Welcome..

Tuesday, September 17, 2019

Resepi Chewy Chocolate Chip Cookies Terbaik

RESEPI CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES TERBAIK | Al-kisah semalam tak pergi ke mana-mana dan tak ada plan untuk ke mana-mana disebabkan jerebu jadi kami memutuskan untuk duduk rumah sahaja.. Lama sudah plan untuk buat chocolate chip cookies atas permintaan anak.. Saya pun lama juga tak baking.. Maka hari santai semalam saya penuhi dengan mencuba resepi chewy chocolate chip cookies dari allrecipes.com..

The best chocolate chip cookies recipe

Keistimewaan chocolate chips ni sebab chewy, selalu sangat makan cookies rapuh sesekali teringin makan cookies liat yang kaya dengan coklat chips cair.. Bahan-bahan pula senang dapat dan cara membuatnya juga sangat mudah.. Tak perlu guna mixer dan apa yang pasti big chocolate chunks in every single bite! 

RECIPE CHEWY CHOCOLATE CHIP COOKIES 

Bahan-bahan

1 cawan butter, cair pada suhu bilik
1 cawan gula putih
1 cawan gula perang
2 biji telur
2 sudu kecil vanilla extract
1 sudu kecil baking soda
2 sudu kecil air panas
1/2 sudu kecil garam halus
3 cawan tepung gandum / all-purpose flour
2 cawan semisweet chocolate chips
1 cawan walnut cincang - optional



Cara-cara

1. Panaskan oven 325 degrees F (165 degrees C). Alas dulang pembakar dengan cookies sheet atau parchment paper.

2. Ayak tepung dan baking soda secara berasingan, letak tepi. 

3. Dalam mangkuk pengadun masukkan butter, gula perang dan gula putih. Gaul hingga sebati. 

4. Masukkan telur satu persatu disusuli vanilla extract. Kacau hingga semua bahan bersatu dan lembut. 

5. Dalam bekas lain, larutkan  baking soda dan garam dengan air panas. Masukkan dalam adunan dan gaul hingga sebati.

6. Kemudian, masukkan chocolate chips dan walnut cincang dalam adunan dan kacau hingga menjadi dough lembut.

7. Gunakan ice cream scoop dan susun dough atas dulang pembakar dengan jarak 3 inci setiap satu. 

8. Bakar selama 15 hingga 17 minit hingga tepi cookies berwarna perang.


Chocolate chip cookies dough
Bakar selama 15 hingga 17 minit hingga tepi cookies berwarna perang
Biarkan beberapa minit atas dulang sebelum alih ke cooling rack

Inilah hasilnya 2 balang chewy chocolate chip cookies
Chewy chocolate chip cookies dan kopi O panas

Sesuai dimakan begitu sahaja atau cicah dengan air kopi O atau fresh milk.. Makan panas-panas lepas keluar oven pun sodap.. Masa tu chocolate chips cair dan meleleh.. Fuhhh terasa santai seperti berada di puncak Cameron Highlands padahal menghadap jerebu di luar..

Resepi yang sangat simple dan hasil yang tak mengecewakan.. 
Selamat mencuba!

Regards,





Loading...

23 comments:

  1. melting sgt gmbr 1st tu...fav ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Begitulah hasil kejadian cookies ni Mama Tisya selepas keluar oven..

      Delete
  2. Wah.. sedapnya cookies.. Mengancam.. boleh amik order ini sis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap Sha, sebelum ambil order kena buat tester dulu Sha, hehehe

      Delete
  3. Replies
    1. Thanks Rabiah.. Sis baking pun ikut mood juga..

      Delete
  4. pernah buat chocolate chip ni tapi tak menjadi terus give up. tapi tapi suka sangat makan biskut ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuba TS ikut resepi ni.. Alhamdulillah first time LZ cuba terus menjadi..

      Delete
  5. kalau sedap comfirm dana mintak sepiring kak.... mesti sedap nengok kepada rupa chocolate cip nya basah tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Dana jiran akak tentu akak hulur sepinggan fresh from oven, hehehe

      Delete
  6. tetiba rasa nak mengukis juga nampak entri ni...dapnyaaaa

    ReplyDelete
  7. macam resepi famous amos . Senang je , boleh try weekend nie . btw done follow blog nie :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang sangat resepi ni Suhana, kebanyakkan orang yang pernah rasa kata macam cookies di Subway selain Famous Amos..

      Delete
  8. Sedap cookies ni LZ dah boleh open order ngeh! ngeh !ngeh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. Thank you Mrs A.. seronok rasa hati bila dapat pujian begini, hehehehe..

      Delete
  9. Hai...cookies ni xperlu tepung jagung ke?

    ReplyDelete

Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!