Social Media Icons

slide code

Photo

I am LZ
Assalamualaikum..
Hello & Welcome to my blog!

I'm LZ | 41 y/o | Married
Based in Seremban, N9
On Blogger since May 2011
***************
Advertorial, Collaboration & Review
feel free to contact me via :

email : papernplanner@gmail.com

About Me
Contact Me

welcome to my blog

social media icons 2

Search

category 1

BEAUTY

category 2

Fashion

category 3

LIFESTYLE

never miss any post

Cara Pulang Semula Barang IKEA Yang Dibeli Dan Dapat Cash Refund

CARA PULANG SEMULA BARANG IKEA YANG DIBELI DAN DAPAT CASH REFUND | Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Al-kisah minggu lepas sangat busy dengan urusan memasang kitchen cabinet yang sudah lama tertangguh.. Kitchen cabinet dari IKEA ini lama terletak cuma belum attach pada dinding dapur. Menunggu assistant yang sememangnya mahir memasang barang-barang IKEA namun baru muncul pada 31.8.2019 lalu disebabkan jadual yang padat.. Cerita tentang kitchen cabinet akan saya kongsi dalam entry akan datang..

IKEA Malaysia
Berbalik semula kepada topik.. 

IKEA dan saya memang tak dapat dipisahkan.. Boleh dikatakan sebagai tempat beriadah setiap 2 minggu sekali.. Majoriti barang dan perabot rumah saya semua dari IKEA.. Saya suka barang-barang IKEA sebab mampu milik, quality (setanding dengan harga), susunatur yang boleh dipelbagaikan, warna yang sesuai dengan konsep yang saya ingini dan semua di bawah satu bumbung, senang buat pilihan. 

Pada 7.7.2019 lalu, saya membeli-belah perabot dan kitchen cabinet dari IKEA.. Kebetulan pada tarikh itu ada free delivery untuk pembelian lebih dari RM1,800.00 so saya pun tak lepaskan peluang.. Kalau takde promosi free delivery ini mungkin kos penghantaran ke rumah saya lebih kurang RM163.00 + kos pemasangan 10% dari harga belian. Jimat banyak juga kannn...

LAGAN - single-lever kitchen mixer tap
Saya beli kitchen cabinet dari set Knoxhult jadi segala macam fix and fittings sudah ditetapkan dalam senarai.. Bila dah pasang kitchen cabinet baru realise kepala paip tak sesuai dengan sinki dapur. Saya prefer kepala paip tinggi dari sinki. Pada pendapat saya set kepala paip jenis LAGAN sesuai untuk bilik air. Jadi saya terpaksa batalkan pembelian kepala paip ini. 

IKEA LAGAN 
Maka, pada 1.9.2019 lalu saya terus ke IKEA Damansara untuk memulangkan semula set LAGAN yang berharga RM129.00.

Resit pembelian di IKEA Damansara

Bagaimana cara pemulangan barang yang dibeli di IKEA? Jom saya ajar.. 

Bagi membolehkan proses pemulangan dan mendapatkan refund, pembeli dikehendaki membawa resit belian asal barang tersebut bersama barang yang ingin dikembalikan. Barang yang ingin dikembalikan mestilah masih berada dalam keadaan lengkap tidak berusik. Kalau sudah guna mungkin ada sedikit penolakan harga atau susut nilai.. Lebih kurang begitu..

IKEA Damansara Cusomer Service 
Kemudian proceed ke kaunter IKEA customer service, sebelum tu jangan lupa ambil nombor giliran.

365 Days To Change Your Mind
Oh ya, kaedah pemulangan dan refund di IKEA ini dinamakan 365 Days To Change Your Mind

IKEA Policy - 365 Days To Change Your Mind
Baca polisi 365 Days To Change Your Mind berkenaan barang yang diterima untuk pemulangan semula dan barang mana yang tidak diterima. So kita tak membuang masa kalau dah tahu polisi mereka..

Borang Butir-Butir Pelanggan

Apabila tiba nombor giliran, pembeli dikehendaki mengisi borang Butir-Butir Pelanggan. Kakitangan di Customer Service akan memeriksa barang yang ingin dikembalikan, ianya tak mengambil masa yang panjang, I think less than 10 minutes sudah selesai.

Cash refund
Selesai sudah proses pemulangan barang yang tak diperlukan dan dapat 100% cash refund.. Refund ini dapat menampung sedikit kos membeli beberapa lagi jenis perabot yang masih dalam senarai wishlists, alhamdulillah.


Sangat mudah dan paling impress polisi pemulangan dan refund ini sangat membantu pembeli apabila mereka tiba-tiba tukar fikiran, tersalah beli atau masalah ruang dalam rumah.

Begitulah perkongsian saya kali ini. Semoga ianya bermanfaat kepada pembaca yang memerlukan.. Jika ada antara pembaca yang pernah membuat exchange and refund ini bolehlah share pengalaman anda dan pembaca yang lain pula boleh kongsi pengalaman anda ke IKEA..

Sehingga kita bertemu lagi di lain entry..
Sekian, wasalam..
Byeee...


Regards,



Loading...

Comments

  1. ooo boleh cash refund ye. Slalu kalau kat tempat lain boleh exchange with equivalent price or higher je kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang best Sheila, cara Ikea beri cash refund kepada customer ni memang belum pernah sis jumpa di tempat lain..

      Delete
  2. Wah.. bagusnya dia buat polisi macam ini.. Yellah masa beli dan bila dah pasang kadang-kadang tak seperti dibayangkan.. atau tak kena dengan keadaan rumah.. bila boleh refund ini legalah sikit..

    ReplyDelete
  3. lama gak IKEA bagi tempoh, sampai setahun, masih boleh refund & return barang2...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Panjang tempoh yang diberi, sempat kita buat keputusan dan buat pilihan lain kann kak..

      Delete
  4. Wahhhh. thank you for sharing this.

    ReplyDelete
  5. mujurlah dpt refund. kat kedai biasa cuma boleh ganti dgn brg lain yg sama harga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Abam Kie, seronok sikit dapat cash refund boleh ganti barang lain dengan duit tu..

      Delete
  6. tak pernah pergi IKEA lagi hahaha.. xde pengalaman bab tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. In shaa Allah kalau Cik Ash ke Klang Valley, Penang & JB nanti boleh singgah IKEA..

      Delete
  7. pernah juga pulangkan sebab silap beli saiz. alhamdulillah service cepat dan mudah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Suka sangat dengan konsep IKEA ni kann Azhafizah sebab mudah kerja dan cepat proses diaorang..

      Delete

Post a Comment

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!


ppl love these

BILA INGIN MEMILIKI KELEMBUTAN HATI
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all readers..  Hari ini tergerak hati untuk berkongsi Had…
TANJAK JALUR GEMILANG SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN 2018
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my readers.. Detik sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia…
TIPS : CARA MUDAH CUCI HANDBAGS
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera to all my lovely readers.. Yuhuuuu buat apa hujung minggu be…
GIVEAWAY PERTAMA by diyanatjuman.blogspot.com
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera diucapkan kepada semua pembaca blog ini.. Saya mengambil kes…