Showing posts with label Ikea. Show all posts
Showing posts with label Ikea. Show all posts

Saturday, August 03, 2024

,
Hello everyone..
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang dirindui.. Rindu serindu-rindunya okay.. Belum pencen dari dunia blogging, I know sepi dari dunia blogging seketika, I'm back now, alhamdulillah.. 

Hari ini hujung minggu teringin decor bilik kecil di ruang atas. It is the smallest room in the house. Pemilihan perabot pula, tak keluar modal beli baru sebaliknya guna perabot sedia ada, just tukar tempat, tolak ke kiri kanan..  Seperti biasa Pinterest adalah platform mencari bahan rujukan sampai naik juling dan rambang mata demi mendapatkan decoration ideas mengikut kesesuaian ruang. On top of that semua decor cantik tak tahu mana satu kita nak ikut.. 

Bilik ni ruang kecil attach dengan bilik air. Saya cadang untuk dijadikan fashion room cum craft room and at the same time cadang juga untuk jadikan bilik santai baca buku.. Itulah tak sedar ruang bilik kecil, sekangkang kera tapi ada hati sumbat semua benda dalam satu bilik, hehehehe

Okay sebelum decor-decor inilah hasil yang agak sesuai sebagai rujukan.. Berikut antara inspirasi decoration yang catches my eyes:

Reading room decor idea

Pilihan pertama untuk ruang bacaan.. Dekat dengan tingkap, pencahayaan dan pengudaraan pun baik.. Berangan sambil baca buku, minum kopi ditambah pula hujan renyai-renyai.. so heaven! 

Untuk merealisasikan ruangan begini, saya perlukan 3 book shelves jenis Ikea Billy bookcase yang sememangnya sedia ada tapi sekarang dijadikan tempat simpanan beg. Saya cadang untuk dijadikan sebagai tempat letak buku-buku sebagai reading corner.

Tapi dalam masa yang sama berminat juga dengan decor begini.. 

Dressing room idea

Dressing table di depan tingkap, 3 rak buku tadi dijadikan tempat simpanan bags. Kemudian letak island di tengah, boleh letak bunga hiasan atas island.. Island saya guna Ikea Kallax saiz 77 x 77cm seperti dalam gambar. Hurrmmm masih berkira-kira mana satu decor menjadi pilihan.

Kalau anda, mana satu decor yang menjadi pilihan? Adakah reading corner atau fashion corner? Please drop your answer in the comment section below.. I need your feedback.. Really appreciate it!

Seterusnya inspirasi kedua, berangan juga nak buat open closet macam ni.. Gantung baju yang selalu dipakai.. Baju yang jarang guna boleh lipat dan donate. Ini juga salah satu cara untuk declutter pakaian yang tak dipakai dari memenuhi almari pakaian. Abaikan susunan kasut sebab saya tak letak kasut dalam rumah. Cara begini seperti all in one.. Boleh pilih baju and at the same time ada ruang make-up.

Open closet idea

Tapi kelemahan konsep open closet ialah habuk. Kalau tak rajin mengelap memang tak sesuai buat open closet apatah lagi saya ada si bulus yang bermaharajalela dalam rumah, hehehe

Open closet idea

Bila gantung baju di open closet, mana pula tempat untuk simpan towel dan pakaian sulit? So saya plan untuk diletakkan dalam storage begini.. Storage ini menggunakan perabot Ikea jenis Kallax saiz 69 x 132cm. Masukkan insert supaya tertutup jadi sedap mata memandang. Storage ini akan diletakkan bertentangan dengan 3 book selves tadi.

Ikea Kallax storage 

In term of storage untuk craft papers dan stationery, saya akan susun dalam Ikea Kallax seperti gambar di bawah. Jadi tak nampak bersepah atas meja atau sarat dalam laci.

