Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua pembaca blog ini.. Selain dapur, setiap rumah tentu ada ruang tersendiri yang sentiasa dekat di hati. Bagi saya coffee bar merupakan antara ruang di hati saya. Lama saya mengimpikan untuk decor coffee bar tersebut. Ilham menghasilkan coffee bar tercetus apabila saya membaca lifestyle blog dari luar negara. Saya suka susunatur modern gaya Inggeris.
My coffee bar |
Ruang tamu rumah saya terletak di tepi tangga. Jadi saya mewujudkan satu ruang sebagai coffee bar. Pembaca yang mengikuti blog ini tentu tahu bahawa kebanyakkan perabot rumah saya dari Ikea. Jadi coffee bar saya juga menggunakan cabinet dan barang-barang dari Ikea.
Brusali high cabinet |
Saya guna Brusali high cabinet with door berharga RM590.00. Bahagian atas cabinet saya letak frame gambar yang menunjukkan ruang minuman seperti berikut sebagai decoration:
Photo frame and decoration |
Berbalik kepada Brusali cabinet, cabinet jenis ini sesuai digunakan kerana terdapat ruang lebar di bahagian tengah. Sesuai letak coffee maker dan balang-balang gula, coffee and tea.
Coffee maker in action |
Cabinet tadi tidak mempunyai hook untuk menggantung cawan. Jadi saya pasang Kungsfors stainless steel berharga RM15.90 di bahagian bawah rak terakhir cabinet Brusali tadi.
Kungsfors rail |
Hook untuk menggantung cawan pula saya gunakan s-hook dari Kungsfors juga berharga RM6.90 untuk 5 pieces.
Kungsfors s-hook |
Cabinet sudah ready, jadi bolehlah mula mendecor. Mula-mula isi gula, coffee dan tea dalam balang. Oleh kerana tak sabar dan ingin juga balang yang mempunyai tulisan 'Coffee', 'Sugar' dan 'Tea' saya gigih ke Mr. DIY.
Sugar, coffee and tea jars |
Dapatlah balang ini dengan harga RM15.00 (kalau tak silap). Bila dah bosan nanti boleh tukar balang lain yang lebih cantik.
Variera rack |
Variera medium size |
Sebelah rak pinggan Variera, saya letak stand cake kaca Arv Brollop. Buat masa ni takde isi, bila ada tetamu berkunjung nanti saya akan letak cake atau manisan dalam bekas kaca ini.
Ikea serving stand with lid |
Di bawah Variera saya letak paket coffee dalam bekas kayu ini. Bekas kayu tersebut saya beli di Daiso.
Coffee addict |
Selain itu, apa yang saya suka tentang Brusali cabinet ni di mana bahagian bawah cabinet ini terdapat ruang tertutup.
Brusali cabinet for coffee bar |
Saya gunakan ruang tertutup tersebut untuk simpan tea set, tisu, dulang atau stok makanan kering. Dah habis cerita semua lupa nak tunjuk bahagian rak pertama.
Candy jars Rak pertama saya letak candy jars. Makanan kering seperti gula-gula atau biskut saya letak di bahagian rak atas. |
Rak-rak dan susunan coffee bar saya |
Okay, now coffee time!
Refleksi dalam gambar ialah anak bujang saya |
Kebetulan ada stok kopi popular dari Muar iaitu Kopi-O 434, apalagi kita pekena kopi-O dulu.
Santai corner |
Ikea side table - Lindved |
Untuk pengetahuan, side table ni laku keras dan selalu kehabisan stock. Okay beginilah rupa keseluruhan coffee bar saya masa mula-mula set-up. Alhamdulillah cukuplah seadanya, ikut kemampuan.
My coffee bar |
Okay saya rumuskan di sini bahawa coffee bar saya hanya memerlukan kos RM612.80 sahaja, breakdown seperti berikut:
Cabinet Brusali - RM590.00
Kungsfors rail - RM15.90
Kungsfors s-hook - RM6.90
Jumlah = RM612.80
Simple dan tak memerlukan modal yang banyak. Sekadar ikut kemampuan masing-masing.
Okay sekian sahaja perkongsian saya mengenai Kos Coffee Bar Ikea Saya.
Thank you for reading.
Sekian, wasalam.
12 Comments:
hebatnya! gabung2 sendiri je kan ;)
cantik la meja bulat tu
Mata tertarik pada cawan. Beli di mana?
bestnya ada coffee corner dekat dlm rumah ... klu kwn2 dtg lepak pun best
Kemas + kreatif = indah
Good idea.
wow siap ada badget tu, lama dah tak ke Ikea, menarik sangat dekor LZ ni, menepati tema dan konsep dari Ikea, congrats dear :)
Idea yg menarik LZ. Love it!
seronok nye ada coffee bar kat rumah.. idea yang menarik
Cantik decor coffee bar IKEA kak. Rindu betul nak g IKEA.
kreatifnya akak. combine macam ni pun cantik.
Kreatif & cantik 👍👍👍
Post a Comment
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!