Perkongsian WhatsApp Group Pelajar Tahun 5 Edisi Geleng Kepala

Al-kisah, anak saya tiada gadget atau phone sendiri.. Frankly speaking, saya memang tak beri anak saya phone memandangkan belum ada keperluan mendesak.. Jadi bulan lalu, dia request untuk guna phone saya bagi membolehkannya sertai WhatsApp rakan sedarjah. Saya kata okay, memandangkan setiap perbualan di bawah pemantauan saya..

Mana conversation penting melibatkan aktiviti sekolah, saya akan beri dia baca dan dalam sehari dia akan berbalas-balas mesej dengan rakan sekelas untuk tempoh-tempoh tertentu.. Biarlah apa orang kata yang penting saya selesa dengan cara ini..


WhatsApp Group
Nak dijadikan cerita, minggu lalu saya baca perkongsian salah seorang rakannya di WhatsApp group tersebut.. Berikut perkongsian mereka, anda boleh baca dan nilai sendiri..

"ALAHAI BOY...

Di sebuah kelab malam, Boy duduk seorang diri. Ramai gadis cantik di situ. Boy try tackle, tapi langsung tak dilayan.


Boy nampak seorang lelaki masuk ke kelab itu. Selepas lelaki itu duduk, ramai awek cantik seksi datang ke meja lelaki itu.


“Ceh, nak kata hensem, aku lagi hensem. Apasal semua awek pergi kat dia?” keluh Boy hairan.


Masa Boy pergi ke toilet, dia terserempak dengan lelaki tu. Sempatlah mereka berkenalan. Nama lelaki tu Zack.


“Bro, macam mana kau boleh duduk kat meja lepas tu ramai awek cun datang macam tu je kerumun kat lu? Share tips dengan gua sikit,” kata si Boy.


“Senang je. Esok lu masuk kelab ni, masa nak duduk tu lu campak kunci kereta lu atas meja. Gerenti awek cun datang dekat dengan lu,” jawab Zack.


“Tapi bro, gua takde kunci kereta. Kunci motor adalah!” balas Boy.


"Ko belilah kunci kereta. Bukan aku suruh beli kereta. Tengok macam aku ni, kunci kereta Ferrari ni je modal aku,” balas Zack sambil menunjukkan kunci kereta Ferrari di tangannya.


Ooo.. kunci kereta je taktiknya. Oklah. Esoknya Boy terus beli segugus kunci kereta, jenama Jaguar lagi. Perghh! Ni gerenti ramai awek cun dekat nanti. Senyum kambing Boy bila terbayang dirinya dikelilingi gadis-gadis cantik.


Malam tu, dengan bersemangat Boy pun datang ke kelab semalam.  Dengan confident giler, Boy duduk sambil mencampakkan kunci Jaguarnya ke atas meja di depannya.


Aikk.. takde respons pun? Boy tengok, gadis-gadis cantik seksi yang jalan di depannya hanya memandangnya sinis, lepas tu ketawa geli hati. Ada yang ketawa terbahak-bahak pulak tu.


Hishh… Kenapa pulak ni? Takkan tak menjadi taktik yang diajar Zack semalam?


“Aku guna kunci Jaguar kot, sorang awek pun tak sangkut. Penipu punya Zack!” bebel Boy.


Tiba-tiba seorang awek cun yang seksi dengan senyuman menggoda berjalan ke arah Boy. Haa… dah mengena dah umpan aku ni, bisik Boy. Perghh! Awek ni memang meletop.


Dengan lirikan manja, awek tu pun berkata : “Hai cik abang… kalau nak campak kunci kereta tu pun, pastikan buka helmet tu dulu ye!”


Sekian..


Yer memang lawak dan kelakar bagi kita orang dewasa tapi apa pula penerimaan kanak-kanak seusia 11 tahun? Di sebalik lawak ada unsur-unsur kurang baik di situ. Bagi saya perkataan bold di atas tak sepatutnya  didedahkan kepada anak-anak seawal 11 tahun. Itu pendapat saya.. or mungkin saya terlalu typical atau kolot dalam mendidik anak?

For me, biarlah mereka faham dan tahu bila sudah sampai masa.. Senang kata - spender pun masih mak bapak beli ada hati bercerita tentang gadis-gadis seksi di kelab malam?.. Seperti saya kata tadi,  mungkin saya ni mama yang kolot atau tak sporting.. hurrrmmmm entahlah..

Bagaimana pula pembaca yang bergelar ibu? Apa pula pendapat anda?
Pembaca yang masih belum bergelar ibu juga bebas untuk memberikan pandangan anda..



Regards,


Loading...

10 Comments:

PC yang belum berezeki bergelar ibu tak rasa lucu pun kak..yang PC rasa adalah takut.Takut membayangkan masa depat anak bangsa terutama yang beragama Islam,berbangsa Melayu..takut yang merdeka cuma negara tapi fikiran dan jiwanya dijajah dengan anasir yang membinasa.Allahu.

Betul PC, sangat menakutkan.. Kena sentiasa ambil tahu apa yg anak buat dan pergaulan mereka, in shaa Allah..

bahayanya..darjah 5 kecil lagi tapi dah terdedah dengan benda mengarut macam ni.

saya setuju ngn cara akak tuh, cerita tu bg sya mmg tak sesuai utk anak2 sekolah rendah... kelab mlm tu pun dh menunjukkan tempat yg tak bagus, takde lah kolotnya kak... adik sya masa kt sekolah dh form4-5 pun kami kakak2nya selalu pesan psl pergaulan... kalau nampak ada awek2 ke apa, mmg kene sound setepek... pesan syg kt adik bongsu tu... belajar bersungguh2, kerja bg mak abah rasa hasil titik peluh kita... baru lah nk fikir psl lain2...

Itulah Yaya Azura, Sis pun macam tak percaya betapa mudah mereka terdedah dengan sumber begitu.. Budak zaman sekarang...

Terima kasih atas perkongsian Dana.. Anak2 masih belajar wajar ikut nasihat org dewasa bukan bertindak/buat keputusan ikut hati sendiri 😊👍🏼

Betullah apa yg LZ buat tu, sebagai ibu bapa seboleh mungkin kita mmg tak nak anak anak kita ni tercemar dengan perkara yg tak sepatutnya. Cara mendidik tu hak ibu bapa masing masing, rasanya mereka lebih tau hal anak mereka, tak salah kita berkongsi cara mendidik yg kita rasa betul, mana tau sesuai utk mereka juga.
Tapi budak budak sekarang ni mmg lain jugak lah LZ

Perkongsian yang sangat emnakutkan.. Zaman teknologi ini mmang kena pantau dna tengok anak anak dengan lebih rapat.. Kadang perkara yang diluar jangka yang mereka tahu dari kawan-kawan.. sangat menyeramkan..

benda-benda mcmni yang menakutkan zaman sekarang.. padakita nampak macam takde hal pun.. tapi bagianak-anak yg masih muda ni mmg ni sangat menakutkan, sbb diaorg cepat terpengarauh dan suka mencuba

benda2 mcm ni lah buat sy seriau sgt...

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More