Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Siapa kerja hari ini? Tentu tak sabar balik awal memandangkan esok cuti Tahun Baru Cina. Saya sudah pasti tak lepaskan peluang ambil cuti tersepit.. Al-maklum anak cuti sekolah, jadi mama dia pun ikut sekali cuti.
So apa perancangan cuti Tahun Baru Cina nanti? Kalau tanya saya sudah pasti tak ke mana-mana melainkan jalan dekat-dekat area rumah sahaja.. Saya dan husband tak suka meredah jem dan crowd bila cuti panjang..
|
Signboard |
Tambahan pula kami sudah menghabiskan cuti hujung minggu di Cameron Highlands bulan lalu.. Jadi di kesempatan ini saya nak cerita tentang pengalaman saya buat pertama kali menginap di Avillion Cameron Highlands pada 19 hingga 20 Januari 2019 lalu .. Kalau tak silap saya last pergi Cameron Highlands tahun 2016, itu pun balik hari pergi pagi balik petang.. Cerita ada di blog lama
DI SINI..
|
Sg. Koyan Cameron Highlands |
Ketika itu Cameron Highlands perang bendera.. Al-maklum tengah berkempen
Pilihan Raya Kecil (PRK) P078 Cameron Highlands. Keputusan pun dah diumumkan pada 26 Januari 2019 lalu. Mujur jalan tak jem semasa kami mendaki Cameron Highlands.
|
Cameron Highlands |
Avillion Cameron Highlands ni terletak di Tanah Rata.. Seperti biasa saya akan buat perbandingan harga hotel terlebih dahului di
trivago.com dan tempah melalui
agoda.com..
Setibanya kami di Avillion Cameron Highlands tak ramai pengunjung.. Proses
check-in pun mudah dan sistematik..
|
Avillion Cameron Highlands, Pahang |
Selesai urusan check in lebih kurang pukul 4.00 petang.. Sejurus itu kami masuk ke bilik hotel.. Cuaca petang sudah mulai sejuk.. Saya booked 2 Bedroom Premium Suite. Bilik hotel sangat luas, mempunyai 2 bilik dengan 1 katil queen dan 2 single beds.
Jom saya bawa pembaca tour setiap kawasan bilik hotel ini..
|
Avillion Cameron Highlands - Living room |
|
Avillion Cameron Highlands - Living Room |
|
Avillion Cameron Highlands - Living room |
|
Avillion Cameron Highlands - Living room |
|
Avillion Cameron Highlands - pantry |
|
Avillion Cameron Highlands - Master bedroom |
|
Ironing facilities |
|
Master bedroom's toilet |
|
Ironing facilities |
|
Avillion Cameron Highlands |
Pemadangan dari bilik utama ke luar tingkap di bilik tingkat 5.
|
Bilik kedua - 2 single beds |
|
Closet |
Setakat itu sahaja room tour..
Sebelah malam cuaca sejuk, perut pun cepat lapar.. Kami keluar cari tempat makan sekitar hotel..
|
Shot lots |
Andai pembaca menginap di hotel ini jangan bimbang cari tempat makan sebab terdapat banyak gerai, restaurant dan food truck di sekitar hotel. Bank juga dekat dengan hotel.. Tak perlu susah drive keluar.. Lebih best lagi
Restoren Taman Apple Cameron Steamboat & Grill hanya walking distance.. Lepaklah sepuas hati bersteamboat dan minum hot coffee..
|
Shop lots Tanah Rata, Cameron Highlands |
Perjalanan pulang singgah pasar beli jagung rebus dan strawberry coklat. Merayau sekitar pekan Tanah Rata, macam-macam ada..
|
Kedai cenderamata di Tanah Rata, Cameron Highlands |
|
Strawberry coklat di Tanah Rata, Cameron Highlands |
Murah yang amat sangat strawberry di kawasan ini dengan saiz strawberry yang besar dan manis memang berbaloi-baloi.. Saya borong 6 bekas untuk dibawa pulang, makan di bilik hotel.
|
Teh BOH Cameron Highlands |
Keesokan harinya kami breakfast di cafe bersebelahan lobi hotel seawal 7.30 pagi.
