PENGALAMAN PAHIT MANIS BELI RUMAH SUB-SALE (SECOND HAND) | Al-kisah sudah lama saya menanam impian untuk membeli rumah kedua disebabkan rumah pertama jauh iaitu di Muar, Johor. Rumah pertama tiada sesiapa tinggal di sana dan masih belum berhasrat untuk disewa. Semasa membeli rumah pertama saya jangka akan settle down di Muar iaitu di kampung halaman saya dan husband. Tetapi kita hanya merancang, bab rezeki Dia yang tentukan.

Kami suami isteri bekerja di Negeri Sembilan sudah hampir 10 tahun dan anak pun bersekolah dan membesar di sini. Jadi sudah tiba masa kami buat keputusan untuk beli rumah kedua di sekitar radius office dan sekolah anak di Seremban 2.

Urusan jual beli rumah

Maka perancangan awal sejak 2 tahun lepas sudah dibuat.. Umum sedia maklum, jika kita pernah buat pinjaman perumahan dan mempunyai hutang-hutang lain di bank maka peratusan untuk lulus pinjaman perumahan rumah kedua adalah rendah. Ada formula tertentu untuk kes begini.. Jadi ini merupakan kekangan kepada saya kerana komitmen kewangan saya tinggi.

Rumah pertamaku

So berangan-anganlah dulu.. Saya letak target rumah kedua jenis 2 tingkat, bahagian depan rumah tiada rumah lain, tak perlu rumah baru asalkan harga mengikut kemampuan, target pada tahun 2020 dan dalam  tempoh 2018 hingga 2019 segala hutang kecuali hutang rumah pertama perlu dijelaskan sepenuhnya. Bagi merealisasikan impian ini segala perbelanjaan isi rumah perlu dikawal dengan baik tetapi pada saya tiada istilah ikat perut.

Jadi sepanjang tempoh 2 tahun sambil menyimpan, saya pun buat survey mencari rumah idaman dan lokasi yang sesuai. Saya pernah berkongsi cerita tentang perkara itu di entry ini -> #MeTime.



Rumah idaman

Akhirnya impian memiliki rumah kedua terlaksana pada bulan September 2018 lalu, lebih awal dari perancangan, alhamdulillah. Apa yang saya buat? Bila hutang mulai susut, saya memulakan langkah awal dengan membulatkan nekad. Saya ke bank dengan membawa dokumen sokongan untuk membolehkan pihak bank menyemak kelayakan saya apabila memohon pinjaman rumah kedua kelak. Pihak bank berpuas hati tetapi masih belum pasti berapa percent pinjaman rumah kedua boleh lulus..

LANGKAH AWAL MEMBELI RUMAH SUB-SALE

1. Buat kajian rumah yang ingin dibeli - kedudukan hartanah, nilai rumah dan kejiranan
Ketika ini proses mengenalpasti design dan lokasi rumah memang suatu yang mencabar.

2. Tetapkan budget keseluruhan termasuk nilai rumah
Masa memilih rambang mata sebab banyak sangat pilihan tetapi saya berpegang kepada budget yang sesuai dengan keadaan kewangan saya. Maka skop pencarian akan kecil dan lebih mudah..

3.  Contact ejen hartanah untuk temujanji - penyelenggaraan dan memeriksa keadaan dalam rumah
Bila saya dah kenal pasti mana rumah idaman saya, terus saya contact agent rumah tersebut sepertimana yang tercatat dalam iklan untuk membuat temujanji. Kami ke lokasi meninjau keadaan rumah. Ketika itu hati dah berbunga-bunga tetapi harga yang ditawarkan agak tinggi dan saya mula risau jika bank tidak dapat meluluskan pinjaman berdasarkan percentage pinjaman yang diperlukan.

4.  Membuat tawaran
Bila saya dah tetapkan keputusan, saya cuba-cuba untuk meminta agen mengurangkan harga rumah, malangnya harga sudah tetap berdasarkan keputusan tuan rumah.

Saya nekad kata YES, terus tandatangan Agreement to Purchase dan transfer payment iaitu 3% dari harga rumah pada masa yang sama supaya rumah tersebut tidak jatuh ke tangan orang lain.. Agent beritahu rumah ini first come first serve.. Masa tu masih cuak sebab belum apply loan kannn.. Baki 7% dari harga belian perlu dijelaskan semasa tandatangan Sale and Purchase Agreement ("SPA").

Memandangkan Penjual rumah tersebut adalah peminjam Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam ("LPPSA") maka saya perlu menunggu sekurang-kurangnya 7 bulan untuk proses jualbeli selesai.. Sesiapa yang ingin membeli rumah dari peminjam LPPSA please..please.. bear in mind perkara ini.. Mengapa? Saya akan cerita kemudian..

5. Mendapatkan khidmat guaman & tandatangan Perjanjian Jual Beli (Sale & Purchase Agreement)
Bayaran 10% dari harga belian telah selesai dibayar manakala yuran guaman untuk transaksi jual beli ini plus minus around RM18,000.00. Dalam tempoh seminggu SPA pun siap untuk ditandatangani.

