Al-kisah, anak saya tiada gadget atau phone sendiri.. Frankly speaking, saya memang tak beri anak saya phone memandangkan belum ada keperluan mendesak.. Jadi bulan lalu, dia request untuk guna phone saya bagi membolehkannya sertai WhatsApp rakan sedarjah. Saya kata okay, memandangkan setiap perbualan di bawah pemantauan saya..

Mana conversation penting melibatkan aktiviti sekolah, saya akan beri dia baca dan dalam sehari dia akan berbalas-balas mesej dengan rakan sekelas untuk tempoh-tempoh tertentu.. Biarlah apa orang kata yang penting saya selesa dengan cara ini..


WhatsApp Group
Nak dijadikan cerita, minggu lalu saya baca perkongsian salah seorang rakannya di WhatsApp group tersebut.. Berikut perkongsian mereka, anda boleh baca dan nilai sendiri..

"ALAHAI BOY...

Di sebuah kelab malam, Boy duduk seorang diri. Ramai gadis cantik di situ. Boy try tackle, tapi langsung tak dilayan.


Boy nampak seorang lelaki masuk ke kelab itu. Selepas lelaki itu duduk, ramai awek cantik seksi datang ke meja lelaki itu.


“Ceh, nak kata hensem, aku lagi hensem. Apasal semua awek pergi kat dia?” keluh Boy hairan.


Masa Boy pergi ke toilet, dia terserempak dengan lelaki tu. Sempatlah mereka berkenalan. Nama lelaki tu Zack.


“Bro, macam mana kau boleh duduk kat meja lepas tu ramai awek cun datang macam tu je kerumun kat lu? Share tips dengan gua sikit,” kata si Boy.


“Senang je. Esok lu masuk kelab ni, masa nak duduk tu lu campak kunci kereta lu atas meja. Gerenti awek cun datang dekat dengan lu,” jawab Zack.


“Tapi bro, gua takde kunci kereta. Kunci motor adalah!” balas Boy.


"Ko belilah kunci kereta. Bukan aku suruh beli kereta. Tengok macam aku ni, kunci kereta Ferrari ni je modal aku,” balas Zack sambil menunjukkan kunci kereta Ferrari di tangannya.


Ooo.. kunci kereta je taktiknya. Oklah. Esoknya Boy terus beli segugus kunci kereta, jenama Jaguar lagi. Perghh! Ni gerenti ramai awek cun dekat nanti. Senyum kambing Boy bila terbayang dirinya dikelilingi gadis-gadis cantik.


Malam tu, dengan bersemangat Boy pun datang ke kelab semalam.  Dengan confident giler, Boy duduk sambil mencampakkan kunci Jaguarnya ke atas meja di depannya.


Aikk.. takde respons pun? Boy tengok, gadis-gadis cantik seksi yang jalan di depannya hanya memandangnya sinis, lepas tu ketawa geli hati. Ada yang ketawa terbahak-bahak pulak tu.


Hishh… Kenapa pulak ni? Takkan tak menjadi taktik yang diajar Zack semalam?


“Aku guna kunci Jaguar kot, sorang awek pun tak sangkut. Penipu punya Zack!” bebel Boy.


Tiba-tiba seorang awek cun yang seksi dengan senyuman menggoda berjalan ke arah Boy. Haa… dah mengena dah umpan aku ni, bisik Boy. Perghh! Awek ni memang meletop.


Dengan lirikan manja, awek tu pun berkata : “Hai cik abang… kalau nak campak kunci kereta tu pun, pastikan buka helmet tu dulu ye!”


Sekian..


Yer memang lawak dan kelakar bagi kita orang dewasa tapi apa pula penerimaan kanak-kanak seusia 11 tahun? Di sebalik lawak ada unsur-unsur kurang baik di situ. Bagi saya perkataan bold di atas tak sepatutnya  didedahkan kepada anak-anak seawal 11 tahun. Itu pendapat saya.. or mungkin saya terlalu typical atau kolot dalam mendidik anak?

For me, biarlah mereka faham dan tahu bila sudah sampai masa.. Senang kata - spender pun masih mak bapak beli ada hati bercerita tentang gadis-gadis seksi di kelab malam?.. Seperti saya kata tadi,  mungkin saya ni mama yang kolot atau tak sporting.. hurrrmmmm entahlah..

Bagaimana pula pembaca yang bergelar ibu? Apa pula pendapat anda?
Pembaca yang masih belum bergelar ibu juga bebas untuk memberikan pandangan anda..



Regards,


Loading...