FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU
FIKIR DULU SEBELUM TUKAR SOFA BAHARU | Apa cerita entri kali ini tentang sofa baharu sedangkan Syawal sudah hampir ke penghujung.. Al-kisah sofa saya jenis besar gedabak dan sarung sofa pula jenis custom made seperti gambar di bawah. Terfikir nak buang tapi masih boleh guna, kalau tukar dan beli baharu macam tak perlu.. Jadi saya mencari alternatif lain untuk handle masalah ini.. Tambahan pula, sofa merupakan penyeri ruang tamu, jadi bila dah lusuh nampaklah kurang menarik apabila dipandang sebab itu perlu diambil perhatian..
Saya terfikir apa alternatif lain selain tukar sofa baharu.. Semasa sibuk membuat persiapan raya tempoh hari seperti yang telah saya ceritakan di entri ini, saya ambil kesempatan cari sofa cushion covers sebagai alternatif lain buat sementara waktu. Mungkin saya tak akan hantar ke kedai untuk tempah sarung kusyen baharu setelah mempertimbangkan kos beli set sofa baharu lebih kurang sama harga dibandingkan dengan kos penghantaran dan kos tempah jahit sarung sofa baharu. Saya ambil pendekatan guna dulu sofa ini selagi mana ia boleh digunakan.
Puas membelek akhirnya saya jumpa sofa covers ini..
Inilah alternatif lain selain menggantikan sarung sofa yang sudah lusuh iaitu dengan sofa shield reversible protector.. Tempahan dibuat pada 1.7.2017 dan barang shipped out pada 3.7.2017 dan sampai ke tangan saya pada 18.7.2017 lalu.
Bersemangat bila barang sampai ke tangan.. Saya order set 3 + 2 +1 iaitu saiz S, M dan L manakala pilihan warna pula sudah tentu warna kegemaran iaitu merah atau wine red.
Sofa cover size S for 1 seater, M for 2 seater and L for 3 seater |
Sofa cover size L for 3 seater |
Sofa cover disertakan dengan pundi kapas ini yang berfungsi untuk menegangkan sarung sofa tersebut |
Seminggu sudah barang diterima, oleh kerana bab memasang perlukan kudrat lelaki untuk mengalih dan mengangkat sofa yang besar dan berat, jadi saya terpaksa tunggu my husband buat tugasan itu. Maka, semalam pagi adalah aktiviti menukar sofa cushion covers..
Beginilah cara untuk menyarung sofa cushion tersebut.. balut semua, hehehe
Selepas keseluruhan sofa cover tersebut dibalut kita perlu ketatkan permukaan sofa cover tersebut.
Lighting kurang memuaskan, warna sebenar seperti gambar di atas |
Maka, beginilah hasil kejadian yang telah siap sepenuhnya.. Bahagian mengelembung tu nanti akan terbentuk dengan sendiri apabila sofa cover tersebut mulai rengang.
Overall saya puas hati dengan rupa sofa yang baharu.. Saya akan hias dengan bantal kecil berwarna hitam untuk menimbulkan warna contrast jadi takdelah nampak merah semata kannn.. Ternyata cara ini lebih jimat dan practical..
Kepada pembaca yang ingin mendapatkan sofa cushion cover ni bolehlah survey di sini untuk diskaun menarik atau beli di sini.. Harga sangat berpatutan sekarang kerana terdapat special promotion ditawarkan selain pilihan warna yang menarik..
Begitulah entri mengenai pengalaman membeli dan menggunakan sofa cushion covers...
Fikir semula sebelum tukar sofa baharu..
Fikir semula sebelum tukar sofa baharu..
Sehingga kita bertemu lagi di lain entri..
Sekian, wasalam..
Regards,
22 Comments
Wah bagusnye..ada sofa cover...nak beli jugak la
ReplyDeleteSebelum beli Mimi jgn lupa check dulu saiz cover dan sofa okay 😉..
DeleteNampak macam sofa baru.
ReplyDeleteNampak macam sofa baru balut pakcik WP, hehehe 😁
Deletelove the red wine color tu...sgt exclusive dan mcm sofa baru jee...
ReplyDeleteLZ suka sangat warna merah kak so untuk sofa kena warna merah gelap sikit supaya tak nampak kesan kotor, hehehe
Deleteni rasa macam nak beli ni..baru plan nakmtukar sofa di rumah mak
ReplyDeleteKalau cara ni membantu, Irda boleh beli juga untuk cover sofa kat rmh Mak Irda 😉..
DeletePerkongsian yang bagus..boleh cuba nanti
ReplyDeleteThanks HH.. 😊
DeleteAlhamdulillah kak...jimat jugakan dari beli baru...mungkin satu masa beli baru juga...tapi selagi boleh guna atau perbaiki....itu lebih baik.
ReplyDeleteAlhamdulillah syukur PC diberi ilham utk cari sofa cover ni.. Saiz dan warna idaman pun semua ada, jimat sikit..
DeleteBetul tu LZ....mmg sakit mata jugak kalau tengok sofa dah tak semenggah duk tertonggok kat ruang tamu tu hihi....tp tulah, nak tukar costnya bukan murah.
ReplyDeleteCantiklah jadinya LZ.....
Betul sangat Mak Nom.. alhamdulillah selesai satu masalah, hehehe 😁..
DeleteTerus jadi macam baruuu. Cantikk
ReplyDeleteAlhamdulillah, berjaya juga sis tukar penampilan sofa lama.. Thanks CR 😊
DeleteKalau tak bagi tahu orang ingatkan sofa baru LZ ;-)
ReplyDeleteYeayyyy gembira sangat bila transformasi berjaya seperti yang diimpikan..👏👏👏
DeleteBagus juga ada alternatif macam nie.. Guna selagi boleh..
ReplyDeleteBetul Sha, mana boleh guna teruskan, x mau membazir.. Sebelum beli barang LZ akan consider whether brg itu kehendak atau keperluan. 😊
DeleteCantik! Sis macam mana sis letak adsense tgh entri mcm ni?
ReplyDeleteThanks Mai..
DeleteCode Adsense tu Mai copy then insert mana2 ruang dlm post guna mode html bkn compose. Pastu save & preview.. Begitu cara dia hihihi 😊
Leave your friendly messages here ^_~
Feel free to visit my blog again..
Thank you very much!