Bila perjanjian siap disetem, saya bawa ke bank bersama dokumen sokongan lain untuk proses permohonan pinjaman perumahan. Kali ini saya buat kesilapan besar apabila menyerahkan agent untuk melantik peguam yang mewakili saya dalam transaksi jual beli ini. Saya sangka panel lawyer dari agent hartanah sangat efficient tetapi sebaliknya. Padahal saya ada hak untuk melantik peguam sendiri. Menyesal tak sudah! 

6. Mendapatkan pinjaman perumahan
Apabila pihak bank puas hati dengan segala dokumen sokongan, maka mereka menyatakan berapa jumlah pinjaman yang layak saya pinjam. Alhamdulillah dengan pinjaman dari bank dan bayaran tunai 10% harga belian, saya layak memiliki rumah idaman.

7. Urusan pindah milik

MASALAH PEGUAM SAYA

Maka bermulalah episod tidak menarik apabila saya berurusan dengan peguam saya yang dilantik oleh agent.. Apabila saya sudah membayar peguam untuk perkhidmatan yang perlu dilaksanakan, maka peguam perlulah melaksanakan tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh seperti yang diamanahkan tetapi sebaliknya..

Saya biarkan peguam saya buat kerja dengan harapan mereka akan beritahu saya status proses jualbeli ini dari semasa ke semasa tetapi malangnya tidak seperti yang saya sangka. Yuran guaman juga bukan murah sebab tu saya nyatakan jumlah bayaran yuran guaman di atas.. Dari sebulan, masuk ke bulan kedua langsung tiada khabar berita.. Bulan ke-3 saya call buat pertama kali untuk mengetahui status perkembangan transaksi jual beli saya namun jawapan yang diberikan hampa.

Pihak mereka memberitahu : "Puan, masih tertangguh di pejabat tanah (ada proses melibatkan pejabat tanah)". Saya tanya : "Ada tak kamu follow up bila dokumen yang sepatutnya ambil masa 2 minggu tak keluar lagi sampai 1 bulan lebih?" Jawapan mereka : "Tunggu saja nanti keluarlah dokumen tu.." Jawapan yang sangat menyakitkan hati! Saya pun bertindak ke Pejabat Tanah untuk follow up kes sendiri.

Proses jual beli perlu follow up closely kerana ianya melibatkan masa! Masa berjalan dan duit pun banyak keluar...

MASALAH LPPSA LEWAT MELEPASKAN GERAN 

Bukan itu sahaja, kini sudah masuk bulan ke-7 transaksi jual-beli sepatutnya sudah selesai dalam bulan ke-6 tetapi masih pending.. Geran asal masih belum dikeluarkan oleh LPPSA walaupun bank saya sudah selesaikan pinjaman Penjual.

Bila saya tanya peguam : "Kenapa ambil masa yang lama?" Mereka jawab : "Saya tak tahulah kenapa kes Puan lambat sangat mereka release geran. Saya rasa lebih baik Puan follow-up sendiri." Saya follow-up sendiri sedangkan saya bayar mereka? Sekali lagi, bukan murah yuran guaman mereka tau..

Berani sungguh mereka kata begitu. Bukan saya tak pernah follow up, lepas saya kena kali pertama kes pejabat tanah dulu saya follow up sendiri di peringkat LPPSA ini juga tapi bila saya rasa.. saya yang berlebih-lebih sedangkan orang yang dipertanggungjawabkan seolah-olah 'goyang kaki'.. Kalau anda rasa agak-agak apa yang anda buat?

Saya ni jenis tak reti cakap kasar atau memaki-hamun.. Pada saya ianya tak membantu malah mengeruhkan keadaan.. Apa yang saya buat? Saya hanya mampu beristighfar (bukan tunjuk alim, pada saya biar Allah sahaja yang menilai perangai mereka).

Kecewa yang amat sangat bila berdepan dengan pihak-pihak yang culas, kerja takde minat dan semangat. Maaf kata, mereka ini bangsa saya. Pernahkah anda dengar bangsa lain kata MELAYU MALAS! Haaa inilah segelintir dari mereka akibatnya kita terpalit.



SAYA SEDANG DIUJI

Ketika proses jual beli saya masih belum selesai, tuan rumah sewa saya sekarang telah mengeluarkan arahan mengosongkan rumah sebelum akhir bulan Julai 2019 ini. Saya berada dalam keadaan genting sekarang ini. Ianya berlaku secara kebetulan.

Apa saya boleh buat dalam situasi sekarang? Dalam keadaan genting begini saya pasrah, saya berserah kepada-Nya.. Saya redha dan yakin setiap apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya. Sambil itu saya teruskan berdoa dan saya harap anda juga dapat mendoakan saya dipermudahkan urusan dan saya dapat kunci rumah idaman saya dalam masa terdekat sebelum 31 Julai 2019 ini. Semoga anda dirahmati Illahi, aamiin..

Begitulah pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale berbanding rumah pertama beli dari developer.. Semoga pengalaman saya ini menjadi pengajaran kepada pembaca.. Sebaiknya biar anda sebagai pembeli melantik sendiri peguam yang akan mengendalikan proses jual beli rumah anda. Jangan biarkan orang lain buat keputusan demi hak anda.

Entry berkaitan : Aktiviti Utama Sempena Cuti Hari Ini

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..


Regards,


Loading...