MENGAPA SEKARANG PILIH THAI AIRWAYS? | Jika anda bercadang untuk pergi bercuti dan masih memikirkan ke mana dan bagaimana untuk memulakannya? Saya ada jalan penyelesaiannya yang mungkin boleh membantu anda. Kini, aktiviti melancong tidak lagi menjadi satu perkara yang sukar. Inilah masa yang ada untuk anda berseronok, berehat dan bercuti! Setelah puas bekerja keras di pejabat, sesekali anda juga berhak meluangkan sedikit masa untuk diri sendiri dengan pergi bercuti. 

Bak kata orang, kita kenalah sayang diri sendiri dulu sebelum sayang orang lain, itu lebih penting! Tapi jangan pula pentingkan diri sendiri, lain maksudnya hehehe.. Okay straight to the point.. Sebut saja melancong, terdapat pelbagai kaedah pengangkutan awam untuk bawa anda ke destinasi yang dituju, tapi anda tahu mana yang lebih mudah? Kalau tanya saya tentulah saya pilih melancong dengan kapal terbang! Anda ingin tahu kapal terbang yang terbaik untuk bawa anda ke serata dunia? Kini saya lebih yakin membuat pilihan dengan Thai Airways.. Mengapa Thai Airways? Nak tahu jom saya perkenalkan Thai Airways!

Thai Airways
Pertama sekali, bagaimana cara anda mendapatkan tiket? Mungkin ini kali pertama anda pergi bercuti dan anda tidak begitu pasti bagaimana untuk mendapatkan tiket sendiri. Jangan risau, saya akan bantu anda. Terdapat dua kaedah pembelian tiket. Andai kata anda mencari flights to Seoul, anda boleh ke kaunter tiket di lapangan terbang untuk terus membeli tiket penerbangan anda di kaunter atau anda boleh beli secara dalam talian or online. Semudah itu.. 

Thai Airways

Seterusnya, kaedah kedua lebih mudah dan kerap menjadi pilihan kaki travel kerana anda tidak perlu keluar daripada rumah untuk mendapatkannya. Anda juga tidak terikat dengan waktu office hours untuk dapatkan tiket anda kerana kaunter online ini buka 24 jam. Tambahan pula, kadang-kadang, harga yang ditawarkan secara online lebih murah daripada pembelian di kaunter itu sendiri.. Selain mudah kaedah ini menjadi sangat popular masa kini.. Selalu kita dengar teknologi dihujung jari so tempahan boleh dibuat melalui laman web Thai Airways.. Pilih antara dua cara yang saya nyatakan ini, mana satu pilih hati..

Sekarang jawapan kepada soalan tajuk blog post ini.. Mungkin ada yang tertanya-tanya, kenapa sekarang mesti pilih Thai Airways? Apa yang menarik tentang Thai Airways? Jawapan mudah hanya dengan tiga perkataan: Royal Orchid Plus. Apa itu Royal Orchid Plus? Ia satu program frequent flyer Thai Airways. Jika anda jadikan Thai Airways pilihan anda, anda boleh menikmati pelbagai keistimewaan yang disediakan oleh Royal Orchid Plus.

Royal Orchid Plus

Antara faedah yang boleh anda perolehi termasuk menikmati airport lounge mereka, mendapat diskaun atau harga menarik dalam setiap pembelian tiket, mendapat pakej percutian yang meliputi hotel penginapan, lawatan dan sebagainya, serta tambahan elaun bagasi. Terdapat banyak lagi faedah yang ditawarkan yang anda boleh kaji dengan lebih terperinci di laman web rasmi mereka.

Oleh itu, jangan ketinggalan untuk membuat tempahan melalui Thai Airways booking dengan segera jika anda ingin menikmati segala kelebihan yang ditawarkan. From now on, jadikan Thai Airways pilihan pertama anda.

Menarik bukan, jadi apa tunggu lagi.. Pilih masa yang sesuai untuk nikmati sendiri pengalaman terbang bersama Thai Airways.. 
Sekian, sahaja perkongsian saya mengenai perkhidmatan penerbangan bersama Thai Airways. Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Byeee..


Regards,