Wednesday, April 19, 2023

,
BEGITU KETENTUAN ILLAHI | Selalu kita dengar peribahasa "malang tak berbau" atau erti kata lain kecelakaan yang tidak dapat diketahui sebelumnya. Al-kisah minggu lepas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, saya nyaris terlibat dalam kemalangan.

Kemalangan selalu berpunca dari sikap pemandu yang tidak bertanggungjawab hingga mengundang musibah kepada orang lain.

Nyaris kemalangan

Kisah berlaku semasa melalui roundabout berhampiran taman perumahan saya, tiba-tiba ada sebuah lori overtook kereta saya dari arah kiri untuk ke simpang kanan sedangkan saya di laluan kanan dan sudah terlebih dahulu memberi isyarat untuk ke laluan kiri. Saya kira jarak depan kereta saya dengan body lori tersebut anggaran kurang dari setengah meter, nyaris berlanggar! Syukur alhamdulillah saya sempat brek mengejut. Berderau darah ketika itu.

Malang tak berbau

Parked saja kereta terus check manalah tahu ada kerosakan di mana-mana bahagian kereta saya. Takde rosak atau calar.. Syukur tak terkira selepas terlepas dari malapetaka yang tak diingini.. Inilah yang dikatakan akibat kecuaian orang lain, kita terlibat sama. Ini merupakan pengalaman pertama saya dalam seumur hidup, mencemaskan terus lekat dalam otak peristiwa ini. 

Kun Fayakun - "Jadilah, maka jadilah ia.." Begitulah ketentuan Illahi, jika Dia menghendaki sesuatu maka terjadilah ia dan begitulah sebaliknya.

Regards,


Saturday, April 01, 2023

,
HATI BAIK SENTIASA CANTIK | Salam Ramadan dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Hari ini 1 April 2023, cepat sungguh masa berlalu.. Ramadan pula sudah masuk hari ke-10. Bila cuti hujung minggu baru begini, baru dapat merehatkan minda dan bebas membuat aktiviti di luar rutin harian. Waktu hujung minggu dalam bulan Ramadan ini saya peruntukkan untuk membaca buku ilmiah selain mengulangkaji pelajaran. Alhamdulillah assignment untuk tahun akhir pengajian saya telah dihantar pada 30 Mac 2023 lalu.

Hari ini memory di Facebook saya memaparkan post ini:

Beautiful heart

Quote of the day:

Search for a beautiful heart, not necessarily a beautiful face. 
Beautiful people are not always good, but good people are always beautiful. 

Caption saya pula begini:

Direct translation 😊 : 

"Cari hati yang baik, tidak semestinya wajah yang cantik. Orang yang cantik tidak sentiasa baik. Orang yang baik akan sentiasa cantik.." Lebih kurang camtulah maksudnya 💕

Setuju atau tidak sahabat? 


Regards,


Thursday, March 23, 2023

,
MARHABAN YA RAMADAN 1444H - SELAMAT BERPUASA 2023 | Hari ini, 23 Mac 2023 tarikh bermula kita berpuasa.. Syukur kepada Illahi kerana tahun ini kita masih dipertemukan lagi dengan bulan penuh rahmat, berkat dan keampunan. Ramadan Mubarak, bulan yang diberkati.

Ramadan Mubarak 1444H

Jika di Johor, hari ini merupakan cuti umum sempena menyambut kedatangan bulan Ramadan. Memandangkan saya bukan di Johor, jadi hari ini saya ambil cuti untuk merasai Ramadan vibes hari pertama.. Sebelum ini tak pernah saya ambil cuti di awal bulan Ramadan, ini kali pertama.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca, rakan bloggers.. Semoga bulan Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun sebelum.. Diampuni segala dosa, diterima amal ibadah kita, aminn yra..


Setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Monday, March 20, 2023

,
RAGAM PERMULAAN PERSEKOLAHAN SESI 2023 / 2024 | Bila tiba pembukaan sesi persekolahan tentu ianya suatu debaran kepada ibubapa terutama yang mempunyai anak tahun 1 atau tingkatan 1. Tentu ada sahaja ragam anak-anak yang akan menjadi kenangan ibubapa.. Al-maklum hari ini hari pertama sekolah dibuka untuk sesi 2023 / 2024.

Sesi Akademik 2023/2024

Kenangan sewaktu Arief darjah 1 memang tak dapat saya lupa. Anak saya sejenis independent, saya hanya hantar dia di depan pagar sekolah. Takde sesi tunggu anak dalam bilik darjah atau sesi airmata.. Semua berjalan lancar, cuma bila saya ambil dia selepas habis waktu sekolah, dia mengadu beg hilang! Aduhai masalah besar ni.. Kesian dia, berpeluh-peluh cari beg sekeliling kantin dengan cuaca panas dan masih belum familiar dengan persekitaran sekolah baru.

"Macam mana beg boleh hilang?" soal saya.. "Arief letak beg kat kerusi masa beli makanan tadi. Bila sampai meja, beg hilang.."

Masa tu tak tahu nak kata apa.. Marah tak guna sebab perkara dah berlaku.. Cuma kesian risau dia trauma sebab segala buku latihan dan buku teks dalam tu hilang sedangkan baru hari pertama sekolah. Saya berserah saja, kalau ada rezeki jumpalah nanti. Alhamdulillah keesokan hari, beg dapat dijumpai di belakang tandas kantin. Ada pelajar sorok.. Lega, selesai masalah, memang menduga betul masa tu.. Itulah kenangan yang sudah 9 tahun berlalu.. 

Tahun ni anak saya Arief, Tingkatan 3.. Semua dia urus sendiri, role saya hanya memastikan segala kelengkapannya seperti buku dan pakaian sekolah semua sedia selebihnya dia pandai buat sendiri (seperti balut buku, kemas beg, cuci pakaian, seterika pakaian etc.) so takde la saya stress sangat. Tahun ni dia sesi pagi.. Seawal 7.00 pagi perlu siap sedia.. Sekolah pula tak jauh dari rumah, so dia jalan kaki pergi dan balik sekolah.. 

Syukur persiapan pagi ini berjalan lancar, tiba-tiba saya sedar kunci rumah tertinggal di kerusi, haish! Satu hal pula lunch hour perlu bergegas pulang ke rumah semata-mata untuk serah kunci rumah. Mujur jarak rumah dari pejabat saya hanya 15 minit sahaja.. Alahai anak, mungkin ada gundah-gulana dalam hatinya (yang mana saya tak tahu..) Mungkin masih kekok memulakan sesi pagi..

Bagaimana pula dengan mommy dan daddy yang lain?.. Share sikit cerita tentang persediaan anak-anak anda, tentu ada kenangan tersendiri.. 


Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. 
Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. 
Thank you for reading & have a great day everyone!

Regards,




Follow Us @ladyinredplanner