuk mengisi perut, kebetulan sudah tiba lunch hour.. Restoran ini terkenal dengan masakan Melayu.. Nah, sepinggan penuh saya isi dengan makanan Melayu yang sudah lama tidak ku jamah...

Restoren La Rizz Masakan Melayu
Pinggan saya diisi dengan telur masin, sup kentang, terung masak sambal, sotong bakar, siput sedut masak lemak and the best part lauk yang sudah lama saya cari iaitu rendang pucuk ubi

Terung masak sambal
Telur masin dan sambal tomato goreng
Sotong bakar cicah cili kicap dan air asam
Siput sedut masak lemak
Sambung sikit tentang rendang pucuk ubi yang selama ini saya cari hingga setiap kali ke restoren masakan Melayu saya meninjau-ninjau rendang pucuk ubi kayu tapi hampa.. Setelah sekian lama, kali ini baru saya jumpa.
  
Resepi Rendang Pucuk Ubi
Masih lagi saya ingat pertama kali saya makan rendang pucuk ubi.. Al-maklum rendang pucuk ubi ini popular di Negeri Sembilan. Masa mula-mula saya pindah ke Negeri Sembilan, rasa pelik juga dengan masakan ini tapi lama-kelamaan saya suka dengan rendang pucuk ubi ini.. Siapa tak pernah rasa rendang pucuk ubi ini seperti serunding. Ada rasa pedas dan rangup sebab pucuk ubi dimasak hingga garing.. Memang superb!


Balik office terus google resepi.. Saya terasa nak cuba masak sendiri rendang pucuk ubi ini.. Saya nak cuba resepi dari Azie Kitchen seperti berikut :

RESEPI RENDANG PUCUK UBI
Sumber : Azie Kitchen

Bahan-Bahan :
250 gram pucuk ubi
1/2 kg santan segar
4 ulas bawang merah - dihiris
1 - 2 batang serai - ketuk
1/2 mangkuk ikan bilis
Garam 
Sedikit gula

Bahan-bahan kisar :
15 tangkai cili api
1 inci kunyit hidup 

CARA-CARA :
Asingkan daun pucuk ubi dari tangkainya. Basuh, rendam dengan sedikit garam dan toskan.
Masukkan santan, serai, garam, ikan bilis, bawang hiris dan bahan kisar ke dalam kuali. 
Masak dengan api sederhana dan sentiasa kacau. 
Setelah kuah agak kering dan pecah minyak, baru masukkan pucuk ubi.
Perlahankan api dan sentiasa kacau sehingga pucuk ubi kering dan garing.
Masukkan sedikit gula, sesuai dengan rasa dan boleh tutup api.
Sedia untuk dinikmati..

Sesiapa yang ingin tahu bagaimana rendang pucuk ubi yang terlajak sedap ini dihasilkan, boleh ke blog kak Azie Kitchen.. Ada kaedah bergambar ditunjukkan dalam blog beliau..



Overall, bila baca resepi macam senang tapi tengoklah nanti jadi atau tidak, hehehehe 
Siapa yang pernah rasa rendang puncuk ubi ni? Tak silap saya rendang pucuk ubi ini terkenal di Negeri Sembilan... Tapi tak pasti pula kalau ada di negeri lain.. Jadi pembaca sekalian andai ada info boleh kongsi pendapat masing-masing di ruangan komen.. 

Oh ya, lupa nak beritahu.. Tak cukup makan di restoran saya sempat beli 2 bungkus untuk dibawa pulang..  

Rendang pucuk ubi
Thank you in advance kepada pembaca yang sering berkunjung di blog ini, dengan ikhlas berkongsi pendapat. Saya sangat hargai.. In shaa Allah, saya akan kunjung balas bagi mengeratkan ukhuwah antara kita..

Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini.. Perkongsian tentang rezeki dan nikmat di sebalik setiap ujian yang diberi.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,


Thursday, April 04, 2019

,
KOLEKSI FESYEN KASUT PILIHAN SAYA | Umum sedia maklum wanita dan fesyen memang tak dapat dipisahkan.. Paling kurang berfesyen pun, sudah pasti apabila mengenakan aksesori mesti akan sama dengan warna baju atau tudung atau sebaliknya. Begitu juga dengan pemilihan kasut. Selain suka handbags saya ni pun memang pantang nampak kasut. Andai berkenan di hati sudah pasti saya akan beli masa tu jugak. Kalau tidak bila tidur mesti tangan letak dahi sambil terbayang kasut melambai-lambai dengan perasaan terkilan, perangai sangat kan!.. 


Tapi tahukah anda bahawa terdapat lebih dari 10 jenis fesyen kasut wanita? 
Lelaki jangan geleng kepala okay, ini fitrah wanita harap dapat memahami, hehehe..  Entry kali ini saya ingin berkongsi minat saya tentang kasut dan koleksi fesyen kasut pilihan saya yang sering saya pakai..