Ikea Kallax storage idea

Buat masa ni focus dengan minor decor dulu.. Bila sudah direalisasi baru pergi ke next level.. Ini pun agak mencabar juga sebab based on my previous experience, bila ikut seperti susunatur di Pinterest tak semua seperti yang dirancang. Ada juga yang kurang sesuai sebab ruang tak sama seperti dalam gambar, contoh : warna dinding, flooring dan sebagainya.. 

Jika ada kesempatan pada masa hadapan, saya ingin ubah suai bilik kecil ini dengan mendapatkan servis pasang cermin dinding supaya bilik ini kelihatan lebih besar dan juga pasang lantai kayu yang baru. 

Walau apa pun belum cuba, belum tahu.. Kita tengok bagaimana hasilnya nanti.. Andai sesuai saya akan update dalam post akan datang.. so stay tuned :)

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya kali ini. Sehingga kita berjumpa lagi di post akan datang. Jangan lupa bantu saya membuat pilihan.. Doakan juga supaya saya terus konsisten dalam blogging selepas ini..

Thank you for reading & have a great day everyone!


Regards,


Thursday, May 19, 2022

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Walaupun sambutan Hari Raya Aidilfitri hampir melabuhkan tirai, tapi saya masih menatahias rumah selagi belum memuaskan hati. Kali ini saya bercadang menatahias sekitar tv cabinet memandangkan televisyen adalah tempat tumpuan di ruang tamu. 

Hiasan sekitar tv cabinet

Dekorasi rumah saya bergantung kepada citarasa dan budget saya. Sepertimana pernah saya kongsi dalam post sebelum ini, kebanyakkan perabot saya dibeli di Ikea. 

Saya sering terlepas pandang dengan hiasan di ruang ini. Sebenarnya apabila tv on, kita mungkin tak begitu perasan rupa kawasan sekeliling. Tetapi bila tv off ruang tersebut menjadi tumpuan penting di ruang tamu. Jadi saya mahu ruang tersebut turut dihias dengan rapi. 

Hemnes tv cabinet


Sebelum memulakan decoration, mula-mula saya mencari inspirasi melalui Pinterest dan Instagram. Saya puas membelek pelbagai idea dan hiasan tv cabinet sebelum saya mengaplikasikan idea tersebut mengikut kesesuaian ruang tamu rumah saya. 

TV cabinet saya jenis Hemnes bewarna putih, mempunyai 2 tingkat di mana terdapat ruang terbuka di bahagian bawah dan 3 laci. Ruang terbuka tersebut saya letak astro decoder, vcd player dan pinggan hiasan. 

Klabb table lamp 

Di sebelah kiri kanan tv cabinet tersebut saya letak table lamp jenis Klabb di atas meja sisi jenis Lindved untuk menyerikan persikataran tv cabinet.
 
Lindved side table

Bila dah susun semua, saya perasan bahagian dinding atas tv kosong jadi saya pasang rak jenis Mosslanda sebagai display shelf.  Display shlef ini sesuai untuk meletakkan pasu bunga, frame gambar atau koleksi hiasan kecil yang sesuai. Buat masa ini saya tidak bercadang untuk meletakkan sebarang hiasan di rak tersebut. Saya biarkan kosong.. 

   
Di bahagian atas display shelf tersebut saya gantung 3 frames gambar warna putih jenis Ribba berukuran 40cm x 50cm.

Ribba photo frame


Saya pilih frame gambar ini kerana saiznya besar dan sesuai diletakkan di atas display shelf tersebut. Frames gambar tersebut akan saya gantung sebaris seperti gambar di bawah.. Jadi bingkai gambar tersebut menjadikan kedudukkan tv berada di tengah-tengah dinding galeri.

Canvas painting

Saya juga membeli beberapa lukisan canvas untuk keseluruhan ruang ini and love how they look in the white frames. 

Akhirnya selesai juga dokorasi tv cabinet saya. I'm so happy with how it turned out. Untuk menghasilkan susunatur begini it took some trial and error, tetapi saya sangat gembira dengan hasilnya sekarang berbanding susunatur sebelum ini. 

