Finally dapat spent masa weekend getaway, begitulah cara saya apabila bosan dengan rutin harian hujung minggu. Minggu ini bukan rutin gardening seperti biasa tetapi saya dan keluarga ke Genting Highlands. Kali ini memang all out, spent one night in a hotel, naik cable car and explore shopping complex sekali. Perkara yang julung kali berlaku sejak PKP dan PKPP, hehehe..


Masa untuk ke Genting Highlands

Last pergi Genting Highlands balik hari pada 18.02.2018 iaitu 2 tahun yang lalu. Ketika itu semata-mata ke Genting Strawberry Leisure Farm dan ronda-ronda Genting Highlands tanpa tujuan. Hotel sudah siap booked pada Jumaat lalu melalui agoda.com. Waktu check in hotel seperti biasa pukul 3.00 petang. Jadi saya dan keluarga ada masa untuk breakfast di rumah dan buat persiapan lain yang perlu sebelum bertolak ke Genting Highlands.

Related post :Genting Strawberry Leisure Farm


Perjalanan ke Genting Highlands

Perjalanan setelah melepasi tol Gombak memang mula slow ditambah pula ada berlaku kemalangan selepas tol.

Jalan jem disebabkan kemalangan

Selepas kemalangan ini, kenderaan mulai bergerak lancar hingga ke puncak Genting Highlands. Fuhhhh memang lega sebab jem tak lama, siapa suka tersekat dalam jem kannn.. Kami terus ke SkyAvenue dan pusing-pusing dalam complex. 

SkyAvenue Complex

Ronda-ronda dulu dalam SkyAvenue Complex, masih lagi window shopping sementara tunggu masa check-in hotel pukul 3.00 petang nanti.. Hal shopping lepas check-out dari hotel esok..


SkyAvenue Complex

SkyAvenue Complex

SkyAvenue Complex

Teruja dengan semua outlets dalam SkyAvenue.. Macam-macam ada.. otak mencongak masa dan benda yang akan dibeli bila repeat lagi ke sini esok. Snap dulu directory so esok shopping akan lebih mudah dengan adanya directory ini, yippie!.. 

Directory SkyAvenue Complex

Jam sudah menunjukkan pukul 1.30 petang, perut tak rasa lapar jadi kami hanya melitasi restaurants yang ada.. 

Jom Makan street food

Jom Makan street food ni dah naik taraf dengan pelbagai pilihan makanan halal.. So as a Muslim ada banyak pilihan makanan bila ke Genting Highlands. Dalam perjalanan jumpa Madam Kwan, alahhh Madam Kwan tokey restaurant famous tu..

Madam Kwan's restaurant

"Hai Madam Kwan, kenal saya tak? Ohh Madam Kwan senyum kat I laa hehehehe.." #joking! Selepas melalui SkyAvenue restaurants kami pun ke roof top untuk merasai kesejukan Genting Highlands.. 

Roof top Genting Highlands

Tapi takde la sejuk sangat, tak menggigil pun, cuma sejuk-sejuk manja.. Kabus memang tebal tapi masih boleh bertahan tak perlu pakai sweater.

High line roof top market

Masa untuk ke Awana Skyway.. Sebelum masuk gondola, kenalah beli ticket dahulu. Mujur banyak kaunter layan diri disediakan so takde lah lama menunggu dalam barisan.. Harga ticket boleh check di sini :

Awana Skyway Ticket Pricing


Hati teruja naik cable car buat pertama kali. Sebelum ni memang tak hingin langsung sebab tak minat kot. Kali ini mungkin sebab anak melayan so mama is excited. 


Skyway Genting Highlands

Skyway Genting Highlands

Pengalaman naik cable car Genting Highlands memang kecut perut jugak pada hal masa naik cable car di Langkawi takde la rasa segayat ini. Mungkin faktor usia kot.. Kecut perut tak boleh bawa bincang.

Genting Highlands cable car

Maka, tibalah di Genting Highlands Premium Outlet dengan cable car. Sebelum ni memanjat GHPO dengan kereta. 

Genting Highlands Premium Outlets

Genting Highlands Premium Outlets

So alang-alang dah sampai GHPO takde apa nak beli, we had our lunch here di Dome. Makan sambil relax, sekadar buy time bagi hilang pekak telinga... Estimate time lepak di GPO dalam 1 jam sahaja memandangkan datang ke GHPO semata-mata melayan transit dengan cable car dari SkyAvenue.

Masa untuk check-in, so ambil cable car semula naik ke SkyAvenue. 

Melangkah ke Skyway

Teruskan melangkah.. 

Ready to take off

Mujur proses beratur di Skyway tak mengambil masa yang panjang.. Tibalah di SkyAvenue.. Jumpalah sang monyet bergayung di pokok yang ada..

Welcome to SkyAvenue again

Begitulah cerita saya, kalau tak disebabkan permintaan anak seorang memang fikir berkali-kali juga naik cable car ni. Malaslah bermain dengan perasaan ni, hehehehe *masalah gayat melanda. Next saya akan buat review tentang hotel pertama saya menginap di Genting Highlands.

Thank you for reading.
Sehingga kita berjumpa lagi di lain post.
Sekian, wassalam..
Byeeeee...



Regards,

Article menarik yang lain :