Fesyen Kasut Wanita
Type of shoes

KITTEN HEEL SHOES

Semasa belajar di kolej saya selalu pakai stilettos berukuran 3 inch tetapi sekarang umur pun dah meningkat jadi saya hanya menggayakan kitten heel ke pejabat dan majlis rasmi kerana lebih selesa berbanding high heel. Selain itu nampak lebih feminin gitu boleh disuaipadan dengan pants atau skirt panjang.. Untuk pengetahuan, kitten heel shoes kategori stiletto heel, bukan jenis pump kerana ada sedikit heel lebih kurang 1 hingga 1.5 inci.. Berikut my kitten heel shoes jenama Vincci..

My kitten heel shoes
BALLERINA FLAT SHOES

Apabila tiada urusan rasmi, saya hanya akan sarung kasut jenis ballerina di pejabat. Warna kasut mesti hitam supaya nampak formal. Bila sarung ballerina flat mudah ke sana ke mari, kaki tak cepat penat dan jalan lebih laju disebabkan kasut jenis ballerina adalah flat, hehehe. Berikut kasut ballerina flat saya jenama Salvatore Ferragamo, sangat lembut dan selesa.

Salvatore Ferragamo ballerina flats shoes
My ballerina flat shoe
BALLET FLAT SHOES

Ini pula koleksi kasut ballet flat shoes saya jenama Foot In, beli di Paradigm Mall tapi malangnya kedai kasut tersebut sudah pun tutup. Kasut jenis ballet flat saya ini sangat selesa dan lembut kerana material yang digunakan dari suede.

My ballet flat shoes
 
JELLY SHOES

Berikut adalah jenis jelly shoes.. Bila pakai jelly shoes rasa seperti tak pakai kasut. Sangat selesa dan ringan.. Tapi awas kasut jenis ini bahaya ketika kita guna escalator kerana tapak jelly shoes akan grip dan mudah melekat di permukaan escalator.

My jelly shoes with flowers
 Ini pula kasut jelly shoes  kesayangan saya yang super duper selesa, jenama Jelly Bunny..

Jelly Bunny pump shoes
Jelly Bunny purple shoes
My Jelly Bunny shoes

HIGH HEELS

Kategori koleksi kasut saya seterusnya jenis high heel. Jika saya memakai high heel paling kurang pun 3 inci sahaja, lebih dari itu saya tak boleh melangkah.. 

Women's Shoes Fashion
Ballerina flats, Mary Janes and Scarpin shoes

 Ini koleksi high heels yang sering saya guna jenis Court atau Scarpin heels.. Kasut jenis ini juga dikenali sebagai pointed toe stiletto.. Bila pakai kasut tinggi begini rasa confident bila melangkah tapi tak boleh pakai lama bila usia dah senja macam-macam sakit bila pakai kasut tinggi 3 inci.. Saya pernah cerita di blog lama tentang kasut ni.

Related post : Cerita Tentang Kasut 
 
Nine II Five high heel from Zalora
Velvet high heel from Zalora

  Kasut ini pula jenis stiletto medium heels, tinggi kurang dari 3 inci dan ada sedikit platform.. Kasut ini juga sebahagian dari kasut kesayangan saya jenama Cynthia Rowley.

Medium heel shoes by Cynthia Rowley
My medium heel shoes by Cynthia Rowley
Berikut pula kasut jenis stiletto medium heel juga jenama Mark & Spencer.. Kasut ini seperti pump juga. Pump shoes termasuk dalam kategori Court shoe. Untuk pengetahuan, kasut Cynthia Rowley tadi dan kasut ini saya pakai apabila ke Mahkamah atau mesyuarat di luar pejabat.

Stiletto Medium Heel Court Shoes by Mark & Spencer Collection
Stiletto Medium Heel Court Shoes
Untuk keselesaan di pejabat saya akan sarung salah satu dari 2 jenis kasut ini, kedua-duanya medium heel shoes.. Selesa, tak sakit atau penat dan boleh pakai sepanjang berada di pejabat.. 


Overall sekiranya saya perlu berjalan jauh seperti ke shopping mall, pilihan saya sudah pasti kasut jenis loafer, ballerina flats atau Mary Janes. Selain waktu pejabat saya akan sarung warna kasut selain dari hitam supaya nampak casual.. Itulah fesyen dan koleksi fesyen kasut pilihan saya..

Bagaimana pula dengan anda? Apakah pilihan kasut yang sering anda pakai? Mana satu pilihan kasut kegemaran? Apa kata share dalam komen di bawah..



Setakat ini sahaja perkongsian saya tentang koleksi fesyen kasut pilihan saya.
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,
I am LZ

Wednesday, April 03, 2019

,
GIVEAWAY BERSAMA SPONSOR BY MRS PIP | Nama Mrs. Pip memang  tak asing lagi bagi saya dan sudah tentu kepada rakan bloggers yang lain juga. Mrs. Pip atau Emphi Yap merupakan blogger dari Sabah dengan murah hati menganjurkan Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip.. Saya dengan ini berbesar hati menyertai giveaway Mrs. Pip ini untuk memberi sokongan di samping mencuba nasib manalah tahu ada rezeki dalam giveaway ini..