|
Avillion Cameron Highlands cafe |
|
Avillion Cameron Highlands cafe |
Ruang breakfast terhad jadi setiap pengunjung perlu tunggu sebelum hotel staffs guide ke meja mengikut availability. Hal ini sahaja yang agak leceh. So jangan turun lewat untuk breakfast.
|
Ruang makan |
Breakfast juga not bad, mostly asian cuisine.
|
Breakfast di Avillion Cameron Highlands |
Bila sudah kenyang naik semula ke bilik, kemas dan tunggu masa check out. Around 11.30 pagi kami check out sebab masih banyak lagi tempat belum kami kunjungi.. Kami menuruni jalan ke Simpang Pulai. Saya bercadang untuk singgah semua tempat jualan di sisi jalan, beli sayur dan pokok bunga.
Tapi bila kita rancang belum tentu jadi kenyataan.. Malangnya jem sepanjang jalan turun ke Simpang Pulai, maka berhuhuhuhu saja dalam kereta.. Slow moving dan jem lebih kurang 2 jam lebih I tell you.. Panas pungkoq, hehehehe
|
Tanah Rata ke Sg. Palas, Cameron Highlands |
Sehingga sampai satu tempat akhirnya kami berjaya berhenti dan turun membeli-belah.. Alhamdulillah dapat beli jagung rebus, strawberry coklat, sayur, buah-buahan dan bermacam-macam lagi sebagai buah tangan adalah satu kepuasan.. Maka rasa berbaloi redah jem!
Okay, begitulah cerita yang ingin saya sampaikan.. Sekarang giliran pembaca pula kongsi pengalaman pergi bercuti.. Pembaca yang tak pergi bercuti pun boleh juga tinggalkan komen dan pendapat masing-masing..
Thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byee..
Regards,
18 Comments
nampak selesa.. terbaek :)
ReplyDeleteSangat selesa Ejulz, rasa tak puas stay sana..
DeleteYaallah.. Rindunya nak g cameron highland. Saya rindu nak makan strawberi campur coklat. Hotel yang sis pergi ni cantik. :)
ReplyDeleteBila ada masa sesuai nanti Carly boleh repeat pi Cameron.. Makan strawberry coklat sampai puas.. Sis pun rasa nak repeat dalam masa terdekat.. Memang betul Carly hotel ni best dan selesa.. Overall puas hati walaupun sekadar weekend getaway..
Deletelamanya xg cameron..:)
ReplyDeleteNampaknya Cik Nor kena repeat pi Cameron Highlands, hehehe..
Deletemasya Allah..murahnya strawberry kat atas ya..bila la saya ada rezeki nak ke sini
ReplyDeleteItulah kelebihan Cameron Highlands Sunah Sakura dapat makan strawberry fresh dari ladang pada harga murah dan cuaca sejuk..
DeleteIn shaa Allah ada rezeki nanti Sunah Sakura dapat juga menjejakkan kaki ke Cameron Highlands..
Sedapnya dapat Strawberry. Lama Dina tak makan
ReplyDeleteKalau strawberry fresh dan manis memang sedap Irdina.. :)
Deletenampak sangat selesa... hotel sebegini kalau berbelanja lebih pun tak apa... berbaloi2 bg sy
ReplyDeleteDear anies, LZ setuju.. LZ pentingkan keselesaan dan berbaloi dengan bayaran..
Deletepaling suka pi atas sana beli jagong. crunchy hehe..
ReplyDeleteBetul Siti, rindu Cameron.. Bila agaknya dapat repeat lagi..
DeleteNampak selesa je hotelnya tu.. lamanya tak pergi sana. Bila agaknya nak pergi sana pula ye
ReplyDeleteMemang selesa Ciktie, tambahan pula hotel masih baru.
DeleteSedapnya strawberry dan coklat.. Sha pun dah lama tak naik CH ini.. Avillion tu nampak menarik.. Kalau dua bilik macam nie memang selesa sangatlah..
ReplyDeleteLama tak makan strawberry coklat Sha sejak kali terakhir ke CH.. Terasa nak repeat lagi dalam tahun ni, in shaa Allah.
DeleteLeave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!