Cuba komen sikit YEA or NAY dengan hiasan rumah dari insan takde pengalaman dalam interior design ini. Thank you in advance..

Sekian, sahaja perkongsian saya. 



Regards,

Tuesday, October 06, 2020

,
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Selain dapur, setiap rumah tentu ada ruang tersendiri yang sentiasa dekat di hati. Bagi saya coffee bar merupakan antara ruang di hati saya. Lama saya mengimpikan untuk decor coffee bar tersebut.  Ilham menghasilkan coffee bar tercetus apabila saya membaca lifestyle blog dari luar negara. Saya suka susunatur modern gaya Inggeris. 

My coffee bar

Wednesday, March 04, 2020

,
RUTIN HARIAN TAHUN 2020 | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah kita sudah masuk hari ke-4 dalam bulan Mac 2020.. Bulan February terasa cepat sungguh masa berlalu walaupun begitu namun banyak cerita dan peristiwa berlaku dalam bulan February lalu yang mungkin tersemat dalam hati kita..

Bila masuk bulan Mac, rutin harian saya bertambah 'serious' kerana banyak commitment perlu dipenuhi untuk perancangan masa hadapan.. Hari ni saya nak kongsi antara rutin harian saya sejak hujung tahun lalu dan setakat ini masih berterusan selain rutin tetap mengambil dan menghantar anak dari sekolah setiap hari di samping menghantar ke pusat tusyen selepas waktu kerja pada Isnin dan Selasa. 

Okay, straight to the point.. We all have goals in life.. Begitu juga dengan saya.. Semenjak menjadi Unit Trust Consultant (UTC) secara part-time saya perlu menghadiri class yang dianjurkan oleh Public Mutual iaitu seminggu sekali, pada pukul 8.00 hingga 10.00 malam.. Walaupun sekadar part-time, saya tak mahu jadikan kerjaya ini sebagai hangat-hangat tahi ayam. Jadi saya perlu buat yang terbaik.

Public Mutual Training Class

Untuk pengetahuan pembaca, class Public Mutual ini diadakan untuk memantapkan lagi pengetahuan saya dalam bidang pelaburan supaya saya mampu berikan perkhidmatan terbaik kepada clients saya. Saya suka hadiri kelas ini kerana ianya menepati jiwa dan minat saya pada dunia pelaburan.. 

Public Mutual Agent Service

Sekiranya ada submission borang untuk investors baru, saya akan submit sebelum pukul 7.30 petang. Lately, saya sering berkunjung ke Public Mutual Seremban terutama selepas waktu kerja dan ianya boleh dikatakan sebagai pejabat kedua saya.

Saya pernah beritahu dalam post sebelum ini bahawa penglibatan saya bukan kerana keuntungan semata-mata tetapi untuk menguruskan pelaburan sendiri di samping membantu pelabur mencapai matlamat kewangan mereka apabila bersara kelak..

Related post : CUTE Exam, Lulus!

Bukan hanya saya perlu menghadiri class Public Mutual, untuk pengetahuan pembaca pada tahun lalu saya telah menyambung pelajaran di sebuah university. 

Ilmu 

Saya belajar secara part-time.. Class diadakan pada setiap hari Ahad.. Selain menghadiri class saya juga sibuk dengan assignments untuk melayakkan saya ke semester seterusnya.

Mathematics For Management

Ini antara subject saya ambil untuk Semester ke-2 iaitu Mathematics for Management. Mungkin subject ni mudah bagi sesetengah orang tapi agak mencabar pada saya kerana sebelum ini saya ambil jurusan Law yang banyak membaca dan mengingati fakta tetapi berbeza dengan jurusan kali ini.. But it's okay, saya suka cabaran tapi mestilah realistik. Jangan mencabar diri tapi tak kenal kemampuan diri.. Bila kita tahu kemampuan diri, in shaa Allah ianya tak mustahil untuk dicapai.

