Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 42 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since Mac 2010
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Daging Pekasam Sedap

DAGING PEKASAM SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.. Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban baru sahaja berlalu, tentu ramai antara pembaca sedang 'mabuk' daging (tak kiralah beef or mutton).. Tapi saya selaku penggemar daging tegar tak pernah jemu makan daging lebih-lebih lagi menu daging boleh dipelbagaikan.. Secara coincident bolehlah dikatakan begitu, ada seorang kakak ni jual daging pekasam secara cash on delivery.. Untuk pengetahuan pembaca, seumur hidup saya tak pernah makan daging pekasam, kalau ikan pekasam tu biasalah..

Jadi saya teringin rasa, saya pun order 2 paket. Isi kandung sepaket 200gm berharga RM12.00.. 

FZ daging pekasam

Tanpa berlengah lagi, misi menggoreng daging pekasam pun bermula.. Step by step seperti berikut:

Goreng daging pekasam hingga warna kekuningan
Apabila sudah garing dan kekuningan, masukkan bawang besar (potong kasar) dan cili api mengikut citarasa masing-masing
Siap sudah daging pekasam sedap

Beginilah rupa daging pekasam sudah siap dimasak.. Saya makan dengan nasi panas dan gaji-namul (terung stim Korean style).. Alhamdulillah sedap, kena dengan tekak..

Related post : Resepi gaji-namul - Korean dish

Maka bolehlah saya repeat order daging pekasam ni untuk stok terdesak bila sudah ketandusan idea memasak kelak sementara takde stok ikan pekasam...

Sebelum saya mengakhiri entry ini, ada tak antara pembaca yang pernah makan daging pekasam ni or tak pernah rasa langsung? Bolehlah kongsi pendapat di ruangan komen.. Pada pendapat saya pula, kalau suka dengan ikan pekasam, saya rasa mungkin daging pekasam ini juga kena dengan citarasa anda.. who knows.. Belum cuba, belum tau..

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

Comments

  1. Ya ampun ... sedapnya makan dengan nasi putih panas-panas ..

    ReplyDelete
  2. Biasa jumpa ikan pekasam, daging pekasam belum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang susah jumpa daging pekasam ni Pakcik WP, kebetulan ada orang jual jadi tak mau lepaskan peluang dapatlah rasa..

      Delete
  3. Ini first time dengar daging perkasam...rasa dia masam ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia masam masin sis lebih kurang sama macam ikan pekasam tapi saya prefer ikan pekasam dari daging..

      Delete
  4. pernah juga makan daging pekasam yang housemate bawak balik rumah..digoreng macam sis buat ni..tapi ya lah, ikan pekasam jugak yang lebih sesuai pada tekak ini..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan SS, sama citarasa kita.. sip sikit ;)

      Delete
  5. Tak berpeluang lagi nak rasa daging pekasam...ikan mmg suka, tapi x boleh selalu, berhantu makan pekasam nasi seperiuk x cukup.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rata-rata ramai tak pernah makan daging pekasam, mungkin sebab tak banyak jual..
      Hahahaha betul tu, penangan makan ikan pekasam memang nasi seperiuk pun tak cukup..

      Delete
  6. wah! kena beli n makan ni. sesuatu yg unik n baru!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harus beli Abam Kie, at least pernah rasa daging pekasam, hehehe

      Delete
  7. tk pernh mkn daging pekasam..biasa mkn ikan pekasam je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti pembaca pun sama seperti Mama Tisya, tak ramai pernah rasa daging pekasam..

      Delete
  8. sy pun belum pernah try lagi daging pekasam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sheila, mungkin sebab daging pekasam ni tak ramai buat dan susah dapat..

      Delete
  9. Replies
    1. Sedap juga daging pekasam ni Cik Itah tapi pada LZ masih belum menandingi rasa ikan pekasam..

      Delete
  10. tak pernah jgak lagi makan daging pekasam ni kak..nampak sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada akak lebih sedap ikan pekasam Cik Renex, daging pekasam mungkin sesekali boleh layan..

      Delete
  11. Replies
    1. Alhamdulillah Rabiah, sedap kena dengan tekak sis..

      Delete
  12. tak pernah jumpa lagi daging pekasam, cara masak pun senang je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cara masak sama macam kita sediakan ikan pekasam TS tapi daging pekasam ni tak banyak jual..

      Delete
  13. Liez tak pernah cuba daging pekasam lagi.. selalu makan ikan pekasam masa duduk alor setar. Ni br balik dr alor setar sempat sambar daging pekasan tapi utk mertua. nnt nak try la buat sendiri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahai Mrs. Liez sedapkan ikan pekasam, terliur..
      Mungkin daging pekasam popular di utara..

      Delete
  14. pernah makan, tpi bila dapat daging yang liat dan terlebih masin....putus selera...

    ReplyDelete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!

ppl love these

Resepi Scone Kismis Gebu, Simple & Sedap
RESEPI SCONE KISMIS GEBU, SIMPLE & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua p…
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP
6 RESEPI SARAPAN PAGI MUDAH & SEDAP | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembac…
Pokok Bonsai Bunga Kertas Menjadi Idaman
POKOK BONSAI BUNGA KERTAS MENJADI IDAMAN | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely r…
Sayonara Stationery Giveaway by NiniHanini
SAYONARA STATIONERY GIVEAWAY BY NINIHANINI | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pemb…