HARI MINGGU YANG SANTAI | Hujung minggu adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh setiap orang yang bekerja terutama saya. Pada hari minggu saya dapat meluangkan masa bersama keluarga dan membuat pelbagai aktiviti riadah bersama-sama.. Pagi ini hujan turun dengan lebat dan berhenti menjelang subuh.. Syukur alhamdulillah dengan segala nikmat dan kurniaanNya..

Pagi sejuk begini saya sediakan breakfast simple iaitu cucur ikan bilis, nugget ayam cheese jenama Saudi Gold dan nescafe panas.. Cukup sebagai alas perut sementara menunggu makan tengah hari nanti..

Cucur ikan bilis
Scallop Ayam jenama Saudi Gold
Seperti biasa sambil breakfast, mesin basuh ligat berputar.. Sementara saya menyediakan breakfast pagi ini rumah pun siap kemas bila ada bantuan dari anak bujang yang rajin vacum. Selesai breakfast saya ke halaman rumah meninjau tanaman yang segar selepas hujan.. Hari ini saya perlu bubuh baja dalam setiap pasu memandangkan daun pokok masing-masing pun agak kekuningan disebabkan cuaca panas terik.

Pokok bunga Marigold 2 tone
Pokok bunga marigold atau bunga tahi ayam
Jermain atau pokok bunga halau nyamuk
Tak tau nama pokok
Pokok rosemary
Apium graveolens atau pokok daun sup
Bila melayan pokok waktu pagi seolah terapi minda, hilang segala serabut dalam fikiran walaupun untuk sementara waktu .. Tak lama selepas itu mesin basuh pun berbunyi.. Bermulalah sesi menjemur kain..

Lepas sahaja kain baju bergantung di ampaian, saya pun mula membelek segala buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf semalam dan kelmarin.. Opss lupa beritahu, dalam post DI SINI saya ada cerita tentang niat untuk repeat ke book fair ini.. Alhamdulillah menjadi kenyataan bila semalam saya puas 'berkampung' membelek setiap satu buku yang dicari.

The Big Bad Wolf 2019 book fair @ Mydin Mall, Seremban 2
Hasil 'tuaian' di The Big Bad Wolf 2019 book fair semalam.. Hari kedua berkunjung ke situ semata-mata untuk memuaskan hati dan perasaan.. Rasa rugi kalau lepaskan peluang ini..

Buku-buku yang dibeli di pameran buku The Big Bad Wolf 2019
Selepas blogging masa yang ada saya penuhi dengan membaca buku-buku ini.. Alhamdulillah puas hati dapat koleksi buku kegemaran.. Begitulah perkongsian masa saya di hujung minggu ini.. 

Bagaimana pula dengan anda? Tentu ada yang memenuhi undangan ke open house di akhir Syawal atau mungkin juga ke majlis kenduri kahwin.. Walau apa pun aktiviti yang anda lakukan, jika sudi jangan lupa share di ruangan komen.



Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...