So apa yang berlaku bila saya start study? Ketika saya sibuk mengulangkaji, anak saya juga ada bersama-sama membuat revision kerana dia bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini.. Jadi mak dan anak bolehlah study sama-sama.. 

Mathematics for Management 

My second semester almost finish. Pada bulan April nanti saya akan menduduki final exam sebelum masuk ke semester seterusnya. Wish me luck okay!

Secara keseluruhannya, hari Isnin hingga Jumaat saya sibuk dengan rutin harian di pejabat dan menguruskan anak, maka hari Sabtu merupakan hari yang ditunggu-tunggu untuk #me time. Andai tiada perancangan balik kampung, saya sekeluarga akan ke Klang Valley untuk window shopping dan makan-makan, most of the time kami akan ke Ikea Damansara untuk cuci mata..

Ikea MALM Dressing table

Melihat decor di Ikea seperti satu therapy untuk saya.. Hilang segala penat lelah..

Ikea display

Dari satu level ke satu level puas membelek segala hiasan yang disusun rapi.. Cantik semuanya cuma bila apply di rumah sendiri kenapa tak sama? Mula stress.. hehehehe

Sekarang wabak Covid-19 semakin active jadi saya terpaksa kurangkan ke tempat sesak.. Maka bila stay at home buatlah kerja-kerja rumah..

Chandelier
Ini chandelier kesayangan saya.. Bila duduk rumah hujung minggu tak boleh duduk diam.. mula mengubah susunatur perabot setelah mendapat ilham dari Ikea. Tak lupa juga menjenguk mini garden saya di porch.. 

Roses my favorite flower

Lihatlah berkembang mekar bunga rose itu.. Cantik suka dengan warnanya.. Selepas tambah tanah dan buang segala rumput baru nampak seri.. Gardening juga my therapy..

Selain rutin di atas, tak lupa juga tanggungjawab membayar cukai.. Cukai taksiran dah keluar.. Lawyer tak bertanggungjawab saya tak pula tukar nama masa urusan jual beli rumah tempoh hari walau legal fees yang dibayar mahal. Legal fees mahal tapi kerja tak siap, kecewa!.. Telan saja dengan perangai manusia begitu, saya hanya mampu bersabar dan serah pada yang Maha Kuasa..

Related post : Pengalaman pahit manis beli rumah sub-sale

Assessment tax

Jadi saya terpaksa applied leave untuk menguruskan urusan tukar nama pemilik rumah bagi cukai taksiran dan bayar sekali cukai yang tertunggak.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan dan selesai semuanya... 

Dengan rutin harian begitu saya kini menjadikan blog untuk mengisi masa lapang.. Kalau ikutkan hati ingin berblog sentiasa tetapi masa tak mengizinkan.. Memandangkan rutin harian yang agak sibuk, saya perlu menyusun masa dengan sebaik mungkin. Haruslah balance dengan tuntutan dunia dan akhirat juga, in shaa Allah.. 

Okay, setakat ini sahaja perkongsian saya..
Thank you for reading.. Sehingga kita berjumpa lagi di entry..
Sekian, wassalam..
Byeeee..


Regards,




Loading...

Wednesday, December 18, 2019

,
CUTI SEKOLAH & CHRISTMAS DECORATIONS | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Lately hujan turun sepanjang hari, cuaca sejuk dan kadang-kala panas, syukur alhamdulillah kerana masih diberi keselesaan dan peluang menjalani aktiviti harian.. Kawasan dilanda banjir harap buat persediaan sewajarnya dan jaga diri. Jangan main air banjir dikhuatiri menjadi penyebab yang tidak diingini..

Okay, berjumpa kita dalam entry kali ini tentang cuti sekolah dan pokok Christmas di sana sini.. Saya suka dengan Christmas decoration di shopping mall. Setiap shopping mall decor yang berbeza dan creative.. Cerita tentang minggu lalu, semenjak cuti sekolah saya masih tidak berkesempatan membawa anak bercuti. Bukan juga 'tradisi' saya mesti membawa anak vacation kerana istilah vacation pada saya bila ada masa baru rancang dan tetapkan tarikh percutian tak semestinya pada cuti sekolah.. Saya lebih suka plan di luar cuti sekolah atau cuti umum sebab tak ramai orang dan selesa.