 Giveaway Bersama Mrs Pip

Syarat-syarat giveaway ini sangat mudah :

1. Wajib follow blog Mrs Pip -> www.mrspip.com
2. Wajib follow Instagram Mrs Pip @mrspip18
3. Wajib follow Instagram sponsor @qissborneo
4. Follow Facebook sponsor -> qissborneo
5. Buat entry blog dengan tajuk "Giveaway bersama Sponsor by Mrs Pip", masukkan banner di atas dalam entry blog dan backlink ke entry Mrs Pip. Letak link di ruangan komen entry [DI SINI].
6. Dalam blog you all masukkan follow Instagram sponsor dan letak caption "saya follow" sepert berikut :

saya follow

HADIAH

  • Sehelai jubah daripada sponsor (pilihan design dan warna diberikan secara random, tapi mengikut pilihan pemenang) x 1 pemenang

* Pemenang hadiah utama akan berurusan terus dengan sponsor untuk pemilihan saiz & pengeposan hadiah.

  • Sebuah novel melayu + Zalora clutch bag x 1 pemenang

Sekiranya penyertaan melebih 50 peserta, tambahan hadiah akan dibuat oleh Mrs. Pip.
Untuk pengetahuan peserta, pemenang akan dipilih menggunakan random.org atau sewaktu dengannya.. Giveaway ini juga akan berlangsung di Instagram Mrs. Pip.. so sila sentiasa rujuk ke Instagram untuk update terkini..


TEMPOH GIVEAWAY

Bermula 15.03.2019 hingga 05.04.2019.
Kepada pembaca yang ingin turut sama masih ada masa untuk berbuat demikian.. 
Jom kita meriahkan lagi giveaway ini..


Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Bye..


Regards,



Tuesday, April 02, 2019

,
NYANYIAN LAGU BISMILLAH IKHWAN FATANNA SEPERTI SUARA PENYANYI PEREMPUAN | Tahu tak ada lagu ni saya ingat penyanyi dia perempuan tapi rupa-rupanya lelaki - adoi tepuk dahi!.. Al-kisah petang semalam ketika memandu pulang dari pejabat, lagu Bismillah ini berkumandang di radio.. Waktu itu, saya berhenti di traffic light merah jadi sempatlah menghayati bait-bait lagu Bismillah ni..

Always start with Bismillah
Bila lirik lagu best saya akan search di Google untuk dapatkan nama lagu kemudian terus ke YouTube untuk menonton klip video.. Masa dengar lagu ni di radio suara macam perempuan tapi tak sangka penyayi lagu Bismillah ni bernama Ikhwan Fatanna, seorang lelaki.. Bila search kat Google memang bukan saja saya sangka suara perempuan tapi netizen pun kata perkara yang sama. Mana tidak, nama penyanyi pun terlalu asing pada saya. 

Oleh kerana lagu best, tak kira penyanyi lelaki atau perempuan, so layan...


Lirik Lagu Bismillah – Ikhwan Fatanna

Ada yang sedang berjalan
Ada yang sedang berlayar
Ada yang juga di angkasa

Ada yang baru belajar
Ada tengah temuduga
Ada yang bosan dengan kerja

Tak kisah kita di mana
Kita mula dengan nama kebesaranNya

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bismillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah Bismillah
Sebutkanlah Bismillah

Sebutkanlah Bismillah

Bila kita menyebut namaNya
Nawaitu Jahat pun jadikan kita
serba salah

Bila kita menyebut namaNya
Semoga yang dilaksana semuanya terjaga

Tak Kisah kita di mana
Kita mula dengan nama kebesaranNya

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah

Bismillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah Bismillah
Sebutkanlah Bismillah

Tidakkah kita percaya
Dengan hikmah yang ada padaNya
Sempurnakanlah segala hela nafas yang ku hembuskan
Setiap amalku
Hanyalah untukMu

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bismillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah Bismillah
Sebutkanlah Bismillah

Bismillah
Walau sekecil mana kita langkah
Bismillah
Walau dunia sering bermasalah
Bismillah
Usaha dan doa usahlah lupa

Sebutkanlah Bismillah
Sebutkanlah Bismillah

Bismillah
Sebutkanlah Bismillah


----------------- **** ----------------



Bukan sahaja Muslim suka lagu ini tapi non-muslim juga minat apabila rata-rata memberi komen positif di YouTube, thumbs up! Siapa tahu lagu ni? Or orang lain dah tahu lama tapi saya saja ketinggalan zaman, hehehehe..

Okay, itu sahaja.. Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Follow Us @ladyinredplanner