Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger. Lama saya tak muncul dengan update terkini. Perjalanan tahun 2020 pun dah masuk bulan ke-9. Cepat sungguh masa berlalu lebih-lebih lagi bulan Mac locked down hampir 3 bulan lebih terkurung di rumah. I miss blogging so much!

I miss blogging so much!

Hari ini saya nak cerita kenapa dan mengapa saya sepi dari blogging pada bulan Ogos lalu.. Ianya adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang sedang giat saya lakukan. 

1. Gardening 

Saya perasan ramai antara rakan di alam maya ada hobi baharu iaitu gardening. Lately saya sibuk dengan pokok-pokok yang semakin lama membesar. Bila mula membesar maka kerja-kerja re-potting pun giat dijalankan. Banyak pula pokok yang perlu ditukar pasu. 

Gardening

For me gardening bukan hobi baharu. Saya memang suka gardening sejak dulu lagi. Ada antara mereka baru berjinak-jinak dengan dunia tanaman. Perasaan berkobar-kobar menghias rumah dengan tanaman hijau yang hampir kesemuanya tanaman koleksi viral. Namun saya masih kekal dengan tanaman sedia ada dan kalau ada beli pokok baru pun ikut keinginan sendiri bukan terikut-ikut. I’m wondering how long they will stick with their new hobby kerana gardening memerlukan minat. Apa pun saya harap ianya bukan hobi ikut-ikutan dan ianya berterusan supaya dunia kembali hijau. Bukan saya kecam tapi kalau tak minat saya risau bila tanaman tak menjadi mereka akan give-up.

Tukar pasu dari pasu kecil ke pasu besar. Mana pokok mula beranak-pinak, saya akan asingkan ke pot  yang lebih kecil. Tukar tanah baru, gembur, tabur baja dan siram. Pokok-pokok ni lepas tabur baja kena pastikan dapat air secukupnya. Jadi perlulah diberi perhatian. Tambahan saya ni pula bukan expert sangat dengan tanam-menanam.. Saya sendiri pernah berada di fasa hampir give-up bila pokok yang ditanam mati padahal dah spent banyak duit. Bukan sepasu tapi berpasu-pasu. Lama-kelamaan bila kita suka buat sesuatu hobi, ianya bukan rasa beban tapi keseronokan. Akhirnya saya faham sendiri tabiat spesis pokok yang ditanam dari situ saya belajar. Sehingga hari ini saya masih mengamalkan konsep trial and error..

2. Patio garden

Okay, bila kerja-kerja gardening semakin serious, maka setiap hujung minggu ada saja kerja di halaman rumah, antaranya gembur tanah, cabut rumput dan siram pokok. Selang 2 minggu tabur baja. Itulah rutin di hujung minggu antara pukul 7.30 pagi hingga 11.00 pagi sambil mesin basuh beroperasi di dalam rumah. Bila matahari mula naik, baru terasa penat dan berpeluh. Malangnya sebelum ini takde tempat untuk duduk atau lepak. Dari situ timbul idea untuk buat patio garden. 

Patio garden

Puas study macam mana bentuk patio garden yang saya ingin dengan mengambil kira keluasan halaman yang hanya sekangkang kera. Maka timbullah idea patio garden seperti gambar di atas. Saya 'korbankan' sedikit ruang porch demi patio garden idaman. Alangkah best bila duduk breakfast dan minum petang dikelilingi pokok-pokok hijau dan bunga-bunga segar di halaman rumah. Alhamdulillah tertunai sudah impian memiliki patio garden cuma decor sedia ada perlu ditambah baik dari semasa ke semasa.

Untuk makluman, ketulan pink atas rumput sintetik itu ialah serai wangi. Saya letak di situ untuk halau kucing / serangga dari membuang najis atas rumput tersebut.

3. Coffee Bar 

Itu cerita tentang patio garden di luar rumah.. Ini pula cerita tentang hasil decor di dalam rumah. Selain patio garden, saya ada juga mewujudkan satu ruang untuk dijadikan sebagai coffee bar. Coffee bar saya terletak di ruang tamu.   

Coffee bar

Konsep coffee bar ini secara santai atau self service iaitu apabila tetamu datang ke rumah, saya boleh bancuh coffee atau tea di living room tanpa meninggalkan tetamu untuk ke dapur. Kalau tetamu suka, dia boleh juga buat sendiri minuman yang ada. Contoh, mereka boleh : kurang gula, lebih gula, tambah susu, tak mahu susu semua ada di situ mengikut citarasa masing-masing. 

Cawan, gelas, pinggan hidangan, set coffee / tea semua ada dalam almari itu. Selain itu ada juga ruang untuk snek seperti biskut dan manisan seperti scones, macaroon, cakes etc. Tadaaa begitulah konsep coffee bar saya.. 

4. Monitor clients' funds performance

Sejak menjadi Unit Trust Consultant, (sila baca di sini permulaan menjadi UTC : CUTE Exam) saya perlu mengambil bahagian dalam segala mesyuarat dan perjumpaan yang diadakan oleh Agensi untuk memantapkan lagi pengetahun saya dalam bidang ini. Perjumpaan ini diadakan antara UTC di bawah agensi yang sama secara beramai-ramai dalam talian melalui apps ZOOM.

Monitor clients' fund performance

Selain mengambil bahagian dalam meeting agensi, terdapat beberapa kelas latihan / penerangan yang perlu dihadiri anjuran Public Mutual berhampiran apabila terdapat fund baru di pasaran saham. Dari ilmu yang saya pelajari, saya akan membuat analisis dan memantau funds performance sedia ada sama ada ianya sesuai untuk prospect / clients di bawah seliaan saya supaya bersesuaian dengan matlamat kewangan jangka panjang mereka.   