Christmas decor

Minggu lepas, saya sempat meluangkan masa bersama anak menonton wayang filem Ejen Ali The Movie di TGV Cinemas AEON Seremban 2. Kebetulan sepanjang cuti sekolah ini sepupu Arief dari Muar tinggal di rumah saya. Jadi Arief tak keseorangan dan kami bersama-sama menghabiskan masa window shopping, makan-makan dan menonton wayang.

Sebelum menonton wayang, kami sempat meninjau Christmas decor di AEON Mall Seremban 2. Not bad cantik juga Christmas decorations di situ.

Christmas decor AEON Mall Seremban 2
Christmas decor AEON Mall Seremban 2

Hari tu kami makan di McDonalds merangkap brunch, selepas itu terus ke pawagam. Tiket dah siap booked online untuk tayangan jam 12.45 tengah hari.


TGV Cinemas AEON Seremban 2
 
Filem Ejen Ali The Movie tamat siaran sekitar pukul 2 lebih, masa yang ada saya sempat singgah di Popular Bookstore untuk mencari buku baru dan stationery untuk mereka.

Sepanjang cuti sekolah ini banyak aktiviti menarik dianjurkan oleh pihak shopping mall untuk menarik minat kanak-kanak termasuk menjemput maskot Transformers ini yang berlegar-legar berhampiran Popular Bookstore. Bukan sahaja kanak-kanak dengan mak-mak sekali teruja, hahahaha..

Bumblebee and Megatron

Pada keesokkan harinya saya ke IKEA Damansara untuk membeli beberapa barang. Al-maklum peminat IKEA pantang cuti hujung minggu mesti suka ke sana.. Sampai sahaja di IKEA lebih kurang pukul 12.30 tengah hari, terus ke IKANO untuk makan di Nandos. Motif ke Nandos sebab nak redeem Nandos rewards iaitu seekor ayam.

Related post : Get rewarded with nandos

Nandos menu

Berbaloi-baloi dapat reedem ayam jadi pada hari itu kami berempat makan ayam Nandos sampai muak. Lepas ni mungkin ambil masa beberapa bulan baru ke Nandos semula kot sebab masih terasa Nandos di anak tekak hingga ke hari ini..  

Hot mocha

Bagi melengkapkan menu lunch, saya order hot mocha.. Lepas makan kami berjalan-jalan sekitar IKANO.. Maka jumpa pokok Christmas versi IKANO..

IKANO Christmas decor

Christmas decor di IKANO ditaja oleh coklat Toblerone.. Perhiasan yang cantik dan terasa sejuk mata memandang seperti ada salji bertaburan, ewahhh feeling habis.

Cakkkkk

Layan diaorang bergambar dulu sebelum masuk IKEA.. Manusia tak berapa ramai di IKEA pada hari itu jadi bolehlah saya jalan santai-santai sambil fikir susunatur yang sesuai untuk master bedroom di rumah saya.

 


Begitulah aktiviti hujung minggu saya.. Ceritalah apa pula aktiviti anda sempena cuti sekolah ini.. Apa pengisian anak-anak sepanjang cuti sekolah. Pssstt pegi vacation di mana? Kongsilah cerita supaya meriah hari kita ;)

Thank you for reading.. Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee


Regards,



Loading...

Saturday, September 14, 2019

,
KITCHEN CABINET MURAH DAN MAMPU MILIK | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Alhamdulillah sudah sampai hujung minggu.. Ini bermakna masa untuk MeTime! Actually not really #MeTime  sebab kena mendobi, kemas rumah, masak etc tapi bestlah sebab kita tentukan apa yang kita nak buat, bila penat boleh rehat, melunjur kaki sambil tengok tv and holding a mug of coffee is heaven.. 

Okay, entry kali ni nak share cerita dari misi mencari kitchen cabinet hingga siap pasang semua.. Dari awal bila dapat kunci rumah terus survey kitchen cabinet berdasarkan budget saya iaitu bawah RM10,000.00. Kalau ikut nafsu mahu saya order kitchen cabinet lebih dari RM20,000.00 macam gambar bawah ni.. malangnya budget yang ada tak cukup, kena bahagi untuk barang keperluan lain.. Pada saya kalau kitchen cabinet wow sekadar perhiasan tapi tak selalu masak tak guna juga kann, huhuhuhu (merujuk kepada saya bukan saya kata orang lain)..

Sample Kitchen Cabinet

Jadi untuk mengelakkan saya terkebil-kebil sebab over budget saya mesti stick pada budget yang sudah diperuntukkan asalkan kitchen cabinet tu nanti daripada material tahan lama, cantik, practical dan sesuai dengan ruang dapur rumah saya.. Paling kurang simple begini..

Dream kitchen cabinet

Sebenarnya basic kitchen cabinet dari material tahan lasak sudah memadai yang penting susunatur dan penjagaan kitchen cabinet tu nanti.. Contoh seperti ini, teratur, simple dan kemas :

Simple kitchen cabinet

Maka bermulalah misi mencari kitchen cabinet dari sebuah kedai ke sebuah kedai di sekitar Seremban.. Tak silap saya anggaran kedai saya survey lebih kurang 7 buah kedai.. Dapat sebuah kedai ni memang design cantik, modern, ikut budget dan memenuhi citarasa serta ciri-ciri idaman saya, malangnya bila kita dah submit layout plan boleh pula dia acuh tak acuh. Mesej langsung tak balas. Bila saya follow-up melalui phone call jawapannya : "Sorry laa we all banyak order so kena tunggu lama sikit lor.." Masalahnya kenapa masa jumpa dan tetapkan design kau kata sanggup buat, 2 minggu boleh siap. Sekarang kata lambat pula dan tak beritahu awal-awal?  Mana janji manismu itu???? huhuhuhu

Kedai tadi kata begitu, dapat pula satu kedai ni okay.. Diaorang attend customer memang tip-top. Masalahnya asyik recommend material yang paling mahal alasannya material berkualiti. Bila tanya macam mana rupa kitchen cabinet below RM10,000.00 dia tunjuk saya design nampak macam RM2,000.00, aduhai ianya satu penghinaan kepada budget ku okay! Harga minimum yang ditawarkan untuk design terkini RM20,000.00.. Bila mahu ukur? Oh, sorry exceed my budget, cancel!
Balance 5 buah kedai lagi design tak cantik dan old fashion..

Boleh kata 2 minggu survey kitchen cabinet, perkataan yang berlegar-legar dalam otak ni asyik 3D, 4D, 5D, material aluminum, table top acrylic, quartz, laminate, granite, solid wood, waterproof, tahan lama dan tak diserang anai-anai etc.. Oh pening kepalaku, rasa nak muntah I tell you...

Bila sampai satu tahap saya mula FED-UP saya pun ambil keputusan beli sahaja kitchen cabinet dari IKEA, senang cerita.. Paling best keputusan kita tak dipengaruhi sesiapa! Kalau tak semak kepala otak! Masing-masing offer nak untung memanjang, tak sincere langsung. Tak tahu pula macam tu gaya bila tempah kitchen cabinet, memang bukan jenis saya laaa berurusan dengan perkara remeh-temeh begitu.

Pencarian diteruskan ke IKEA Damansara.. Saya suka koleksi IKEA METOD Kitchen Cabinets - customise it to suit your style.. Pilih dan match ikut kesesuaian ruang dan harga pun jelas ditunjukkan..  Pilihan saya jenis KNOXHULT high-gloss blue-turquoise bergabung dengan high cabinet untuk built-in oven..