Kalau ada antara mereka di luar sana berpendapat bahawa kerjaya sebagai UTC hanya 'memburu' komisyen, anggapan itu memang salah sama sekali. Saya tak mengamalkan prinsip itu kerana saya menceburkan diri dalam bidang ini disebabkan minat dalam investment. Apalah sangat komisyen 1.5% dibandingkan dengan masa yang telah diperuntukkan untuk hadir training, buat submission, hadir kelas etc dan menggalas amanah yang diberikan oleh setiap clients. Kerjaya ini memerlukan tanggungjawab kerana saya telah diamanahkan untuk mengendalikan kepercayaan client untuk mengurus wang pelaburan mereka. Ianya bukan kerjaya goyang-kaki, duit masuk okayy..

5. Belajar trading saham

Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan.. Alang-alang mandi biarlah basah.. Alang-alang berdakwat biarlah hitam, huhuhu banyak betul pepatah 'alang-alang'.. Maksudnya bila buat sesuatu biarlah bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan. Dalam hal saya pula, alang-alang dah terjebak dengan investment kenalah up ke satu tahap lagi.

Trading saham

Saya bercadang untuk buat trade sendiri. Sejak di sekolah cita-cita saya ingin menjadi Remisier. Malangnya saya tak tahu haluan untuk meneruskan cita-cita tersebut. Walaupun begitu, minat saya kepada subject pelaburan, ekonomi dan perancangan kewangan tak pernah pudar. 

Bila saya tahu cara untuk mencapai ke arah itu, saya akan usahakan dengan bersungguh-sungguh.. Walaupun tak jadi Remisier, saya tetap tak akan patah semangat demi mencapai sesuatu yang diinginkan. In shaa Allah, semoga segala usaha saya dipermudahkan..

Saya pernah cerita tentang cita-cita saya di post ini -> Kisah Bermula Kerjaya Saya
 
6. Menyusun atur perabot rumah 

Saya ni sejenis manusia cepat jemu dengan susunatur perabot d rumah. Paling lama susunan perabot duduk diam di tempat asal ialah 6 bulan. Selain itu, saya akan ubah susunan mengikut mood saya. Kalau tak buat begitu, takde laa saya kemas secara besar-besaran. Maka berkumpullah segala habuk di celah-celah kerusi meja..

Susunatur perabot

Itu cara saya bila mengemas. Alang-alang mengemas biar betul-betul bersih dan kemas. Lagi pun bukan selalu ada masa luang untuk kemas semua bahagian rumah. Bila sampai mood malas, 6 bulan sekali saya panggil service pembersihan rumah. Zaman now semua di hujung jari *mak mertua tahu tentu tepuk dahi.

7. Mengait (crocheting)

Mengait sekadar mengisi masa lapang bila penat membaca, mengemas dan online.. Sambil duduk atas sofa atau tilam, saya akan mengait. Saya tak mahu skill ini terkubur begitu sahaja. Saya belajar mengait dari arwah nenek. Saya sejenis suka crafting, so bila tahu mengait ianya merupakan satu bonus kepada diri sendiri. 

Grandma crochet

Crochet ini dinamakan grandma crochet. Terbukti nenek-nenek suka mengait. Walaupun saya belum jadi nenek tapi saya suka mengait. Sambil mengait boleh berangan, hehehehe. Untuk pengetahuan pembaca, saya akan sambung petak-petak ni semua untuk dijadikan lapik cadar. Projek cadar kait ini sentiasa berterusan setiap hari. Target mesti kait 4 petak sehari hingga siap.

8. Menonton movie di Netflix

Al-kisah, awal bulan Julai lalu baru subscribe Netflix.. Sekarang ni dok leka melayan segala movie yang ada berteman anak bujang seorang ni. Memang melayan movie berdua especially waktu malam dan tengah hari di hujung minggu. 

Menonton movie di Netflix

Ruang ni merupakan ruang peribadi / keluarga berada di tingkat atas depan bilik tidur masing-masing. Bila movie habis semua dismiss masuk ke bilik tidur. Next plan, saya cadang untuk decor ruang ini supaya lebih santai dan well-organised.

9. Menetapkan semula matlamat

Setiap hari Ahad malam lebih kurang pukul 8 lebih, saya akan susun jadual untuk hari-hari dalam minggu yang bakal dilalui. Saya akan set matlamat, appointment, budget, bills, to do / tasks untuk sepanjang hari dalam minggu tersebut. 

Menetapkan matlamat harian

Saya perlu memastikan semua jadual / aktiviti tersusun untuk elak lupa. Al-maklum bila umur semakin meningkat ni, banyak pula tugasan yang perlu dibuat. Maka haruslah catit setiap tugasan tersebut dalam planner. Setiap hari saya akan rujuk planner tersebut, edit mana yang perlu mengikut kesesuaian.

Tak termasuk lagi rutin harian di pejabat, rutin mengambil dan menghantar anak dari / ke sekolah dan pusat tusyen. Pendek kata multi-tasking setiap hari. Begitulah serba-sedikit cerita mengapa saya tidak berblogging hampir sebulan.. 

JADI BAGAIMANA PULA DENGAN ANDA? APA YANG ANDA BUAT SEKARANG? ADAKAH ANDA JUGA TERJEBAK DENGAN GARDENING? APA YANG ANDA TANAM? ADAKAH ANDA SUDAH KEMBALI BEKERJA SEPENUHNYA? SILA KONGSI DI RUANGAN KOMEN, THANK YOU IN ADVANCE!

Sehingga kita berjumpa lagi di lain post.
Sekian, wassalam..
Byeeeee...



Regards,