Tunggu beberapa hari, lori IKEA hantar ke rumah membawa kitchen cabinet dan segala pesanan barang-barang kelengkapan rumah..

IKEA delivery

Bila barang sampai husband terus pasang tapi setakat pasang sahaja tak dapat gantung sebab takut senget dan tak cukup tools..

IKEA KNOXHULT Kitchen Cabinets

Maka terbiarlah cabinet ini beberapa minggu sementara saya mencari seseorang yang mahir memasang kitchen cabinet IKEA. Alhamdulillah, saya dapat crew yang memang expert dengan pemasangan barang-barang IKEA so I don't have to worry.. Al-maklum barang IKEA ni fragile dan mudah rosak kalau salah pasang.. You have to handle with care..

Base cabinets frame

Crew datang terus berdesap-desup pasang kitchen cabinet ni.. Tricky part bab tebuk table top untuk sinki dan hob.. 

Tebuk table top untuk install sinki dan hob

Ditambah pula kitchen cabinet ni nanti perlu pasang dishwasher.. Kena fikir mana nak pasang salur discharge water dan piping tu semua.. Tuan rumah dah penat fikir pasal kitchen cabinet ni jadi saya serahkan kepada yang pakar..

Pasang dishwasher dan IKEA kitchen cabinets

Alhamdulillah syukur, proses pemasangan berjalan lancar.. Pemilihan kitchen cabinet ikut citarasa saya sesuai dengan ruang dapur rumah dan boleh mix and match padahal kira agak-agak.. 

Inilah hasil kejadian..

IKEA KNOXHULT kitchen cabinets

Kitchen cabinet basic dan simple sebagai permulaan.. Pada pendapat saya memang mudah pilih kombinasi ready-made macam ni di IKEA ikut kesesuaian ruang dan keperluan kita.. Kelebihan IKEA kitchen cabinets ini diperbuat dari melamine anti-calar dan easy to clean selain kaki cabinet boleh laras untuk disesuaikan dengan lantai yang tak rata. Wall cabinet saya akan tambah pada masa akan datang supaya selari dan tiada ruang kosong.. Selesai sudah masalah..  Yeayyy boleh start masak dan baking.. 

Begitulah cerita macam mana susah cari kitchen cabinet.. Jangan sangka takde kitchen cabinet bawah RM10,000.00 even bawah RM5,000.00 pun ada okey tapi hanya di IKEA.. Boleh kata saya ni memang IKEA Lover sebab kebanyakkan barang perhiasan rumah di IKEA suit dengan citarasa saya..


Related post : Home deco inspiration

Okay sebelum mengakhiri entry ini, para pembaca boleh kongsi pendapat dan pengalaman sendiri mencari kelengkapan rumah.. Ada tak pembaca wanita/perempuan tak suka kitchen cabinet? Saya rasa majoriti wanita / perempuan mesti suka bila rumah sendiri ada proper kitchen cabinet kannn regardless pandai masak atau sebaliknya.. Al-maklum the kitchen is the heart of every home..  Mungkin disebabkan kemampuan membataskan kita untuk memiliki kitchen cabinet dan cukuplah guna mana yang ada..

Sketsa : 

Isteri : "Abang kat mana?"
Suami : "Abang kat IKEA tengok BETINA"..

Click here -> Kisah seterusnya

Setakat ini sahaja, thank you for reading..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeeee...


Regards,


Loading...

Wednesday, September 04, 2019

,
CARA PULANG SEMULA BARANG IKEA YANG DIBELI DAN DAPAT CASH REFUND | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah minggu lepas sangat busy dengan urusan memasang kitchen cabinet yang sudah lama tertangguh.. Kitchen cabinet dari IKEA ini lama terletak cuma belum attach pada dinding dapur. Menunggu assistant yang sememangnya mahir memasang barang-barang IKEA namun baru muncul pada 31.8.2019 lalu disebabkan jadual yang padat.. Cerita tentang kitchen cabinet akan saya kongsi dalam entry akan datang..

IKEA Malaysia
Berbalik semula kepada topik.. 

IKEA dan saya memang tak dapat dipisahkan.. Boleh dikatakan sebagai tempat beriadah setiap 2 minggu sekali.. Majoriti barang dan perabot rumah saya semua dari IKEA.. Saya suka barang-barang IKEA sebab mampu milik, quality (setanding dengan harga), susunatur yang boleh dipelbagaikan, warna yang sesuai dengan konsep yang saya ingini dan semua di bawah satu bumbung, senang buat pilihan. 

Pada 7.7.2019 lalu, saya membeli-belah perabot dan kitchen cabinet dari IKEA.. Kebetulan pada tarikh itu ada free delivery untuk pembelian lebih dari RM1,800.00 so saya pun tak lepaskan peluang.. Kalau takde promosi free delivery ini mungkin kos penghantaran ke rumah saya lebih kurang RM163.00 + kos pemasangan 10% dari harga belian. Jimat banyak juga kannn...

LAGAN - single-lever kitchen mixer tap

Saya beli kitchen cabinet dari set Knoxhult jadi segala macam fix and fittings sudah ditetapkan dalam senarai.. Bila dah pasang kitchen cabinet baru realise kepala paip tak sesuai dengan sinki dapur. Saya prefer kepala paip tinggi dari sinki. Pada pendapat saya set kepala paip jenis LAGAN sesuai untuk bilik air. Jadi saya terpaksa batalkan pembelian kepala paip ini. 

IKEA LAGAN 

Maka, pada 1.9.2019 lalu saya terus ke IKEA Damansara untuk memulangkan semula set LAGAN yang berharga RM129.00.

Resit pembelian di IKEA Damansara

Bagaimana cara pemulangan barang yang dibeli di IKEA? Jom saya ajar.. 

Bagi membolehkan proses pemulangan dan mendapatkan refund, pembeli dikehendaki membawa resit belian asal barang tersebut bersama barang yang ingin dikembalikan. Barang yang ingin dikembalikan mestilah masih berada dalam keadaan lengkap tidak berusik. Kalau sudah guna mungkin ada sedikit penolakan harga atau susut nilai.. Lebih kurang begitu..

IKEA Damansara Cusomer Service 

Kemudian proceed ke kaunter IKEA customer service, sebelum tu jangan lupa ambil nombor giliran.

365 Days To Change Your Mind

Oh ya, kaedah pemulangan dan refund di IKEA ini dinamakan 365 Days To Change Your Mind

IKEA Policy - 365 Days To Change Your Mind

Baca polisi 365 Days To Change Your Mind berkenaan barang yang diterima untuk pemulangan semula dan barang mana yang tidak diterima. So kita tak membuang masa kalau dah tahu polisi mereka..

Borang Butir-Butir Pelanggan

Apabila tiba nombor giliran, pembeli dikehendaki mengisi borang Butir-Butir Pelanggan. Kakitangan di Customer Service akan memeriksa barang yang ingin dikembalikan, ianya tak mengambil masa yang panjang, I think less than 10 minutes sudah selesai.

Cash refund

Selesai sudah proses pemulangan barang yang tak diperlukan dan dapat 100% cash refund.. Refund ini dapat menampung sedikit kos membeli beberapa lagi jenis perabot yang masih dalam senarai wishlists, alhamdulillah.


Sangat mudah dan paling impress polisi pemulangan dan refund ini sangat membantu pembeli apabila mereka tiba-tiba tukar fikiran, tersalah beli atau masalah ruang dalam rumah.

Begitulah perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca yang memerlukan.. Jika ada antara pembaca yang pernah membuat exchange and refund ini bolehlah share pengalaman anda dan pembaca yang lain pula boleh kongsi pengalaman anda ke IKEA..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,



Loading...

Follow Us @ladyinredplanner